RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Nov 17

Maghrib

Posted on Tuesday, November 17, 2009 in Sastera

Bila mentari menundukkan wajah,
berlindung dibalik puncak bukit nun di barat,
Langit mula dilorekkan merah,
Burung-burung juga berlumba pulang ke sarang,
Anak-anak kecil beragama telah pulang mencari sejadah.

Taman permainan yang tadi hingar,
Hilang sudah bingarnya,
Yang ada cuma,
Palang buaian usang, jongkang jongket lusuh, pokok kemuncup,
Anak-anak tiada pedoman masih menyeringai,
Tiada rasa berdosa dengan pesan nenda,
Senjakala menjelma tanda setan bertempiaran.

Sayup,
Bergema suara memecah keheningan senja,
Bersahutan satu demi satu,
Ada merdu ada kertu,
Ada nyaring ada lagu.

Aku dimuka pintu,
Melontar sebuah kekosongan,
Sambil bapa-bapa dan ibu-ibu,
Gagahkan diri mencari jemaah,
Hanya aku yang masih lemah,
Dalam mencari nilai ibadah.

Maghrib tak pernah lupa,
Tetab tiba,
Cuma kita yang alpa,
Dengan sejuta alasan yang dicipta.

Sep 2

Negeri Pasir Dua Butir Modern

Posted on Wednesday, September 2, 2009 in Sastera

Setelah naik kebas kaki kanan dan kiri, setelah kematu punggung duduk di mengkuang, setelah pedih telinga bergeser angin, setelah matahari menjunam di barat petanda malam sudah hamper tiba, sampailah Laksamana Pu, Ki dan Mak ke sebuah tanah gersang laksana gurun padang pasir adanya. Tikar ajaibnya mendarat tidak jauh dari sebatang pokok yang agak-agak rendang, tapi tak la rendang sangat. Sederhana saja rendangnya. Laksamana-laksaman tersebut seraya mendekati pokok yang sederhana rendang tu.

Pada perkiraan mereka, dapatlah mereka berehat sementara, dan menikmati hidangan makan malam yang bakal diambil dari bangsi hikmat. Bangsi hikmat itu adalah anugerah dari Tuan Puteri Buluh Pecah setelah mereka bertiga membantu Tuan Puteri yang tersepit dicelah rimbunan buluh. Tika itu, Pu, Ki dan Mak sedang mencari jalan pulang setelah bermalam-malam mereka sesat di hutan. Sebagai balasan, Tuan Puteri Buluh Pecah menghadiahkan Tikar Mengkuang boleh terbang kepada Pu, bangsi hikmat kepada Ki dan teropong ajaib kepada Mak.

Pucuk di cita ulam pulak datang bertepek-tepek. Niat hati tiga laksamana itu untuk berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan dalam melaksanakan amanah yang diberikan yaitu menawan dan menangkap Mamanda Menteri Negeri Pasir Dua Butir, Datuk Malem Nawar. Kononnya, Datuk Malem Nawar sudah dibenci rakyat jelata. Kononnya, Datuk Malem Nawar sudah dibenci Istana Pasir Dua Butir. Kononnya Datuk Malem Nawar sekadar boneka kepada kuasa asing yang mahu memonopoli segala apa yang ada di Pasir Dua Butir.

Dari jauh, Laksamana Pu, Ki dan Mak melihat betapa kecewanya Datuk Malem Nawar yang sedang bermesyuarat bersama-sama dengan pembantu-pembantunya. Sambil ditenangkan oleh pembantu-pembantu yang masih setia, sesekali dibelai oleh isterinya yang setia. Maka, senyum kambinglah Laksamana tiga orang itu. Mudah betul tugas mereka.

Datuk Malem menyedari kehadiran tiga laksamana tersebut. Datuk Malem tahu apa akan niat ketiga-tiga laksamana itu. Ketiga-tiga laksamana itu adalah puak yang gelap mata dengan wang, pangkat dan kedudukan. Ketiga-tiga laksamana itu sanggup lakukan apa saja semata-mata mahukan kesenangan hidup. Datuk Malem tahu tu. Datuk Malem tahu Mamak Pasola dah bersekongkol dengan kuasa seberang yang memerintah buana. Mamak Pasola kini telah diangkat menjadi Memanda Menteri yang baru dengan gelaran Mamak Da Pasola oleh kuasa seberang. Kini Negeri Pasir Dua Butir mempunyai memanda menteri yang baru. Memanda menteri yang suka suka diangkat tanpa mempedulikan keseluruhan rakyat jelata yang sayangkan Datuk Malem.

Datuk Malem bersedia menerima kehadiran Pu, Ki dan Mak. Datuk Malem juga bersedia untuk menerima apa jua tindakan dari orang yang terpaksa dianggap musuh itu. Kini, Datuk Malem diserta dengan pengikutnya sedang berikhtiar dalam kesukaran demi mengembalikan apa yang hak.

Aug 28

Pantun Cari Ganti

Posted on Thursday, August 28, 2008 in Sastera

Di ciplak & cilok dari:
Minda Mufti