RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Aug 22

Alkisah Rosmah on Najib 95 (RON 95); Rosmah on Najib 97 (RON 97)

Posted on Sunday, August 22, 2010 in Petua oh Perghtua

Saya Zharfan, pernah kerja kilang Perodua.

Octane atau RON sebenarnya peratusan oktana dalam petrol. RON 95 maksud 95% oktana dan 5% heptana dimana heptana lebih mudah terbakar dari oktana. Tujuan oktana ialah mencegah dalam istilah teknikal adalah knocking bemaksud pembakaran tak setara timingnya.

Knocking menyebabkan gegar dan enjin cepat rosak akibat petrol terbakar selain spark plug menjalankan tugasnya. RON 97 melambatkan pembakaran dan mempunyai activation energy yang tinggi.

RON bergantung pada negara mana ada di pasaran.

US, RON paling tinggi ialah RON 92 dan paling rendah RON 87.

Itali dan Ireland hanya RON 95 sahaja dijual.

Thailand very special case sebab dia tak pakai petrol, dia pakai Gasohol.

Saya tak pernah pakai RON 95 kerana sudah biasa guna RON 97 dan susah nak tukar secara tiba-tiba akibat terbiasa.

Saya nasihatkan pemandu menggunakan Proton berenjin Mitsubishi, never use RON 95 unless stated in owner’s manual written on octane rating recommended. Enjin Campro kecuali CPS, RON 95 ok.

So far Perodua RON 95 boleh dipakai sebab enjinnya dibuat oleh Toyota di Indonesia. Di Indonesia, RON paling rendah ialah RON 88 dan paling tinggi ialah RON 95.

Rujuk dulu owner manual baru boleh isi minyak.

saya bagi example dalam buku owner’s manual. Toyota Camry 2.4V boleh isi RON 91 keatas sahaja manakala Camry 2.0G dan 2.0E, RON 95 keatas sahaja boleh isi. Dalam kes ni, Camry 2.4 boleh guna RON 95 terus tetapi Camry 2.0 tak boleh guna RON 95.

Just refer to owner’s manual for safety and fuel recommendation.

August 21, 2010 2:04 AM

Itu cerita mantan pekerja Perodua.  Aku tak mboh cakap manyak ini hari. Aku cuma nak kongsi artikel kengkawan. Cerita kenangan “manis” memasing  yang dok jadi pengguna Petrol RON 95/97 di Malaysia.

Sudi-sudikan jengok blog EDYESDOTCOM untuk pengalaman-pengalaman menarik pemandu-pemandu kereta Malaysia. Jangan lupa, baca sekali komen-komen yang dok ada.

Apr 27

Urutan Untuk Lelaki

Posted on Tuesday, April 27, 2010 in Pendidikan, Petua oh Perghtua

ARTIKEL INI ADALAH SEBAGAI PERKONGSIAN MAKLUMAT SAHAJA. SEBARANG KEKHILAFAN KEPADA PEMBACA BUKANLAH TANGGUNG JAWAB JIWAKACAU.NET.

JIKA ANDA WANITA ATAU REMAJA BERUSIA DIBAWAH 18 TAHUN, ANDA DINASIHATKAN UNTUK MENGABAIKAN ARTIKEL INI.

DAPATKAN NASIHAT PAKAR SEBELUM ANDA MENCUBA TIPS-TIPS YANG TERDAPAT DALAM ARTIKEL INI.

(more…)

Dec 2

Kisah Pulut

Posted on Wednesday, December 2, 2009 in Petua oh Perghtua

Dua tiga hari lepas, aku ada terbaca akan satu artikel pasal pulut. Dalam artikel tuh ada kata, banyak makan puluk akan meninggalkan kesan kepada kulit kita. Alkesahnya, kulit akan sihat, tegang dan canteQ. Sebab tuh orang Thailand Utara yang menjadikan pulut sebagai makanan ruji depa kelihatan canteQ walaupun dah kertu.

Jumaat nih aku nak pi beli beras pulut kat pasar Seberang Jaya. Aku nak jadikan pulut sebagai makanan utama aku. Pagi (kalau bangun) nak cari pulut udang, tengah hari aku nak makan pulut ayam, petang sebelum masuk keje aku nak pekena pulut ikan kering dengan kopi panas. Macam orang lama-lama je kan. Takpe. Janji kulit boleh jadi sihat.

Tapi, pulut nih boleh membiakkan angin dalam badan. Silap hari bulan boleh lenguh sendi anggota. Boleh pedih dalam abdomen. Hurm. Macam mana yerk.

Sep 27

Kondom: Jenis, Tips Membeli & Penggunaan

Posted on Sunday, September 27, 2009 in Petua oh Perghtua

Kondom biasanya diperbuat daripada latex atau polyurethane. Yang paling baik ialah latex kerana ia adalah getah asli jika dibandingkan dengan polyurethane yang berasaskan bahan kimia plastik yang kurang fleksibel. Tetapi bagi mereka yang bersifat alergik kepada latex boleh menggunakan polyurethane. Bagaimana kajian ilmiah menunjukkan kedua-duanya mempunyai ketahanan yang sama daripada pecah jika digunakan dengan betul.

Kondom latex hanya boleh digunakan dengan pelincir berasaskan air, bukan minyak seperti vaseline atau krim sejuk kerana ia akan memecahkan latex tersebut. Kenapa perlu guna kondom? Kondom adalah satu cara yang boleh menolong untuk mengelakkan penyebaran sexuality transmitted diseases (STD) seperti HIV dan mencegah kehamilan. Kondom dan pelincirnya (lubricants) seperti KY Jelly selalunya mengandungi spermicide yang dipanggil Nanoxynol 9 yang dikatakan dapat mengelakkan kehamilan dan penyebaran HIV dan juga STDs yang lain.

Terdapat pelbagai jenis kondom di pasaran kini dari segi warna, tekstur dan juga perisa. Kondom tidak mempunyai saiz  S, M atau L seperti baju . Kondom bersifat elastik dan boleh di”stretch” untuk meliputi sepenuh saiz ketegangan zakar seseorang. Cincin di pangkal kondom juga digunakan untuk menyesuaikan kondom dengan saiz zakar seseorang.Tapi secara lazimnya, kondom yang diperbuat untuk negara-negara Asia adalah lebih kecil daripada negara-negara barat.

Sebelum membeli, sila pastikan bahawa kondom yang anda beli membawa tanda kelulusan antarabangsa sama ada FDA, ISO, CE atau “British Standard Kite Mark).

Ribbed kondom biasanya mempunyai sedikit benjolan yang boleh meningkatkan geseran dan sensasi semasa bersama. Terpulang kepada individu jenis yang mana hendak dipilih. Setiap perbezaan dari segi saiz dan bentuk adalah untuk memenuhi kehendak individu yang berbeza dan meningkatkan keseronokan bersama. Bincangkanlah bersama pasangan anda termasukalah yang samada hendak perisa strawberry atau coklat.
Kondom-kondom boleh didapati di semua kedai farmasi, rangkaian 7 eleven, stesen-stesen minyak, hypermarket seperti Giant, Carrefour dan Tesco di seluruh negara.

Diplagiat dari:
TipsKahwin.com

Penggunaan kondom lelaki merangkumi langkah-langkah yang berikut:

  • Jangan kendalikan dengan kuku jari yang tajam.
  • Pakai pada zakar yang tegang dengan segera, dan pastikan sebelum sebarang sentuhan dengan faraj atau dubur; jika mungkin, sebelum sebarang sentuhan dengan badan pasangan.
  • Untuk lelaki yang tidak bersunat, kondom paling bagus jika dipasang dengan kulit hujung ditarik. Ini memaksimumkan pergerakan dan mengurangkan kemungkinan koyak ketika melakukan hubungan.
  • Tinggalkan sedikit ruang pada hujung kondom untuk menyimpan air mani: kebanyakan kondom mempunyai takungan pada hujung. Picit ketika memakai untuk mengelakkan buih udara yang boleh koyak kemudian nanti.
  • Pelincir seksual berasaskan air boleh digunakan bersama kondom, tetapi pelincir berasaskan minyak tidak sepatutnya digunakan kerana ia melemahkan lateks dan menyebabkan ia koyak atau berlubang. Jika faraj pasangan wanita kering, pelincir perlu digunakan untuk mengurangkan geseran pada kondom.
  • Untuk liwat, terdapat kondom lebih tebal dan tahan yang direka khas untuknya.
  • Jangan sekali-kali menggunakan kondom selepas tarikh luput — ia mungkin kelihatan elok tetapi koyak kemudian. Walaupun sebelum tarikh luput, jangan bawa kondom dimana ia terdedah pada haba badan untuk tempoh masa yang lama — seperti dalam dompet (yang disimpan dalam poket) atau dalam poket secara langsung. Jangan simpan kondom dalam laci kereta kerana kepanasan akan melemahkan lateks.
  • Zakar perlu dikeluarkan sebaik sahaja memancut; walaupun anda masih tegang, meninggalkannya bererti risiko yang tidak perlu.
  • Apabila mengeluarkan zakar, pegangkan kondom pada pangkalnya agar tidak terlucut.
  • Basuh tangan dan zakar sebelum sebarang sentuhan dengan pasangan.
  • Kondom hanya untuk kegunaan satu kali sahaja. Jangan menggunakan kondom semula.
  • Jika anda merasakan kondom biasa terlalu kecil ataupun besar, timbangkan penggunaan saiz khas atau kondom wanita.
  • Cuba menggunakan kondom apabila anda berseorangan, dalam tempat yang terang agar dapat melihat apa yang anda lakukan, sebelum menggunakan kondom untuk kali pertama.
May 2

Apa Korang Buat Bila Rindu 2 (Sambungan)

Posted on Saturday, May 2, 2009 in Petua oh Perghtua

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=MCXbTw6S0KI;feature=related&autoplay=0]

Soalan asal korang leh refer kat sini.

Jawapan pertama boleh baca kat sini.

Ni pulak jawapan dari aku.

Bila aku rindu, aku akan sebut nama orang yang aku rindu tu. Pendek kata, banyak kali la aku sebut. Tak mengira waktu dan tempat.  Memang tak hilang rindu tu.

Baru-baru ni, aku ikut cara Cik Seri. Tapi, tak menjadi la cik seri. May be aku sorang je kot dok rindu. Orang yang aku rindu tu langsung tak merindui aku. Fikir aku pon tidak gamaknye. So tersasar la gelombang rindu yang aku send tu.

Lepas tu, aku fikir cara baru. Caranya senang je. Ko jumpe la sesapa yang ko nak. Make sure orang tuh ko tak penah jumpa. So masa jumpa tuh, ko layan dia baik-baik. Terubat sikit la rindu tuh. Tapi kalo lepas tu timbul masalah lain, jangan cari aku lak. Pepandai la korang selesaikan. Lepas aku buat cara ni, berkurang sket ahh rindu yang berkoloni kat dalam dada tu. Hehehe, cara ni bukan aje boleh lepas kan rindu. Menurut maklumat, cara ni juga boleh menghilangkan tekanan syahawat yang korang rasa. Bermakna, cara ni juga mampu mengurangkan nafsu yang bergolak la. Tak caya, cuba la…