Pekerja vs Majikan

Mengapa Majikan perlukan pekerja?
- Melancarkan perjalan operasi organisasi.
- Mengurangkan beban kerja.
- Memaksimakan operasi organisasi.
Mengapa Pekerja perlukan majikan?
- Pendapatan untuk sara diri.
- Minat dalam sesuatu bidang.
- Pengalaman pekerjaan untuk memajukan diri.
Ciri Pekerja Pilihan Majikan.
- Menjalankan kerja yang diberikan secara amanah dan jujur.
- Disiplin yang tinggi.
- Rajin berusaha.
- Sihat dan cergas.
- Boleh dipercayai dan setia.
Ciri Majikan Pilihan Pekerja.
- Tidak kedekut, cerewet.
- Memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pekerja.
- Imbuhan yang tinggi.
- Kerja yang mudah dan ringan.
Sebagai majikan, kadang-kadang sukar untuk kita buat keputusan. Terutamanya dalam mengambil tindakan terhadap pekerja yang ada lebih banyak memeningkan kepla berbanding memudahkan segala urusan.
Pekerja adakalanya lebih suka buat keputusan sendiri yang memberi kecacatan terhadap prestasi dan rekod disiplin seperti datang lambat, tipu masa kerja dan sebagainya. Bagai mana pula dengan pekerja yang hanya memikirkan bonus tanpa melihat diri sendiri sama layak atau tidak untuk diberikan bonus. Pekerja juga senang demand kenaikan gaji yang tinggi dengan alasan seniority, tapi mereka tidak sama sekali cermin diri adakah mereka layak mendapat kenaikan gaji.
Bagai mana majikan nak berikan bonus dan kenaikan gaji sekiranya pekerja yang ada gagal mempamerkan disiplin yang tinggi, sifat keboleh kepercayaan yang rendah dan sering ponteng walaupun kerja yang diberikan senang serta tidak efisyen dalam melaksanakan kerja.
Perlukah majikan menyimpan pekerja sebegini?
Aku yang sakit jiwa..
Jiwakacau 2010
Yes Bos!
Aku kira, sejak dulu orang Melayu di Malaysia ni banyak yang yes bos. Apa yang bos cakap mesti dipatuhi dan dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Tak dak istilah no, istilah i’ll do it later atau let me think first. Orang Melayu memang terkenal dengan sikap patuh dan tunduk dengan perintah seorang ketua.
Cuba baca balik cerita Hang Tuah. Bagai mana Hang Tuah yang setia membuta babi dengan perintah Sultan Melaka ketika itu untuk menghapuskan Jebat yang di cop sebagai derhaka. Walaupun Tuah sedar, titah Sultan itu salah, tapi, Tuah tetap melaksanakan juga titah perintah keatas batu jemalanya. Akhirnya, Jebat mati ditikam Tuah dengan keris Taming Sari.
Hari ni, walaupun sudah ramai Jebat wujud untuk menyanggah apa yang diperlakukan sang ketua, tapi masih ramai juga Melayu yang masih menanamkan sikap Yes Bos. Bos betul. Tepat sekali keputusan bos.
Aku bukan nak mempromosikan sifat melawan ketua. Seorang ketua bukan maksum dan terpelihara dari kesilapan kecik dan besar. Jadi, sebagai seorang pengikut, kita juga masih berhak untuk membetulkan kesilapan ketua kita. Tapi, membetulkan itu mestilah dengan etika dan tatacara yang baik, selari dengan adab dan kesopanan. Seorang ketua yang baik, sentiasa boleh menerima pendapat orang lain waima dari seorang tukang sapu sampah.
Sebagai orang bawah, bahasa dan tatacara memainkan peranan dalam memberi teguran kepada orang atas-atas. Bersembang secara bersemuka boleh mencambahkan lagi idea baru dalam membuat sesuatu keputusan dan arahan.
Aku suka sekiranya ada kakitangan bawahan aku berani melontarkan pendapat dan buah fikiran mereka kepada aku. Aku suka sekiranya anak buah aku berjumpa, berbicara dengan berhemah dan bersama-sama mencari jalan terbaik untuk sesuatu keputusan. Aku sedar, aku cuma membuat keputusan dan pelaksananya adalah anak buah aku. Jadi, mengapa tidak keputusan yang dicapai itu memuaskan hati aku dan anak buah aku. Mereka perlu bekerja dan untuk memperoleh kualiti yang baik, mereka perlu melaksanakan kerja mereka dengan hati yang gembira.
Politik. Ramai ahli politik hari ni Yes Bos. Tak kira pihak mana sekali pun. Dalam organisasi politik, perlu wujud golongan Jebat. Golongan Tuah perlu dikurangkan dan kalau boleh disingkirkan terus. Tapi Jebat yang bagai mana. Macam Zulkifli Nordin? Macam Khalid Samad, Macam Hassan Ali, macam Ibrahim Ali atau macam Zahid Hamidi?
Tak kisah macam mana sekali pun Jebat yang lahir. Cuma, jadilah Jebat moden. Jebat yang tahu menghormati ketua, Jebat yang tahu berbahasa, Jebat yang bijak menyusun langkah. Jangan jadi Jebat yang kepalanya mereng dan enggan menghormati orang lain selain dari dirinya sendiri atau Jebat kuat mengipas.
Bicara Sepi
Ada tak sesapa yang boleh hidup sendirian, tanpa ditemani oleh sahabat, kawan atau rakan. Hidup sendirian dan sekeliling kita cuma mereka-mereka yang tidak mempedulikan kewujudan kita. Sekeliling kita cuma tembok-tembok batu yang tidak bernyawa.
Dulu, aku sendiri menafikan kewujudan seorang sahabat disisi aku. Aku selalu kata, aku boleh hidup sendirian. Aku dah biasa dengan kebosanan. Aku dah lali dengan sendirian. Ya, itulah hidup aku dari dulu. Aku menutup semua ruang yang ada untuk sesiapa saja menjadi sahabat. Aku lebih senang dengan sendirian. Tanpa teman. Hidup aku bahagia. Bahagia dari kaca mata aku. Aku bahagia menolak troli sendirian untuk shopping. Aku bahagia sendirian menunggu makanan aku dihantar dan untuk aku nikmati. Aku bahagia drive sorang-sorang kesana kesini. Aku bahagia.
Sampai bila aku harus menipu dengan perasaan sendiri. Sampai bila aku terus meletakkan kesepian itu sesuatu yang membahagiakan. Sampai bila aku perlu bertemankan kebosanan?
Kekadang, aku merasakan aku perlukan seseorang yang memahami aku. Memahami luaran dan dalaman. Aku perlukan seseorang yang boleh ‘memeluk’ aku ketika aku bersedih dan bertebuk-tepuk setiap kali aku gembira. Aku perlukan seseorang yang sanggup menemani aku setiap masa yang terluang.
Adakah sudah terlewat untuk aku dapatkan semua tu??
Makan sesudah kekenyangan
Bacaan ini untuk pengunjung yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja, dan memerlukan daya pemikiran yang dinamik dan berimaginasi tinggi. Jika tidak, sampai kiamat la korang tak paham apa yang aku tulis nie.
Kah kah kah. ada aku kesah??!!
Sebelum keluar rumah, korang dah melantak tahap gaban. Perut dah berkilat tanda tiada lagi ruang untuk diisi. Pendek kata, nafsu makan korang memang dah dipenuhi dengan sebaik-baiknya malah berlebihan.
Dalam perjalanan, korang ditegur oleh seseorang yang korang tak kenal. Bersembang dan bertukar-tukar maklumat diri. Dari nama, asal, umur semua korang dah jelaskan. Sampai satu masa, sidia ajak korang makan. Korang mengangguk tanda setuju. Bukan sebab korang dah lapar balik, tapi sebagai menghargai sebuah persahabatan dan harapan menghargai kawan baru.
Persoalan disini, mampukah korang makan sedangkan korang memang dah kenyang sangat. Dan jika ya, apakah makanan yang korang jamah tu memenuhi tuntutan nafsu makan korang. Dalam erti kata lain, adakah makanan tu korang nikmati dengan sebaiknya seperti mana korang makan waktu lapar. Atau korang makan ala kadar dan lepas korang makan korang akan merasa buat rugi duit je aku makan.
So, sesiapa yang rajin menulis, boleh beri feedback korang kat email aku phaser31116@gmail.com. Setiap email korang akan diletakkan di ruangan komen selepas mendapat kelulusan lembaga penapisan JK. Atau, berikan maklum balas korang kat ruangan komen.
Salah Aku atau Salah Dia
Manusia memang suka merancang. Tak benama manusia yang sempurna kalau dia sekadar merancang untuk satu perancangan merancang. Manusia merancang untuk berjaya. Tak de manusia yang membuat perancangan untuk gagal. Tapi dalam setiap perancangan tu, tak semestinya berakhir dengan kejayaan. Banyak juga perancangan yang tersungkur dan gagal. Tapi kegagalan itu bukan bermakna kalah, sebaliknya, kita akan kalah sekiranya kita tidak bangkit dari kegagalan.
Aku sendiri pernah gagal. Dulu, aku tak penah salahkan sesiapa kalau aku gagal. Tapi, sewaktu kegagalan pada 1999, aku mula mencari sebab kegagalan aku. Dan kebanyakkan sebab tu adalah insan ketiga. Ya, aku suka salahkan orang lain jika aku gagal. Tapi tak semua kegagalan tu kita boleh salahkan orang lain. Ingat tu.
Gagal tengok wayang pukul 3.00 petang aku salahkan orang sebab lembab dan lambat. Gagal dapat kontrak pon aku salahkan orang sebab enggan tolong aku register lesen kementerian. Kacau jiwa. Pendek kata, dari kegagalan kecik hinggalah kegagalan besar aku akan salahkan orang lain. Dan ia masih berterusan hingga kini.
Ramai manusia macam tu. Suka salahkan orang lain atas kesilapan sendiri. Menyalahkan orang lain bukan bermakna kita 100% betul tetapi persen kesilapan kita tu kecil berbanding dengan faktor kesilapan orang lain.
Mengapa perlu salahkan orang lain? Aku ada jawapan aku sendiri. Setiap kegagalan akan membuatkan aku terasa lemah. Aku akan makin lemah kalau aku letakkan kesalahan tu atas diri sendiri. Jika itu berlaku, aku sukar untuk bangun semula. Jadi, cara terbaik, aku akan carikan sesiapa saja untuk aku letakkan kesalahan tu. Si mangsa tu selalunya orang yang terlibat secara langsung dalam masalah tu and persen kesilapan dia tinggi. So, nasib dia la. Cara tu akan membuatkan aku lebih bersemangat untuk bangun. Jadi, aku tak perlukan masa yang lama untuk bangkit semula. Nape tak ramai manusia yang tak ambil kegagalan tuh sebagai pemangkin semangat untuk bangun. Nape, kita tak ambik dan gunakan sesuatu yang negatif tu sebagai satu aura positif dalam life kita? Aku takde jawapan untuk soalan tu.
Sure ada yang kata, aku kejam sebab dengan sengaja salahkan orang lain atas kesilapan sendiri. Up to you. Aku tak kisah.Aku tau bila aku perlu salahkan orang lain dan bila yang orang lain betul-betul buat salah. Tindakan aku berlainan. Cara bertindak aku agak biasa bagi kes aku menyalahkan orang lain dan agak luar biasa jika orang lain benar-benar buat salah. Aku sukar diramal. [member aku, Is, budak Sarawak selalu cakap aku ni sukar diramal dan aku sedar akan tu. Masa tu aku masih study kat sum where].
Cuba tengok isu politik sekarang. Isu agama. Senang lenang dijaja. Bukan ikhlas berjuang pon, tapi saja nak cari publisiti murah. Dey tambi, orang takkan hina agama kita kalau kita sendiri tak hina agama orang, atau kita sendiri hina agama sendiri. Jangan terus salahkan orang lain, tapi cermin diri dulu, cari mana silap. [Hahaha, kes ni tak boleh sesaja nak salahkan orang lain tanpa lihat dulu apa silap kita]. Ustaz aku masa sekolah pernah cakap, kalau kita kutuk agama orang lain, sama je macam kita kutuk agama kita. Maksud dia, bukan semua agama tuh sama, Islam tak sama dengan Hindu, Budha tak sama dengan Kristian. Tapi, katakan Aku kutuk agama Engkau, sudah pasti Engkau tak puas hati, marah dan macam-macam rasa lagi. Kemudian Engkau pun akan kutuk agama Aku balik. Tindakan Aku yang mengutuk agama Engkau telah membuatkan agama Aku di kutuk sama. Bukankan itu menerangkan apa yang Ustaz aku cakap dulu.
Tengok pulak perangai orang Islam sekarang. Ramai yang lebih kafir dari kafir. Tak kira la rakyat biasa atau pun pemimpin, lelaki atau perempuan. Bagai mana orang nak hormat agama kita kalau kita sendiri tak menghormati agama kita. Jangan jadi munafik la. Pemimpin agama pun ramai pondan sekarang ni. Tak berani nak cakap lebih-lebih. Takut hilang pangkat, hilang darjat. Kalau pasal ‘pasang lilin’ (candle light vigil) haram. Kompang satu dunia kata haram. Tapi bab pemimpin pi menonggeng kat tugu negara tak berani pulak nak sebut. Pemimpin agama kejadah apa macam tu. Pemimpin macam tu melalak minta hormati institusi agama, tapi tindakan dia sendiri membuatkan orang pandang sinis. Kalau pasang kes pasang lilin tu haram, kena la sebut sama apa lagi yang haram. Jangan main memilih pulak nak haram ke nak halal. Ke pemimpin agama tu dah tak berapa nak boleh pakai minda dia. Yer la, makan deghoyan banyok. Panas lebih. Rosak kepala otak dia. Tu yang berfatwa sesuka hati.
Bukan aku nak menghina sesapa, tapi, jangan memain dengan agama. Nabi tak suruh berfatwa sesuka hati. Nabi suruh berkata benar sekalipun ia sukar. Nabi suruh jaga agama, bukan bermain dengan agama ikut kepentingan diri kita.
Ops, terasa macam lari tajuk pulak. Tapi takpe la, ni untuk ingatan diri sendiri. Sesapa yang terasa apa yang aku tulis ni salah, tolong la betulkan aku. Sebab aku nih tak sepandai Mufti-mufti Malaysia nie. Depa lagi ‘pandai’ dari aku.


