RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Sep 7

Salam Aidilfitri

Posted on Tuesday, September 7, 2010 in Personal

Di kesempatan ini, JIWAKACAU.NET mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung JIWAKACAU.NET terutama bagi yang beragama Islam. Ampun dan maaf buat semua memandang ada kelancangan dalam beberapa tulisan.

Memandulah dengan berhemah. Jangan pentingkan diri sendiri. Semoga semua selamat dalam perjalanan dan sepanjang musim perayaan ini.

Bagi yang bukan beragama Islam, selamat bercuti dan tak salah kalau menziarahi kawan-kawan muslim. Rapatkan ikatan kita sesama warga Malaysia. Pedulikan pelbagai isu dan sentimen yang panas dipermiankan tika ini.

Wassalam.

p/s: JK nak balik ke Perlis Rabu ni. Insyaallah. Doakan jua JK supa selamat pergi dan balik. Thanks.

Aug 18

Senyum sorang-sorang

Posted on Wednesday, August 18, 2010 in Personal

Alhamdulillah, dah dekat 2 tahun aku sembuh dari sakit santau yang aku tanggung tu. Ujian Allah gamaknye. Cerita pasal santau tu ada aku letakkan dalam blog ni dulu. [Klik sini untuk entry pasal santau]

Hingga kini, lebih dari 10 e-mail pesakit yang masuk ke inbox aku bertanyakan pasal santau dan pengubatan ni. Aku senyum sendiri. Bukan senyum seronok sebab aku pernah kena santau, bukan seronok sebab aku dah sembuh, bukan seronok sebab ada orang lain menderita, bukan juga sebab orang mohon bantuan, tapi aku seronok kerana aku suka menghebahkan pasal sessi rawatan aku dan membantu sekadar yang aku mampu.

Percayalah, santau tu wujud. Kadang-kadang, manusia ni tak percaya dengan benda-benda yang mistik. Manusia ni terlalu ego untuk memperakui apa yang tersembunyi.

Sesiapa yang berhajat tu, email la aku. Insyaallah, aku akan bantu sekadar yang mampu.

Aug 14

Sape Cakap Setan Dirantai Sepanjang Ramadhan???

Posted on Saturday, August 14, 2010 in Personal

Cuba baca balek apa yang ada kat bawah neh..

  1. Pasangan kapel yang berdua-duaan macam kembar siam. Dating memalam lak suka tempat-tempat gelap lagi sunyi.
  2. Penduduk rumah flat, kampung, perumahan masih bersidai tepi pagar/tangga dan masing-masing bermolot moncong mengalahkan siput sedut. Dah tuh, berbuih molot memasing bercerita.
  3. Aweks² masih keluar rumah dengan rambut mengurai mengalahkan iklan Sunsilk. Dahtu berseluar ketat menampakkan segala lurah yang ada siap berbaju singkat menampakkan pusat yang ala-ala telaga buruk tuh.
  4. Website porno masih menjadi target utama sebilangan umat manusia sementara menunggu waktu berbuka posa.
  5. Masih ramai yang bersidai di shopping kompleks sambil molit bingit bersiul bile nampak aweks² cun lalu lalang.

Tuh baru sikit. Banyak lagi kalo nak disenaraikan. Nampak gayanya, ramai dah manusia yang jadi setan. Setan yang betul dah kena rantai dah, yang bebas nih yang berangan jadi setan je lagi..

Apa-apa pun, selamat berbuka posa lah yerr

Jul 28

Maut Melambai dan pergi..

Posted on Wednesday, July 28, 2010 in Personal

Alhamdulillah. JK bersyukur kepada Allah Yang Esa kerana masih beri peluang kepada JK untuk menghirup udara bumi, yang memberikan JK peluang menikmati keenakan makanan dan minuman dunia, mengizinkan JK peluang untuk hidup sehari lagi… Kalau tidak, entah apa akan jadi kepada JK di alam barzakh dan seterusnya di akhirat nanti. Adakah rebah di pintu syurga atau sebaliknya.

Kisahnya begini, lebih kurang jam 7.45 petang tadi, JK bergerak sendirian berkereta untuk ke tempat kerja. JK perasan, ada sebiji MyVi hitam, bercermin gelap dengan gopoh memotong JK. JK tak kisah, lagipun JK bukan kejar masa. JK perhatikan nombor plate kereta tu.

“Bila la aku nak tukaq no plate kereta aku nih. Skema..” Ingat nak buat no plate baru macam MyVi tu la.

Pelan-pelan, JK dan MyVi tuh tinggalkan pos pengawal tempat tinggal kami. Seperti biasa, tangan kiri JK sebok dok tarik seat belt. Ketat je seat belt tu, tangan JK dok pulas la pulak tombol volume CD Player. Sesambil dok skip lagu yang sedang dimainkan. Ralit (leka) la sikit.

Dalam samar-samar senja, sekali lintas, JK nampak MyVi hitam tu terlanggar devider kat simpang jalan utama. Tergaman JK bila tengok kereta tu terbalik dan keempat-empat tayarnya dan berada di atas.

Alhamdulillah, Allah buka kelekaan JK untuk menekan brek dengan cepat. Kereta tu betul betul didepan JK. Kalau terlewat sesaat, tak mustahil depan kereta JK akan menjadi tempat landing MyVi hitam tu. Kalau terjadi macam tu, macam mana la nasib JK malam ni.

Dengan terkejut, JK keluar dan buat la apa yang patut. Pemandu kereta tuh Amoi dengan ayah dia maybe.

Masa kejadian, sunyi je. Tak sampai lima minit, kawasan tuh dibanjiri dengan penonton-penonton yang entah mai dari mana.

Bila semua dah terkawal, JK berjumpa ngan amoi tuh. Bapak dia bz dok telepon sape ntah. Lepas sembang sikit, JK pon blah.

JK bukan perkauman. Tapi JK perhatikan, kaum Cina terutama pompuan gelojoh bila drive. Awat pon tak tau. Bila jadi macam ni, kan susah. Kaum India pon sama. Seolah-olah lari dari hantu yang dok ligan. Yang kaum Melayu pulak, drive seolah-olah sedang melancong. Slow sampai menyusahkan orang kat belakang. Aduhai.Jom la kita ubah sikit tabiat tu. Kelajuan ikut keadaan la. Kalau perlu perlahan-kita perlahan, kalau perlu laju-kita laju la. Lagi satu drive dengan cool. Tak yang la kelam kabut macam semacam tu. Tak guna pun.

Jul 10

Mistik

Posted on Saturday, July 10, 2010 in Personal

Salam. Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog tak seberapa ni.

Maaf, JK gagal nak update selalu memandangkan JK kurang sihat (tanda diingati Allah). Baru-baru ni, JK sakit dada, demam, blood pressure dan batuk. Tapi yang ngeri tu, batuk JK keluar rambut.

Semoga Allah lindungi JK dari kerja-kerja mungkar insan lain. Amin