- Ada sedikit masalah berkaitan dengan coding² tertentu. Dalam proses pembetulan.
- Kalo sudi, sign in ler GOOGLE FRIENDS CONNECT tu.
- Klik-klik le iklan² NUFFNAG sama ehh!!
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.”
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu.
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk.
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya.
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum.
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2.
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka?
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya.
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik.
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg.
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya.
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.”
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar.
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya.
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
————————
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account – 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.
RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis ‘For KAFA’ di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.
Sumbangan terus kepada:
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971
Minta tolong sebarkan
Bengong. Cinta/Love buat kita yang waras jadi KACAU. Cinta/Love buat kita yang bijak jadi bodoh, Cinta/Love buat kita yang gagah jadi lembik.
When we fallin love, hidup kita mungkin jadi bermakna, bahagia. Tapi, kuasa cinta juga membuatkan kita jadi bengong. JIWA jadi KACAU. Too many story bout love yang bersarang dalam hati AKU.

Dah 4 hari kita berada dalam tahun 2012. Selamat tinggal 2011. Semoga apa yang berlaku dalam 2011 boleh menjadi pengajaran bagi kita semua.
Detik tengah malam 1.1.12, ada yang tengok bunga api, ada yang dengar ceramah agama santai Ustaz Azhar dengan saim dio si Zizan Raja Lawak tu, tapi cerita di UPSI tidak kurang panasnya. Malah, kepanasan itu masih terasa hingga hari ni.
Sambutan 2012 di UPSI nyata lain sikit dari tempat lain. Dah lewat untuk Aku ulas, tapi setiap warga berhak nyatakan apa yang dia rasa, kononnya. Satu himpunan aman di adakan di UPSI. Ceritanya untuk membantah tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas Adam Adli, mahasiswa yang menurunkan bendera Najib tu. Akhirnya, himpunan itu menyaksikan beberapa orang mahasiswa cedera parah dan ada yang ditangkap walaupun dibebaskan pada esok harinya.
Terbeliak sat biji mata rakyat Malaysia dengan apa yang jadi tu. Hilang cerita bunga api, hilang cerita Ustaz Azhar. Masing-masing berbicara tentang Tragedi UPSI.
Sama ada polis yang belasah pendemo, atau pendemo cederakan diri sendiri, kita semua boleh putuskan sendiri. Betapa banyak video kat Youtube, cari dan simpulkan sendiri.
Bagi aku, mahasiswa ni bukan budak kecik. Kena dengan zaman serba pantas ni, mahasiswa tidak lagi boleh dipaksa angguk. Kalau mengangguk pun, depa akan persoalkan kenapa angguk. Kalau dasar-dasar kita tidak selari dan ketinggalan dengan kepantasan teknologi, masalah-masalah macam ini akan timbul setiap hari. Kena pulak menteri-menteri kita yang dah menopos tuh malah ada menteri kanan yang menopos sebelum usia. Berapa kerat saja, menteri kita yang seiring dengan kemajuan teknologi. Menteri yang lebih terbuka minda tu, dikecam dan dikritik.
Nak sentuh sikit pasal isu turunkan gambar PM. Apakah benar Adam Adli turunkan bendera Najib dan dipijak sebelum dinaikkan kembali? Dari video yang Aku tengok, ya. Adam Adli ada turunkan bendera tu, tetapi dia tidak memijak. Itu cuma simbolik. Mengapa nak melenting.
Mana lebih teruk, turunkan gambar Najib dan naikkan semula selepas 5 minit atau berak diatas bendera Jalur Gemilang, bakar Jalur Gemilang, gunakan Jalur Gemilang untuk balut tubuh yang naked? Mana lebih teruk. Jangan jadi bangsat. Ada akai tu pakai, jangan ambik akai tu letak kat pungkoq. Harap misai tebai, harap dahi luas tapi, tak berguna.
Aduih mendidih pulak. Tahun 2012 dah diwarnai dengan tekanan dan tindasan keatas rakyat, terutama mahasiswa. Lepas ni, selagi kerajaan masih dendangkan mimpi yang sama, Aku yakin, ada pihak lain pulak yang bakal adakan demo aman. Jadi, kerajaan perlu bangkit dan ubahla apa yang wajib diubah. Jangan berenang dalam air mata rakyat. PHUIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. “Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.”
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
“Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED.” Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. “Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
Curi bulat-bulat dari: Abyrad
Cuba hangpa pi kedai barangan elektrik. Tengok bahagian TV. Sah-sah banyak betui yang declare produk depa tuh LED TV. Rupa-rupanya bukan. Peniaga, pengilang or what ever pe lagi, tak payah la nak menipu macam tu. Cerita benda yang betui sudah la. Jujur la dalam berniaga. Bila jadi kes macam ni, pengguna hilang percaya. Sapa rugi. Kalau jujur, pengguna pun suka.
Korang pernah dengar Bunga Ratu Pari dak? Baru-baru ni aku ada balik kampung. Kat Perlis nun. Kawan baik aku ada berikan sebungkus bunga kering. Kata dia tu bunga Ratu Pari. Bile dah balik mai Penang, aku terlupa akan bunga tu. Sampai la sat-sat, kawan aku tu ingatkan. So, aku pon bersembang sumbang la dengan Pakcik Google pasai bunga ni.
Dari apa yang aku dapat, bunga ni sejenis herba yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Bunga yang dikeringkan, dicampur dengan air panas dan dibiarkan untuk seketika dan diminum. Air rendaman tu pula baik untuk menguruskan badan, mengempiskan perut, gastrik, buang lemak, kencing manis, asma/lelah, menguatkan tenaga lelaki dan perempuan, buasir, darah tinggi, sakit kepala / migrain, pitam, keletihan, sakit urat, lenguh dan kebas anggota badan, buang angin dari badan, gout, tenaga batin, melancarkan pembuangan air kecil, batu karang, demam kuning dan sesuai bagi wanita lepas bersalin. Bagi mereka yang tidak berpenyakit menyatakan mereka lebih tenaga dan banyak peluh.
Aku juga sempat membaca beberapa testimoni pengguna yang pernah menggunakan bunga ini sebagai rawatan alternatif mereka. Rata-ratanya amat berpuas hati dengan khasiat bunga ni.
Thanks to Ina. Sebab bekalkan aku bunga Ratu Pari. Sat gi nak cuba minum. Aku akan kongsikan pengalaman aku mengambil air bunga Ratu Pari ni untuk rujukan korang semua.
Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
[Riwayat al Bukhari]
Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci’”
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]
Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda : Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]
Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya” [Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian ditelah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]
Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalai peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi’.
Kredit: http://pakarhowto.com/teknik/7-panduan-cara-memagar-diri-dari-ilmu-hitam-sihir.html
Aku dapat ni dari e-mail dan tak taw sama ada apa yang aku paste ni betul atau tidak. Malas pulak malam ni nak selongkar net ni. Korang nilai la sendiri and then kalo tak betui tu hebah-hebahkan la.. (artikel ni telah diterjemah dari bahasa inggeris oleh Prof Google)
Caj Saman Trafik di Malaysia
Harga di bawah adalah tetap dan tiada diskaun diberi, tawar-menawar adalah tertakluk kepada kenaikan harga tanpa sebarang notis.
Memandu laju:
Melebihi 01 – 20 km / h = RM130 + 4 mata demerit.
Melebihi 21 – 30 km / h = RM150 + 6 mata demerit.
Melebihi 31 – 40 km / h = RM180 + 8 mata demerit.
Melebihi 41 – 50 km / h = RM200 + 12 mata demerit + Mahkamah.
Melebihi 51 – 60 km / h = RM200 + 18 mata demerit + Mahkamah.
Melebihi 61km / h = RM200 + 24 mata demerit + Mahkamah.
Anda perlu membayar caj mahkamah, yang akan menambah denda anda sekiranya anda membawa kes ke mahkamah dan anda kalah. Saya (penulis asal) rasa caj mahkamah sekurang-kurangnya RM 200 dan ke atas.
Memandu cuai = RM 150 + 6 mata demerit.
Memandu tidak bertimbang rasa = RM 170 + 9 Demerit mata + mahkamah.
Memandu Berbahaya = RM 200 + 24 Mata Demerit + mahkamah + kenderaan dikompaun.
Lumba haram = RM 200 + kenderaan dirampas + mahkamah
Gagal untuk memakai tali pinggang keledar = RM 120 + 3 mata demerit.
Garisan putih berkembar = RM 130 + 4 demit mata.
Telefon & memandu = RM 200 + 12 mata demerit + telefon dirampas.
Jangan memegang telefon bimbit anda di tangan apabila anda memandu walaupun menggunakan pembesar suara atau ‘speaker telinga’.
Mabuk & memandu (kesalahan pertama.) = Sehingga RM5000 denda, atau penjara + lesen digantung + mahkamah.
Masa kesalahan 2 = penjara + denda + mahkamah.
Membuat pusingan U pada tempat yang tidak sepatutnya = RM70.
Gagal untuk memberi isyarat apabila menukar lorong = RM70.
Memandu di waktu malam tanpa lampu atau lampu belakang selepas jam 19:00 = RM30.
Tiada nombor plat = RM70.
Plat nombor yang terhalang = RM70.
Nombor plat kabur = RM70.
Nombor plat jenis yang tidak diluluskan = RM70
Sistem Demerit Point:
Katakan anda mempunyai 0 mata pada 1 Januari 2005. Kemudian anda melakukan kesalahan gagal memakai tali pinggang keledar. Jadi sekarang, anda akan mempunyai 3 mata demerit. Ini akan berlangsung selama 1 tahun.
Jika pada tahun ini anda tidak mempunyai mata demerit kesalahan sama sekali, 3 mata demerit anda akan lenyap pada 2006/01/01.
Tetapi, jika dalam tempoh satu tahun ini, dari 2005/1/1 ke 2006/01/01, anda melakukan kesalahan yang lain dengan mata demerit, kesalahan pertama anda akan dilanjutkan selama setahun lagi sehingga 2007/01/01.

Akhirnya. Malaysia menang emas untuk bola sepak. Indonesia sekadar perak sahaja. Sesuai la dengan mentaliti segelintir penyokong Indonesia yang baru keluar dari gua.Penyokong tanpa disiplin, tanpa sivik dan tak layak digelar manusia bertamadun. Presiden Indonesia, tolong ajar rakyat hang tu supaya lebih celik dunia dan lebih berbudi bahasa.
Silap-silap boleh runtuh Bung Karno malam ni. Biasa la, Indonesia. Yang datang Malaysia pon bawak masalah. Tu pon orang Malaysia masih tak sedar. Betapa kita dipergunakan. Orang Malaysia masih buta, pantang ada cuti, terbang ke Bali, terbang ke Medan, terbang ke Jakarta. Hentikan. Banyak lagi negara lain dalam dunia. Ignore saja Indonesia.
Apa pun, pemain Indonesia bermain dengan pro. Tidak terbawa-bawa emosi penonton. Salute walaupun korang semua tewas.
Player Malaysia, tahniah. Korang memang hebat. Caya la bro….
Agak-agak, malam ni player Malaysia balik naik apa pulak yer???

JAKARTA – Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).
Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan “Harimau Malaya Muda” di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan “tak bisa pulang”, “maling”, “tangkap malingnya” dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.
Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.
Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. “Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar,” ujarnya kepada wartawan.
Aku tak terkejut dengan perangai penyokong Indonesia tu. Sikit pon aku tak terkejut. Tapi aku hairan, kenapa kita warga Malaysia sanjung sangat ngan warga Indon tak sedar diri tu. Cuba tengok mangkuk² hayun tu kat Tanah Malaysia ni. Berperangai elok ka? Orang kita, suka sangat nak pi Indonesia untuk melancong. Kita dok rugikan tukaran matawang kita bagi kat depa, apa yang depa buat untuk kita.
Kemon la Malaysian, pi melancong kat Siam lagi baguih la dari dok pi Indonesia tu.

Sejak banjir besar kat Siam sana nu, kita kat Malaysia ni pun terkesan sama. Harga sayur naik, harga harddisc komputer pun turut naik. Aku baru ja lepas dok survey harga sat-sat. Terkejut juga la sebab kenaikan mendadak. Sebelum ni harga Hdd notebook 500 GB cuma berharga RM 170 (Brand WD), hari ni, Hdd yang sama berharga RM 310.00. Seagate pun naik, tapi tak la seteruk WD.
Dari info dalaman WD, kenaikkan ni berpunca dari kilang WD terpaksa hentikan operasi di Thailand. So pengeluaran Hdd pon drop la.
Penat wooo…..
Semalam dia diam di kerusi melepaskan lelah badan…
Dengan seragam putih hijau dengan sandang…
Kau asyik dengan TV di depan…
Sesekali kau ketawa kelucuan…
Waktu itu aku sibuk berurusan…
Sesekali aku kerling…
Melihat susuk tubuh kecil…
Aku masih ingat..
Ada kala tubuh kecil itu melepaskan lelah diriba…
Sambil aku bercerita hingga dia melelapkan mata…
Adakala tubuh kecil bercerita…
Aku menjadi telinga untuk sebuah tandatanya…
Hari ini dia sudah boleh menjadi seorang bapa..
Tubuh kecil itu telah hilang dimakan usia…
Tubuh kecil itu telah banyak mengharungi suka duka…
Tubuh kecil itu sudah menjadi manusia…
Tubuh kecil itu tidak lagi kecil…
Apa yang aku tahu…
Aku melihat tubuh kecil itu membesar…
Aku perhati tubuh kecil itu merungkai persoalan diri….
Aku bisikkan ditelinganya itu dan ini pada ketikanya…
Biarpun tubuh kecil itu sudah hilang…
Aku tetap melihatnya sebagai tubuh kecil…
Walaupun sudah berganti menjadi manusia…
Aku tetap sayang tubuh kecil seperti dulu…
Sejak balik dari Melaka hari tu, rindu sangat dengan Asam Pedas. Kat Penang ni, rasa-rasanya tak dak kedai waima restoran yang jual asam pedas Malacca Style nie.
Entah macam mana, semalam (Sabtu 12-11-11) terbuka pintu hati Aku nak try masak Asam Pedas Melaka.
So kepada sesapa yang nak cuba, boleh la cuba resepi Asam Pedas Malacca Style ala Jiwa Kacow ni.
Bahan A (kisarkan)
1 cm kunyit
2 cm halia
1/2 sudu makan lada hitam
12 tangkai cili kering yang direbus
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan Madu Kuala Perlis (nak tempah sila kontek phaser3116@gmail.com)
Bahan B
1 sudu teh Halba campur, jintan putih & jintan manis
4 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang besar dipotong halus
1 tangkai bunga kantan
beberapa tangkai daun kesum (ambik daun saja)
2 ekor ikan cencaru
Bendi atau terung bulat
garam, gula dan serbuk perasa
Air asam jawa
2 cawan air
So, bile nak masak ni, boleh la korang follow step-step kat bawah ni.
Aku harap, korang cuba la asam pedas ni. And, please syerkan komen korang. Kalo ada pic lagi bagus.
selamat cuba naaaa…

Ramai juga yang kenal Elton John ni. Lagu-lagu dia memang sedap didengar. Aku pun memang minat juga dengan lagu-lagu dia ni. Banyak la lagu-lagu dia yang aku suka.
Tapi, kedatangan dia ke Malaysia, secara lebih tepat, ke Genting Highland untuk konsert, mendapat tentangan dari satu dua pertubuhan NGO dan Politik.
Bantahan tu kononnya, untuk menghalang budaya gay dari dibawa masuk ke Malaysia. Aku hormati pandangan depa ni. Cuma, tak salah kalau aku berbeza pendapat sikit.
Homoseksual, lesbian atau apa saja nama dia, dah lama ada kat Malaysia. Kalau dulu, mungkin tak banyak didedahkan media. Taboo dalam masyarakat. So nak sekat kemasukan budaya apa lagi, dah memang benda tu ada. So kalau benda dah ada, apa yang perlu dibuat. Sebagai Muslim yang bertanggung jawab lagi tinggi ilmu agamanya, bukan hanya dengan berarak di jalan untuk hantar memo. Bukan dengan buat rapat umum saja boleh hentikan budaya tu dari terus bertapak. Gay, homoseks dan entah apa kejadah lagi tetap akan terus merebak even Elton John tak mai Malaysia.
Ostad-ostad jangan hanya tau kata itu haram dan ini halal. Aku rasa, mana-mana gay Muslim tahu hal tu. Sebagai Muslim, perlakuan sama jenis tuh memang haram, malah cerita kaum Luth tuh depa dah khatam.
Aku pernah baca satu entri forum kat ILuvIslam.com tentang luahan gay. Mamat tu nak berubah. Tapi dia gagal untuk berperang dengan naluri dia. Itu dah beri dia tekanan hinggakan dia dah hampir berputus asa. Kita baca pulak dalam media, bila soalan macam tu diutarakan pembaca, lagi-lagi isu halal-haram dan cerita kaum nabi Luth keluar. Adakah dengan ceritakan halal haram dan cerita kaum Luth tu, masalah tu akan selesai dan budak tuh terus bernafsu pada pasangan lawan jenis dia? Ini yang perlu dipikirkan oleh pakar-pakar kita dalam mencari satu mekanisma untuk membantu mereka yang ‘sakit’ ni.
Aku setuju dengan Dr. Asri. Pihak berkuasa perlu menghalang konsert Elton John tu dari dihadiri oleh orang Islam. Bukan hanya sekadar keluarkan notis larangan, tapi tempatkan juga petugas untuk memastikan tiada orang Islam ke situ.

Seksualiti Merdeka 2011. Akan ada satu festival yang memuatkan pelbagai acara bagi meraikan dan membincangkan perihal golongan-golongan homoseks (gay, lesbian, nyah). Festival ni di anjurkan oleh golongan yang mahu ini dan seangkatan nya dilayan adil, saksama, diberikan keadilan bersesuaian dengan tarafnya sebagai seorang manusia.
Aku berpendapat, golongan ni ‘sakit’. Dan setiap sakit kena berubat. Jadi kena cari camana nak berubat. Macam aku kata tadi, berubat untuk sakit ni bukan sekadar kata perbuatan tu haram. Atau dengan keluarkan cerita Kaum Luth. Itu bukan ubat. Aku setuju jika forum-forum ni diadakan untuk membantu golongan yang terpilih ni untuk mengharungi cabaran yang depa lalui. Tapi bila dah dibenarkan berforum, berpada-padalah. Jangan kaduk naik junjung pulak. Terutama yang beragama Islam tu, hormati la agama. Jangan malukan agama hanya kerana kekurangan yang ada.
Aku tak fikir, depa ni saja suka-suka nak jadi gay, maknyah atau lesbian. Depa ni terpilih dan depa ni beruntung sekiranya mampu mengawal nafsu depa. Bukan senang nak berperang dengan nafsu. Berperang dengan nafsu tu besar ganjaran dia. Yang normal lagikan terbabas malah ada yang lebih teruk dari golongan ni.
Aku bukan saja-saja nak sokong. Aku juga bukan suka-suka nak bangkang. So, jangan la kita kecikkan pemikiran kita.