Gulai Nangka Tulang Rusuk
Dalam bulan puasa ni, kadang-kadang kita jemu dengan juadah makanan yang ada. JK pown same la. Kekadang jemu dengan makanan-makanan yang biasa. Especially JK lebih suka masak sendiri bila ada kelapangan.
Hasil perancangan, JK agak ada masa untuk masak dalam bulan Ramadhan kali ni. So, JK akan masak la apa yang patut untuk juadah berbuka dan sahur. Semalam, tetiba JK teringin nak makan gulai nangka dengan tulang rusuk.
JK dapatkan nangka dari Carrefour Seberang Jaya dan tulang rusuk memang dah ada stok kat dalam peti air batu tuh.
Kat bawah ni cara JK masak Gulai Nangka Tulang Rusuk ala JK.
GULAI NANGKA TULANG RUSUK ALA JK
Ni bukan yang JK masak. JK lupa nak snap. Hehehe
BAHAN-BAHAN:
300 gram Nangka muda (rebus hingga lembut)
300 gram tulang rusuk
3 ulas bawang putih (potong mayang)
2 ulas bawang merah (potong mayang)
2 inci kulit kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
2 butir bunga lawang
2 ulas buah pelaga
1 Tangkai daun kari
2 inci halia dipotong mayang
Setengah cawan santan pekat Ayam Brand
1 bungkus kecil rempah kari daging Faiza
1 sudu makan kerisek
Minyak untuk menumis
3 sudu makan air asam jawa
Air, Garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Bila semua bahan dah basuh and sedia untuk memasak, panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, halia, bunga lawang, buah pelaga. Tumis hingga kekuningan dan harum.
- Bancuh rempah dengan kerisik. Tumis hingga masak. Jangan lupa, masukkan daun kari.
- Masukkan tulang rusuk. Gaulkan dengan bahan tumisan tadi.
- Masukkan air dan rebus hingga empuk.
- Masukkan nangka dan teruskan rebus hingga nangka empuk. Tambah air jika perlu.
- Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa.
- Gulai nangka tulang rusuk ala JK dah sedia untuk di makan.
Selamat mencuba.
Kiah Pekasam
Dalam keadaan emosi macam la ni, aku layan je cite ni kat Astro Warna. Best, aku suka. Kena pulak berlatar belakangkan negeri kelahiran aku, Perlis Indera Kayangan.
Diteraju oleh Rozita Che Wan sebagai Kiah, janda cun yang balik ke kampung selepas diceraikan. Well, sesuai ditonton untuk relaks. Tak memberatkan kepala hotak. Cuma, JK rasa Azza Elite tak berapa menjadi dialek dia. Nampak macam dibuat-buat. Tu bukan cara orang Perlis bergebang. Maaf Azza.
Bercakap pasal drama ni, aku nak cite sikit pasal Pekasam Perlis.
Pekasam Perlis ni lain sikit dari pekasam tempat lain. Pekasam original Perlis biasanya menggunakan ikan sungai (ikan darat) yang kecik. Contohnya, ikan sepat, ikan puyu, ikan lampam dan ikan pipi merah. Warna pekasam Perlis gelap sedikit berbanding dengan pekasam tempat lain.
Pekasam selalunya dimasak dengan dua cara. Nak tau? Ok, follow step kat bawah ni:-
IKAN PEKASAM BAKAR
Bahan-bahan:
Ikan pekasam
Bawang merah dihiris halus
Daun pisang
Cili api dipotong bulat
Cara penyediaan:
1. Ikan pekasam diletak di atas daun pisang. Letakkan bersama bawang dan cili.
2. Bungkus pekasam dan bahan lain dengan daun pisang.
3. Bakar atas bara api hingga masak.
IKAN PEKASAM GORENG
Bahan-bahan:-
Ikan Pekasam
Bawang merah dihiris halus
Cili Api
Limau Nipis
Cara Penyediaan:-
1. Goreng bawang hingga keemasan.
2. Goreng ikan pekasam hingga masak.
3. Tabur bawang yang digoreng dan cili api pada ikan pekasam yang dah siap digoreng.
4. Perahkan limau nipis kalo suka.
Selain ikan, pekasam juga boleh dibuat dengan menggunakan udang padang (udang air tawar yang tidak bertelur). JK memang gemar dengan pekasam ni. Cuma terkilan sikit, sekarang susah nak dapat pekasam udang. Kalau ada, memang selera sakan la makan nasik.
Anyway, special thanks to Astro sebab siarkan drama ni, mengingatkan kembali JK pada pekasam. Nanti JK balik kampung, boleh la borong pekasam Perlis buat stok kat sini. Kalau tak caya, cuba cari pekasam Perlis dan rasa. Awas, jangan tertipu pulak. Hahahaha
Sagu Gula Merah Brasmana
8.30 malam, aku lepak kat Samudera Bistro Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis. Azima ngan Zalina pon ada. Aku order Cappuchino Ais dengan Nasi Goreng Kampung, Azima order Moccha panas dengan Nasi Goreng Kampung dan Zalina order Milo Ais (kalau tak silap) dengan Sagu Gula Merah.
Biasalah, bila sampai je makanan yang dipesan, bermula la aktivi “cukai pengangkutan dan cukai penghantaran” ke atas makanan-makanan yang ada.
Sekali cedok sagu gula melaka tu terasa tak puas pulak. Rasa nak cedok lagi. Sedap sangat.
Bermula tuh, aku pendam dalam hati untuk dapatkan resepi ni dan cuba buat sendiri.
Akhirnya, aku berjaya buat dan dah kenyang pun. Jangan bimbang, makanan ni halal. Hehehe…
Bahan-bahan:
Bahan A:
300gm sagu
5 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan B:
1/2 cawan gula pasir
1 cawan pati santan
2 cawan air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Bahan C:
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
3 cawan air
Cara memasak.
- Semua bahan A dimasak sehingga sagu menjadi jernih. Buang daun pandan. Masukkan sagu ke dalam bekas kecil dan biarkan hingga sejuk. Bile dah sejuk, simpan dalam peti ais.
- Masak bahan B hingga santan mendidih. Asingkan daun pandan dan biarkan sanjan sejuk.
- Masak bahan C hingga gula merah sedikit pekat. Asingkan daun pandan dan tapis. Biarkan sejuk.
- Masukkan sagu yang sejuk kedalam pinggan. Tuang gula merah sejuk dan diikuti dengan santan pada nisbah 2:3
- Sedap makan time petang-petang.I luv it.
Lagi Masak-masak
Sejak dua menjak tiga menjak ni, malas pulak otak ni nak berfikir yang berat-berat, jemari pon terketaq-ketaq nak menaip.
Tapi, bile perut mula berdikir barat dikir selatan bagai, rajin pulak tangan nih potong itu ini, sediakan makanan.
Ikut resepi? Sorry, jiwakacau tak memasak ikut resepi. Jiwakacau kalau memasak lebih suka main campak-campak apa yang JK rasa nak campak. Hehehe. So kepada chef-chef jangan la komplain pasal resepi-resepi yang ada kat sini nahh. Resepi yang ada kat blog nih mungkin boleh digunakan untuk budak-budak bujang yang baru nak belajar masuk dapur.
Hari ni, bangun je, terasa lapar pulak. Buka peti sejuk. Ada sotong, telur, sawi.
Buka laci almari dapur ada bihun “Harmoni” keluaran Bernas. Apa, lagi, jom masak bihun goreng jom.
Bahan-bahan:-
3 ulas bawang putih dicincang
1 ulas bawang merah dipotong mayang (kalau nak lebih suke hati korang la)
2 sudu makan cili giling.
3 ekor sotong dipotong-potong
Sawi dikerat lapan belas
Minyak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit Ajinomoto
2 sudu makan sos cili Maggi
1 sudu teh Sos Tiram Life
4 sudu makan kicap pekat Tamim
1 biji telur
1/3 bungkus bihun Harmoni
Cara memasak:-
- Rendam bihum hingga lembut. Bihun harmoni nih ambik masa 15-30 minit. Toskan.
- Tumis bawang putih dan merah hingga kekuningan. Masukkan cili giling. Goreng hingga cili masak.
- Masukkan sos tiram, kicap pekat, sotong (kalau korang nak letak ayam, udang, daging, suka hati korang la). Tunggu hingga sotong masak.
- Masukkan sawi garam dan ajinomoto.
- Bile sawi dah agak masak, masukkan bihun. Kacau hingga rata. Biarkan seketika hingga masak.
- Asingkan bihun, masukkan sedikit minyak masak. Masukkan telur dan kacau hancur.
- Gaul bihun dengan telur hingga sebati.
- Biarkan seketika. Bile dah masak, korang tak reti-reti nak masukkan dalam pinggan dan melantak?
Ni la sarapan aku hari ni. Bihun Goreng Jiwakacau. Best gak kalau makan dengan cili potong campur kicap nie.
Selamat mencuba.
Jom Masak Bubur Kacang
Tetiba tekak terasa nak makan bubur kacang lak. Selongkar laci kat dapor.
Jumpa kacang hijau. Jumpa sagu. Tanpa fikir panjang, terus rendam dan masak. Apa punya tur, gula merah takdak. Santan tinggal yang kotak. Daun pandan belum ditetak. Adeh.
Aku pi keje. Sebelum masuk keje, singgah beli bahan yang tak de. Dengan harapan, balik umah kang boleh sambung masak bubur kacang.
Nak taw camne aku masak..? Check it out BUBUR KACANG BUJANG.
Bahan-bahan:
1 cawan kacang hijau
1/2 cawan sagu (rendam)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah (dicairkan dan di tapis)
2 helai daun pandan
2 cawan santan pekat
air sesuka hati
garam sesedap hati.
- Rebus kacang hijau sampai hempuk dengan api yang suam-suam kuku. Kalo masih tak empuk, ko hempuk je periuk tuh kat lantai.
- Bile kacang dah empuk, masukkan sagu dan masak sehingga sagu masak.
- Masukkan daun pandan, air gula merah, gula putih dan garam. Biarkan sehingga mendidih dan separuh kering air.
- Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih.
- Siap dan boleh melahap dah.
Nak lagi sedap, letak lam peti ais. Lagi terangkat wo.









