RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Nov 2

JAIS oh JAIS

Posted on Monday, November 2, 2009 in Isu Semasa, Uncategorized

Aku merujuk kepada kata-kataPegawai Perhubungan Awam JAIS, PRO (bukan GRO) seperti yang tersiar dalam Malaysiakini.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.”(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat,” kata Mohd Hidayat.

Macam mana la JAIS boleh bertindak hanya berdasarkan apa yang dikatakan orang ramai. Nampak sangat dimana taraf JAIS dalam menangani kes ni. Bukan maksud JK nak pertikai kuasa-kuasa yang diamanahkan kepada JAIS. Tapi, JK suka mempertikaikan jawapan yang “GRO’ tuh bagi. Adakah kerana apa yang disampaikan oleh DR MAZA berbeza dengan fahaman rakyat Selangor maka DR MAZA salah hingga perlu ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Apakah JAIS sudah kekurangan cerdik pandai untuk mengkaji dakwaan penduduk, atau kekurangan ilmuan untuk memanggil DR MAZA duduk semeja dan berbual dari hati ke hati? Kalau semua tu sudah dibuat, dan betul terdapat ajaran DR MAZA yang sesat lagi menyesatkan, maka, tak salah bawa beliau ke mahkamah dan biar mahkamah jatuhkan keputusan sama ada benar atau salah. Bukan dengan terus menambahkan kes di mahkamah macam ni.

Isu kali ni sedikit sebanyak mencalarkan Kerajaan Selangor terutamanya Exco Agamanya yang bijak pandai. Menteri Besar tak jadi ni masih belum kedengaran memberikan sebarang komen berkaitan penahanan ini. Ini kegagalan beliau dalam meningkatkan tahap profesionalisma JAIS dan MAIS di Selangor. Exco tanpa kerja ini hanya mampu meraih populariti kosong dan gagal sama sekali mengawal jabatan-jabatan dibawahnya. Tahniah Hassan Ali, anak kesayangan Presiden PAS dan konco-konconya. Anda berjaya melaksanakan tanggung jawab anda dengan teruk sekali.

Dulu, semasa DR MAZA menjadi mufti Perlis, memang banyak perbezaan yang dibawanya dengan apa yang diamalkan. Dengan nas-nas dan dalil-dalil, rakyat Perlis dapat menerimanya. Kami berbangga DR MAZA menjadi mufti . Dan, kami tangis pemergiannya dari jawatan  itu.

Kami tidak terus terima apa yang DR MAZA katakan. Kami banyak merujuk kepada ulama-ulama lain. Bila terdapat kebenaran yang terbit dari hasil perbincangan, maka kami pun mengikut. Rakyat Perlis tidak mengikut DR MAZA membabi buta.

Itu, kisah rakyat negeri terkecil. Tapi, bagai mana pemikiran sebilangan penduduk dinegeri yang kononnya paling maju? Bertindak seperti orang bodoh bukan?

Sep 9

Kosong

Posted on Wednesday, September 9, 2009 in Uncategorized

Sudah sampai pada masa yang membuatkan aku tak tahu nak buat apa. Aku bosan. Sunyi. Kosong. Down. Bodoh. Merah. Kecewa. Seronok. Happy gile. Kenyang. Lapar. Semua rasa ada dalam satu jiwa.

Masa ni, semua benda yang biasa aku buat terasa macam kosong. Semua perkata yang aku berdepan selama ni terasa macam mentertawakan aku. Semua manusia yang aku tengok, terasa seperti lebih bagus dari aku. Semua perkara negatif ada dalam aku. Semua perkara yang sia-sia ada dalam aku.

Tu apa yang aku rasa saat ni. Sejak dua-tiga hari ni. Itu lah aku.

Kadang-kadang nak ‘lapah’ je sesapa yang aku suka.

Kadang-kadang nak buli je sesapa yang lintas depan aku.

Kadang-kadang nak aje ku ke Putrajaya dan cakap kat Najib ko tak layak jadi PM. Aku je yang layak.

Nak aje aku jumpa Khalid Berahim, kata kat dia. Ko terlalu tua untuk jadi MB yang bagus. Bagi aku je jadi.

Nak je aku luku si tokey Nilam Baiduri, sebab dia jual nasi mahal.

Jiwa aku tengah kacau. Tambah-tambah dekat raya ni.

Nasib aku baik, sebab jiwa aku masih belum 100% kacau.