Pasar Ramadhan Bandar Baru Perda, SPT
Selalunya, aku cuma lalu kat kawasan Pasar Ramadhan Bandar Baru Perda. Yerla kan, nak balik rumah memang nak ke tak nak ke, kena juga lalu kawasan pasar Ramadhan ni. Area ni selalu sesak dengan kenderaan antara jam 5.00 hingga 6.30 petang. Nak parking kereta pon susah kalau waktu tu. Itu la antara sebab aku tak singgah kat Pasar Ramadhan ni.
Hari ni, memandangkan jam baru pukul 4.45 petang, parking pon masih senang nak dapat, aku pulak malas nak masak sendiri juadah berbuka. So aku pon singgah la kat Pasar Ramadhan yang menyediakan 200 gerai yang menjual pelbagai macam juadah berbuka ni.
Seperti tahun-tahun lepas, kalau ke Pasar Ramadhan Bandar Baru Perda ni, aku mesti cari Nasi Kerabu Kak Ana. Honestly, bagi aku, Nasi Kerabu Kak Ana nih la yang paling sedap kat sini.
Lepas 3 kali tawaf, jumpa juga gerai Kak Ana. Macam biasa, Nasi Kerabu, Solok Lada, Sambal, lauk daging. Budu tak mboh. Hehehe..
Then, aku sambung pusing-pusing. Ramai juga yang aku kenal berniaga kali ni. So, aku beli la dua tiga jenis kuih kat peniaga-peniaga yang pernah berurusan dengan aku tuh. Kire balas jasa baik diorang juga la ni.
Lokasi Pasar Ramadhan ni adalah di ruangan parking Masjid Bandar Bandar Baru Perda, yakni Masjid Daerah Seberang Perai Tengah. Sebelahnya ada Bangunan MPSP. So kalau ada kelapangan tu, boleh la jengah-jengah. And bagi penggemar nasi kerabu tu, jangan lupa NASI KERABU KAK ANA.
Shar’nis Corner Laman Brasmana Kuala Perlis
Harga Makanan: 2.0 bintang dari 5.0
Rasa Makanan: 3.0 bintang dari 5.0
Decoration: 2.0 bintang dari 5.0
Hospitality: 3.0 bintang dari 5.0
KESELURUHAN: 2.5 bintang dari 5.0
Masa kat Melaka hari tu, JK ada makan kat Parameswara Seafood, Umbai. Mungkin lidah JK tak sesuai dengan cara hidangan, maka JK tak rasa puas makan terubuk bakar kat sana. Jadi, JK pasang angan-angan nak makan Terubuk bakar masa balik kampung.
Bagi JK, terubuk adalah ikan yang paling sedap kalau dibakar. Tapi awas, jangan sesekali pilih terubuk padi. Terubuk padi nih tak sedap. Untuk pilih terubuk, pilihla terubuk yang saiznya besar, berat dalam 700 gram ke atas dan bila tengok kat bahagian perut, pilih la yang perut labuh yakni gendut. Tu terubuk yang sedap kalau dibakar kunyit.
Seperti biasa, JK ke Linda Seafood. Tuh restoran ikan bakar yang selalu JK kunjungi kalau ke Kuala Perlis. Sedikit kecewa, Linda Seafood tiada ikan terubuk untuk hari tu. Kawan JK bawak ke tempat lain. Destinasi kami ialah Laman Brasmana, Kuala Perlis. Lokasinya adalah food court depan Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Kawasan ni pernah masuk rancangan makan-makan yang disiarkan kat TV 9.
Persinggahan JK adalah Shar’nis Corner, Ikan Bakar dan Makanan Laut.
Menu JK malam tu adalah Terubuk Bakar, Sotong Goreng Tepong, Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Kangkung Goreng dan ulam-ulam. Overall, JK puas hati dengan rasa makanan dan layan yang diberikan. Pelayan tak kira laki or pompuan, semuanya manis muka. Baik, sopan and kiut miut. Boleh kata, mengidam JK nak makan terubuk bakar berbayar di sini.
JK suggest sesapa nak makan seafood, boleh cuba restoran Shar’nis Corner, Ikan Bakar dan Makanan Laut selain Linda Seafood. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi HASNI di talian 019-4325039 atau 017-4564322.
Nasi Kandar Nasmir Bandar Baru Perda
Selama ni, Aku tak pernah buat review pasal nasi kandar. Selalu aku buat pasal kopitiam, restoran tomyam dan seafood. Kali ni aku nak review nasi kandar Nasmir cawangan Bandar Baru Perda. Sebenarnya Nasmir mempunyai cawangan restoran nasi kandar yang banyak.
Kedudukan Nasmir Bandar Perda bersebelahan dengan stesen minyak Petronas, Jalan Perda Utama, berhadapan dengan Apartmen Permata. Restoran ini di buka 24 jam sehari dan menjadi port lepak kepada kebanyakan penduduk sekitar terutama student politeknik Seberang Perai dan UiTM Permatang Pauh.
Harga makanan disini agak memuaskan. Boleh kata, standard dengan restoran lain. Rasa lauk pauk dan nasi kandar masih boleh di cabar oleh restoran mamak lain seperti Kassim Mustafa di Bandar Sunway. Namun, aku cukup suka capati dan sambal kelapa kat sini. So far, takde sape pon boleh tandingi.
Seperti kedai nasi kandar lain, Nasmir Bandar Perda agak crowded. Layanan pon masih perlu diperbaiki terutamanya bagi waiter dan cashier. Selalu jadi, lain yang order lain yang dapat. Kira pon kadang-kadang selalu silap terutama kalau tak pakai mesen cash register tu.
Korang boleh pilih, untuk lepak kat ground floor, tingkat atas atau kat kawasan terbuka (malam sahaja). Sesambil layan TV Projector, atau, korang boleh bawak notebook dan gunakan wifi percuma yang disediakan.
Nasihat aku kepada sesapa yang nak datang makan kat sini, pastikan harga yang diorang ni caj, especially kalau nak beli rokok. Staff sini cukup suka kenakan harga rokok sesuka hati mak bapak diorang. Mungkin itu salah satu strategi untuk Nasmir peroleh untung. Apa kes kalau harga winston light 18 batang dijual dengan harga RM 7.80 sedangkan kat tempat lain baru RM 7.00?
Harap pengurusan Nasmir dapat mengajar pekerja mereka berkaitan dengan harga. Jangan sampai nanti dituduh Nasmir mengaut untung dengan cara yang salah.
Restoran Puncak Mutiara
Harga Makanan: 1.5 bintang dari 5.0
Rasa Makanan: 1.0 bintang dari 5.0
Decoration: 2.5 bintang dari 5.0
Hospitality: 2.5 bintang dari 5.0
KESELURUHAN: 2.0 bintang dari 5.0
Sabtu lepas, atas sebab-sebab peribadi, JK bercuti. So kesempatan yang ada JK gunakan sepenuhnya untuk mengisi tembolok yang ada dengan makan makanan yang spesial sikit. Mulanya ingat nak ke Kuala Perlis untuk pekena terubuk bakar. Nasib baik, sebelum sampai susur keluar Kepala Batas, JK call restoran yang selalu JK makan kat sana. Tutup pulak. So, JK just pilih restoran yang dekat-dekat dengan rumah JK je la.
Restoran Puncak Mutiara. Letaknya di Penanti. Jika korang dari Kubang Semang dan menuju ke Kampung Pelet, untuk sampai ke Restoran ni, korang kena lalu satu lorong kecil disebelah Pejabat Peladang Penanti. Terus ikut lorong tu hingga korang jumpa restoran. Mudah je nak pi sana.
Pengunjung memang ramai. Hidangan kat sini lebih kepada masakan berteraskan kambing dan lembu dengan pelbagai jenis masakan dari masakan melayu, mamak dan western.
Teruja dengan environment. Pondok kecil yang dibuat, landskap dan kesuraman lampu terus membuatkan Team JK terasa lapar dan tak sabar untuk merasa kenikmatan makan malam.
1 sup tulang, 1 sotong goreng kunyit, 1 nasi briani peha kambing, 1 nasi briani kambing, 1 lamb chop black pepper, 2 teh ‘o’ ais limau, 2 jus tembikai. Itulah menu kami untuk 3 orang. Meriahkan?
JK tak nak komen pasal air. Air dia memang OK. Bila masuk je makanan ke dalam mulut, perkara pertama yang kami sebut, restoren ni takde duit nak beli garam ke? Yup, semua makanan tawar. Salah sorang ahli team JK memang jenis makan kureng masin. Dia pun sebut kurang garam, ni kan pulak JK yang jenis makan masin. So korang boleh bayangkan camne terbantutnya selera kami? Nak tak nak, habiskan juga la makanan yang ada depan mata. Bagi briani yang dihidangkan, terasa seolah-olah makan nasi aje. Kambingnya tak terasa langsung. Daging kambing terlalu empuk dan tawar. Honestly. Begitu juga dengan sup tulang lembu yang kami order. Terlalu empuk dan tawar. Cuma sotong goreng kunyit aje yang boleh diberikan pujian. Sedap. Tetapi, masih dalam kategori tak berbaloi untuk datang ke sini semata-mata untuk makan sotong goreng kunyit. Last sekali baru la mengunyah lamb chop black pepper. THE WORST LAMB CHOP yang pernah JK rasa. Sesuap aje JK jamah. Pak Long Corner yang tak jauh dari restoran ni berkali-kali lebih sedap.
Untuk semua makanan tu, kami dikenakan sebanyak RM 80.00. Just bayar and blah.
JK pun hairan, camne ramai sangat suggest JK gi makan kat restoran ni. Tapi, JK sedar, selera manusia tak sama. Tak caya, cuba la sendiri.
Aduyai KFC Bandar Sunway, service Suck!
Dah lama aku nak letak artikel ni. Artikel berkaitan betapa teruknya pengurusan Restoran KFC Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Ala, yang sebelah stesen minyak petronas tu. Sebelum ni aku malas nak bising-bising. Tapi bila dah tiga kali aku balik saja dari restoran yang sama, terbakar juga rasanya.
No wonder la, kalau restoran 24 jam ni membolehkan staff dia main pok amai-amai bila waktu malam. Lengang. Pekerja banyak main. Layanan tak beretika.
Semalam aku sampai kat KFC Bandar Sunway tepat jam 3.30 pagi. Ingat nak makan Nasi Ayam tu. Semangat langkah masuk. Dari pintu masuk lagi dah riuh rendah. Hairan juga. Dalam restoran tu cuma ada sorang amoi dengan balak dia tengah makan. Takkan la riuh macam ada pesta buih pulak. Bila dekat dengan kaunter, baru la nampak sumber-sumber yang menghasilkan bunyi yang berdiasible tinggi. Rupa-rupanya bebudak KFC sedang beramas mesra, bertepuk bertampar, mengilai. Terpaksala aku pura-pura batuk dengan kuat untuk menyedarkan bebudak ni akan kehadiran pelanggan.
Lenggang la sorang budak pompuan datang nak ambik order dari aku. Dari cara dia lenggang tu pun dah tahu, pemalas. Dengan nak tak nak, dia mintak order aku. So aku pun mintak la nasi ayam yang aku nak makan tuh. Budak pompuan tuh cakap senang je, tak dak. Ok, takpe. Aku tukar kepada Dinner Plate. Tanpa soal apa-apa dia terus tekan-tekan mesen kat kaunter tu. Kawan aku lak order Snack Plate. Sama juga, pompuan tuh tekan-tekan mesen tu. Entah camne, kawan aku tersebut ‘Spicy’. Budak pompuan tu terus pusing ke tray yang derang simpan ayam. Dia pon cakap, yang ada cuma ori saja (ayam yang kecut-kecut, paha dan sayap).
Terbakar. Dengan selamba aku cakap, JOM BLAH. Tanpa cakap sorry or apa, aku terus blah tinggalkan KFC Bandar Sunway dan cari restoran nasi kandar.
Ni bukan kali pertama aku rasa meluat dengan perangai staff dan pengurusan KFC Bandar Sunway. Masa bulan puasa lepas, restoran ni TUTUP untuk mop lantai (bodohkan sebab yang diorang bagi). Tu kali pertama. Kali kedua pulak sama dengan kes kali ni.
KFC ni satu nama yang besar. Tapi pengurusan KFC Bandar Sunway ni macam taik. Aku boleh terima jika set yang aku mintak tu takde kalau aku sampai kat KFC pukul 4.00 pagi. Breakfirst punya time. Aku boleh terima sangat. Aku pun tahu schedule derang. Tapi kalau pukul 3.30 pagi, set biasa dah tak dak, aku hairan camne dengan pengurusan KFC Sunway ni. Derang ni main lantik je ke sesapa jadi manager or what so ever. Tak de training khas ke. Or over all KFC memang macam ni.
Tak hairan la kalau Mac D sebelah KFC ni lebih meriah. Tak pernah Mc D ni tutup sebab nak mop lantai. Tak pernah pulak aku pi sana dan terpaksa ubah order sebab apa yang aku pilih dah habis. Honestly, customer servis Mc D Sunway tu lebih bagus dari KFC Sunway.
Aku bukan nak menghentam KFC, tapi biat aku mahu melihat KFC berubah menjadi satu entiti yang lebih baik dari segi pengurusan dan perkhidmatan kepada pelanggan. Kalau tak boleh mengalahkan Mc Donalds pun, sama taraf dengan Mc Donalds pon jadi la.






