RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Aug 29

Semakin hari semakin benci

Posted on Sunday, August 29, 2010 in Politik

Aku tak nak singgung sesapa. Aku cuma nak suarakan apa yang lahir dari sudut hati aku.

Sejak 2008, politik kita tak pernah sunyi. Bakar itu ini, isu agama itu dan ini, isu menteri itu ini, isu lompat katak la, macam-macam.

Dengan apa yang jadi juga membuahkan perasaan benci terhadap perangai sebilangan manusia tertentu. Tak kira jawatan apa, parti mana waima statusnya apa. Teringin saja aku nak gelarkan manusia-manusia ni ‘menatang’ dengan sikap-sikap hipokrit ala munafik yang dilambakkan untuk tatapan umum.

Ada sorang YB, tembun bulat, rambut putih lebat, suka sungguh dengar gossip. Bila dah dapat gossip, YB yang mengaku ber PHD ni terus buat kesimpulan. Bukan dia ‘reti’ nak siasat ke nak selidik. Mungkin sebab ketembunan dia kot membuatkan dia terlalu malas bekerja. Terus percaya bulat-bulat dengan apa yang balaci dia khabarkan. Balaci ni pulak, demi kesinambungan duit poket, maka diciptakan pelbagai cerita sebagai kayu api untuk memarakkan dapur. Macam ni ke YB yang berbuih mulut mengaku cintakan Islam. Lagi satu, YB ni pulak kalau berjanji, sampai kiamat la rakyat tagih janji dia tu.

Cerita pasal sipolan tu hina agama ni, sipolan ni hina agama tu semakin banyak. Bagi manusia-manusia yang malas menggunaka kepala otak yang diberikan Tuhan, terima la bulat-bulat cerita tu. Wei bangang-bangang, selidik la sikit. Guna sikit kepala otak dan akal yang ada tu. Simpan lama-lama tak guna pon bukan boleh jual pon. Lagi satu, manusia ni suka buat undang-undang ikut kepala b***h dia. Ingatkan undang-undang dunia saja jadi mainan bapak dia, rupanya hukum hakam agama pon cuba dimanipulasinya. Berangan dimasyurkan sebagai Nabi la tuh. Kalau pihak lawan, melalak sakan. Itu salah, ini salah. Kalau pihak sendiri, baca kuran pakai skirt pon takpa. Ada pulak tu, pakai baju yang telanjang. Haduyaii.. Macam-macam.

Aduhai, luah rasa ni rupanya hampir mengurangkan fadhilat posa aku.

Tapi, puak ni berjasa juga kepada aku. Terima kasih. Tindakan puak-puak ni berjaya menampak kecintaan aku kepada pasukan lawan depa. Arigato gozaimasu!!!

Aug 20

Kenyataan Media; Anwar Ibrahim

Posted on Friday, August 20, 2010 in Politik

Ketua Pembangkang Malaysia

KENYATAAN MEDIA
20 OGOS 2010

Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.

Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil.

Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

Aug 6

Adolf Hitler Peminat Islam: Sejarah Yang Disembunyikan

Posted on Friday, August 6, 2010 in Politik
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini…

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : “Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…

Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(?????? ?????? ????? ?????) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah.

Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Jun 24

Penghinaan Untuk Warga Perlis dan Keseluruhannya

Posted on Thursday, June 24, 2010 in Politik

Tuduhan dan mengaitkan Dr. Asri, Mantan Mufti Negeri Perlis, Dr. Juanda, Mufti Perlis dan D.S Shahidan Kassim terbabit dengan Wahabi dan Jamaah Islamiah (JI) JK lihat sebagai satu tuduhan yang secara tak langsung telah menghina rakyat Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Perlis dan Istana Perlis.

Kepada yang membuat tuduhan terbabit, perlu lebih peka dan cermin diri.

Kalau benar depa nih Wahabi sekalipun, Wahabi tidak pernah difatwakan sesat di Malaysia. Kalau dah tak sesat, awat yang dok buat statement macam depa ni buat salah besar. Macam orang hilang akai ja. Ka gila talak ni. Tak pon meroyan nak kenakan tekanan supaya dok diam-diam.

Majlis Fatwa tidak pernah kategorikan fahaman Wahhabi sebagai sesat – Dr. Mashitah

November 5, 2009

KUALA LUMPUR, 5 November – Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahhabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

“Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah…tak sah, habislah jemaah haji kita. Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk “Pendermaan Organ dari Perspektif Islam” di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Antara ajaran fahaman Wahhabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dato’ Dr. Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahhabi ini sebagai “sensitif”, berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara.

“Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru. Sekarang ini kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang lebih serius. Tetapi setakat ini fahaman Wahabi itu kita masih dapat bendung,” kata beliau.

Dato’ Dr. Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya, berkata: “Kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhati-hati supaya tidak menimbul ketegangan dalam kalangan orang agama mahupun masyarakat yang melihat.

“Kita di Malaysia ini mengambil pendekatan yang halus dan berdiplomasi. Sensitiviti kebanyakan orang itu, kita kena jagalah. Itu yang kita nak jaga supaya perpaduan sesama kita terpelihara.”

Jangan “tembak” sembarangan dalam meredakan isu lain. JK setuju dengan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Dr MAZA dan Dr. Juanda yang isu ini cumalah gimik dan mainan politik murahan KERAjaan.

JK harap, rakyat Perlis dapat celik dengan pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini. Walaupun Perlis cuma dihuni 200,000 lebih penduduk, signal bantahan perlu dilancarkan bagi menyedarkan pihak-pihak yang merasakan mereka terlalu hebat untuk ditentang. (Lepas ni akan ada komen dari pihak-pihak tertentu yang melabelkan JK ni penganjur keganasan dan perpecahan ISLAM di Malaysia).

Rakyat Perlis sayangkan Tuanku Raja Perlis, Tuanku Raja Perlis dekat dihati kami. Rakyat Perlis sayang mantan Mufti Perlis. Rakyat Perlis sayang Mufti Perlis. DS Shahidan pon kami sayang juga. Ops!! Betui ka?? Hehehe..

Apr 25

PRK Hulu Selangor

Posted on Sunday, April 25, 2010 in Politik

Tahniah buat Barisan Nasional kerana berjaya merampas kembali kerusi P99 Hulu Selangor menerusi calonnya P. Kamalanathan dari MIC.

Keputusan ini sememangnya telah JK jangka walaupun jangkaan JK itu sedikit meleset. JK jangkakan BN akan menewaskan PR dengan majoriti 2000 undi.

Dato’ Zaid Ibrahim, kekalahan ini bukanlah tanda berakhir semuanya. Teruskan perjuangan Dato’ kerana diluar sini masih ramai memandang tinggi pada prinsip Dato’.

Mengapa PKR kalah di Hulu Selangor?

Faktor selesa
JK melihat PR merasa selesa dengan pemilihan Kamalanathan sebagai lawan. Calon yang dikemukakan oleh PR adalah calon yang telah dikenali ramai. Dato’ Zaid merupakan bekas ahli UMNO yang pernah bertanding di Parlimen Kota Baru, mantan Menteri di JPM sebelum bertindak menyertai PKR. Manakala Kamalanathan merupakan calon underdog yang perlu berusaha keras untuk menonjolkan dirinya.

Petugas PR mungkin berasa selesa sepanjang tempoh berkempen memandangkan calon mereka telah glamour berbanding dengan calon lawan.

Faktor Media
Media tradisi masih dilihat masih mempunyai taring dalam menghebahkan propah-ganda. Media tradisi ini masih terikat dengan cengkaman pemerintah. Sekali lagi media dilihat bersama-sama dengan calon BN dalam pilihan raya kali ini.

Meskipun JK pernah berkata, Astro Awani lebih liberal dalam beritanya, tetapi sepanjang proses pilihanraya ini, Astro Awani juga nampak berat kepada calon parti pemerintah walau tidak secara keterlaluan.

Media juga dilihat agresif memaparkan berita negatif berkaitan dengan PKR dan serangan demi serangan yang dilakukan gagal ditangani dengan baik oleh PKR.

PKR sekadar memiliki media baru yang capaiannya sedikit di Hulu Selangor.

Faktor “Gula”
Seperti biasa, Kerajaan Pusat masih menggunakan kekuatan kewangan mereka sebagai umpan kepada penduduk Hulu Selangor untuk mendapatkan undi. Isu tanah Felda, turap jalan, “buat jamban-tan” dan pelbagai bantuan serta-merta diluluskan semata-mata prk kali ini.

Mungkin penduduk Felda merasa terbela setelah isu tanah mereka menampakkan kemajuan dengan penyerahan pampasan walaupun masih mempunyai tunggakan oleh Felda. Harapan mereka menggunung untuk masalah ini diselesaikan secepat mungkin.

Faktor Kerajaan Negeri Selangor
Beberapa isu melibatkan Kerajaan Negeri Selangor itu sendiri memberikan impak negatif kepada PKR. Isu pembinaan UiTM ternyata memberikan banyak kelebihan kepada calon BN untuk mendapatkan undi Melayu. Difahamkan, lebih dari 70% undi melayu berpihak kepada Kamalanathan.

Mungkin selepas ini, Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor perlu lebih teliti dan berwaspada dalam tindakannya menyelesaikan sesuatu isu.

Faktor PKR
PKR dilihat goyah dengan sentimen yang dimainkan diserata Malaysia. Ahli lompat sana-sini. Dan dilihat PKR gagal menepis dakyah lompat ini secara berkesan.

Bagi PRK selepas ni, Sibu, satu unit media perlu diwujudkan demi menjelaskan kepada pengundi khasnya, rakyat Malaysia amnya akan berita yang benar.

Tu antara beberapa faktor penting yang JK perasan. Maaf, JK tak dapat nak huraikan dengan detail. Almaklum la, bizi sikit ni. Apa-apa pun, pandangan JK tu tidak mengambil kira faktor penipuan yang wujud dalam PRK kali ni.