RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Aug 12

WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG

Posted on Thursday, August 12, 2010 in Pendidikan

WONG FEI HONG @ FAISAL HUSSEIN WONG

Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film “Once Upon A Time in China”.Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan(Harimau)Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang rasuah dan penindas.

Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).

Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.

Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangankosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.

Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).

Dicedok bulat² dari:
SejarahNagaraKedah

Note JK:

  1. Wallahu’alam. Artikel ni tanpa sumber yang tepat. Jadi hanya Allah yang tahu akan kebenarannya.
  2. Kalau benar pun bagus. Sekurang-kurangnya terbongkar sejarah yang dighaibkan.
  3. Apa cerita dengan sejarah² Malaya? Bila nak diselongkar semula..



Apr 27

Urutan Untuk Lelaki

Posted on Tuesday, April 27, 2010 in Pendidikan, Petua oh Perghtua

ARTIKEL INI ADALAH SEBAGAI PERKONGSIAN MAKLUMAT SAHAJA. SEBARANG KEKHILAFAN KEPADA PEMBACA BUKANLAH TANGGUNG JAWAB JIWAKACAU.NET.

JIKA ANDA WANITA ATAU REMAJA BERUSIA DIBAWAH 18 TAHUN, ANDA DINASIHATKAN UNTUK MENGABAIKAN ARTIKEL INI.

DAPATKAN NASIHAT PAKAR SEBELUM ANDA MENCUBA TIPS-TIPS YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL INI.

(more…)

Mar 20

Mantan Menteri Erection Malaysia

Posted on Saturday, March 20, 2010 in Pendidikan

Zainuddin Maidin dilantik Karyawan Tamu UUM

KUALA LUMPUR 18 Mac – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dilantik menjadi Karyawan Tamu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang pertama bermula 1 Mac lalu sebagai pengiktarafan terhadap pengalaman luasnya dalam bidang kewartawanan.

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi berkata, pelantikan itu adalah usaha penyebaran idea kepimpinan di UUM dan mereka yang dilantik ke jawatan itu terdiri daripada karyawan yang mempunyai pengalaman dan ketokohan cemerlang dalam sesuatu bidang.

Katanya, dengan pelantikan tokoh cemerlang itu, para pensyarah dan mahasiswa UUM berpeluang menimba ilmu dan pengalaman tokoh tersebut bagi diterapkan di dalam program universiti.

“Karyawan Tamu UUM yang dipilih ini bukan sahaja mempunyai pengalaman dari jalanan malah turut mempunyai pendidikan formal dalam dunia kewartawanan.

“Beliau merupakan Karyawan Tamu pertama UUM dan akan ditempatkan di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) UUM yang akan membantu Zainuddin menghasilkan karyanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis pelantikan berkenaan di Hotel Quality di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah IPDM-UUM, Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz, serta beberapa tokoh kewartawanan negara termasuk Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn. Bhd, Datuk A. Kadir Jasin dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Nordin menambah antara tugas Zainuddin selain menghasilkan buku dan memberi syarahan, beliau juga bakal menjadi pakar rujuk di dalam bidangnya iaitu kewartawanan dan sejarah.

“Pelantikan beliau adalah untuk tempoh setahun dan ia boleh disambung selepas itu bergantung kepada beberapa faktor,” jelasnya.

Zainuddin yang juga penerima anugerah Tokoh Wartawan Negara 2006 ketika diminta mengulas mengenai pelantikan itu menyifatkan ia sebagai penghargaan kepada ilmu yang ada padanya dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberi UUM.

“Selain menulis buku untuk UUM, saya juga akan berkongsi pengalaman dan ilmu melalui syarahan yang telah pun saya mulakan sebelum ini dengan warga UUM.

“Matlamat saya adalah untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat. Saya mahu sedarkan masyarakat kita betapa patriotisme dan nasionalisme tidak seharusnya ditinggalkan walau kita berada dalam suasana baru atau moden,” katanya.

Katanya, beliau kini sudah mula memikirkan untuk menulis buku berkaitan pengorbanan wartawan-wartawan terdahulu yang banyak melalui suka-duka menegakkan perjuangan nasionalisme.

“Saya masih perlu berbincang dengan pihak pengurusan UUM. Namun kini sudah terlintas di fikiran untuk menulis tentang pengorbanan wartawan-wartawan itu dengan tema ‘askar-askar tercedera’.

“Ia merupakan satu cabaran kerana saya juga perlu menyiapkan buku Sejarah Utusan Melayu dalam tempoh 18 bulan. Namun, Insya-Allah saya mampu melakukannya,” kata beliau.

Komen Jiwakacau.net:

  1. Teringat himpunan Bersih 2009. Erection every 5 years.
  2. Bertambah la kangkong kat UUM.
  3. Silap hari bulan, student UUM jadi kongkang.
  4. kah kah kah kah. Takdak mangkey lain ke??
Feb 5

Kong Kang dah jadi Kang Kong

Posted on Friday, February 5, 2010 in Pendidikan

Nordin Kardi

Sambil meng’iya’kan istilah Tukar Tiub, aku nak tanya satu soalan. Kat mana la depa pi kutip anak Kardi ni dan angkat menjadi NC UUM? Sebagai bekas warga UUM, aku terasa tebal muka dapat NC macam ni even, zaman aku dulu bukan anak Pak Kardi yang jadi NC. Kesian adek-adek UUM yang mana berada di bawah anak Kardi ni.

Yang menghairankan aku, macam mana seorang NC universiti pengurusan boleh buat kerja-kerja bodoh macam tu. Kebodohan tu menampakkan siapa dia yang sebenar yakni jawatan yang disandangnya itu terlalu tinggi berbanding dengan keupayaan minda dan ilmu yang dia ada.

Aku rasa, NORDIN KARDI PERLU MENANGGALKAN SEGALA TITLE AKADEMIK YANG DIA ADA, MENINGGALKAN KERUSI NC UUM DAN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA WARGA UUM TERUTAMA KAKITANGAN, TUANKU CANSELOR, PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR UUM. Jika beliau berada di pihak yang benar, beliau perlu melakukan sesuatu untuk membersihkan namanya dan mengadakan sessi penjelasan kepada seluruh warga Malaysia terutamanya warga UUM.

Kes mahkamah ini juga telah menukarkan Kong Kang kepada Kang Kong.

Aug 4

Unimap muncul Universiti ke-14 terbaik

Posted on Tuesday, August 4, 2009 in Pendidikan

KANGAR 3 Ogos – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) muncul sebagai pusat pendidikan tinggi ke-14 terbaik di rantau Asia Tenggara berdasarkan penarafan yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik terbesar dari Sepanyol, Webometric Lab.

Berdasarkan universiti tempatan pula, Unimap menduduki tempat ketiga terbaik selepas Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Naib Canselor Unimap, Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hussin berkata, sebagai universiti baru yang ditubuhkan tujuh tahun lalu, kedudukan ke-14 terbaik Asia Tenggara merupakan perkara yang boleh dibanggakan.

Katanya, bagi kategori universiti teknikal pula Unimap berada di kedudukan terkehadapan meninggalkan universiti teknikal lain seperti Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).

”Meskipun Unimap tidak muncul sebagai universiti terbaik tetapi pencapaian ini sesuatu yang membanggakan berikutan Unimap mampu meninggalkan universiti-universiti terkemuka lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

”Saya amat berpuas hati dengan pencapaian terbaru ini memandangkan berdasarkan penarafan terakhir Webometric tahun lalu, Unimap berada pada kedudukan terbawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penarafan Webometric dibuat dua kali setahun oleh Cybermetric Lab iaitu sebuah kumpulan penyelidik terbesar dari Sepanyol berdasarkan analisis kuantitatif laman web sesebuah universiti dan kandungan yang diperoleh dari Internet.

Kamarudin berkata, kejayaan itu adalah hasil inisiatif dan sokongan semua pihak bagi menaik taraf dan melancarkan laman web Unimap baru dengan paparan yang yang lebih menarik, mudah diakses dan pantas.

”Unimap sentiasa berusaha untuk mewujudkan rangkaian capaian laman web yang mesra pelanggan dan pada masa sama tidak memerlukan masa menunggu yang lama untuk mengakses,” ujarnya.

Ranking Universiti Asia Tenggara