Ramadhan 1431H, Bulan Kemuliaan, Bulan Keberkatan
Aku bukan nak tunjuk aku ni wara`. Cukup sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan pengetahuan kepada semua.

Puasa Orang Yang Sengaja Meninggalkan Solat
Soalan; ustaz, apakah diterima puasa orang yg sengaja meninggalkan solat? kerana saya melihat ramai orang yg berpusa tapi tidak mengerjakan solat.
Jawapan;
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).
Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.Artikel ini diambil dari:
Soal Jawab Puasa
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pengunjung JIWAKACAU.NET yang beragama Islam.
Sifat Yahudi
Orang-orang Yahudi adalah terkenal dengan sifat sombong, angkuh dan keras hati. Mereka tidak akan ‘pernah’ redha dengan umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120) Ahli agama mereka selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al-Quran maksudnya: “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan al-Kitab mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedangkan mereka mengetahui (salahnya perbuatan tersebut).” (al Baqarah: 146) Dengan perkataan lain, mereka menyembunyikan sifat-sifat nabi SAW yang ada dalam kitab mereka daripada pengetahuan manusia padahal mereka mengetahui akan hakikatnya. Begitu juga mereka telah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Di kalangan orang Yahudi ini ada yang pernah menyihir Nabi SAW bernama Lubaid bin al- A’som dari Bani Zuraiq.” Seorang wanita Yahudi juga pernah mengkhianati Nabi SAW dengan menghidangkan daging kambing beracun. Hingga membunuh sekalipun bukanlah perkara asing dalam sejarah umat Yahudi. Sejak dahulu lagi bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita walhal Nabi dan Rasul. Mereka akan membunuh siapa sahaja tanpa perasaan belas kasihan dan simpati. Contohnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya telah dibunuh oleh mereka dan mereka juga menyangka bahawa mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa sungguh zalim dan keji sifat Bani Israel ini. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka ‘menderhaka’ dan ‘selalu menceroboh.’ ” (al-Maidah :78)
Sumber: e-hadis; jakim.gov.my
Usik-usik Kaca-kacau:
- Pelik, dalam Quran pun dah sebut macam ni tapi keraJaan Malaysia suka sungguh dengan syarikat yahudi yang satu tu.
- Pak Najib lupa ka buat buat lupa.
- Owh, aku yang lupa, depa ni bukan berkitabkan Quran.
Kiamat Sugra Pada 2012
Kiamat Sugra Pada 2012..????
Peringatan; ini hanya sekadar pencerahan minda sahaja, jangan taksub dan percaya mengkhinzir buta. Ambil iktibar untuk memantapkan iman dan amalan. Kerana soal kiamat dalam pengetahuan Allah SWT. Dan kepada yang faham tu… harap maklum sajalah…
Ringkasan: Sabda Rasulullah – Kiamat itu ada dua… Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)… Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman… Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S.
Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur… Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi…”
“Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya. Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra… Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya. Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra…”
“Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh…”
“Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya.
Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru.
Ust.Harun Din dalam ceramah beliau, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya (bumi) akan bertukar arah pergerakan. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur dan naik sebelah barat.
Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) seperti yang dijangkakan oleh NASA.
Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am – 3am.
Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar di zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.
(Tanda tibanya kiamat kecil objek/cahaya merah di langit kelihatan)
Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap.
Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana. Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain.
Benarlah sabda RASULULLAH.
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat Islam…ALLAHHU AKBAR..!!
(ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)
Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun… Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066.
Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi. Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.
Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007… Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011.(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu.
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066. Semua ini telah dikaji. Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun. Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun.
Cubalah anda kirakan sendiri. Beribadatlah wahai umat Islam sekalian.. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.
Wallahu’alam.
Kredit to: IkutSukaAku
AHLI FIKIR vs AHLI ZIKIR
AHLI FIKIR vs AHLI ZIKIR
“Kelemahan Umat Islam hari ini kerana kurangnya ahli fikir,” kata seorang yang berkaca mata bertubuh gempal ketika kami sama-sama melangkah keluar dari dewan tempat diadakan Seminar Intelektual Menjelang Abad 21.
“Maksud awak?” tanya saya. “Dunia Islam hanya ada ramai keilmuan, tapi tidak ada ahli fikir. Kita perlukan ahli fikir yang mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia,” ujarnya bersemangat sambil mencapao segelas fresh orange yang dihidangkan diluar dewan, lalu meneguknya. Terlalu haus agaknya, sampai tak sempat duduk.
“Awak tengok…” sambungnya, “pusat-pusat pengajian tinggi Islam, madrasah-madarasah, pondok pengajian dan pasantren, ada ribuan banyaknya. Di Mesir, Arab Saudi, Iraq, Jordan, Turki dan di negara-negara sebelah Timur sepeti Indonesia dan Malaysia sendiri pun banyak. Bermakna, lulusan pengajian Islam sudah jutaan di seluruh dunia. Tapi masalah umat Islam masih tak selesai-selesai.”
Saya melabuhkan punggung di kerusi dan sambil mengajaknya duduk. Dia menyorot wajah saya, lalu meneruskan, “Kita perlukan ahli-ahli fikir”.
“Bukan, ahli zikir!” Ujar saya. “What!” jeritnya terkejut amat sangat. “Come on, mana ada logiknya masalah hidup manusia boleh selesai dengan hanya gentel tasbih?” katanya sambil terkekeh-kekeh ketawa. Kepalanya yang separuh botak itu kelihatan berkilat-kilat.
Saya Cuma tersenyum. “Pada saya, ini masalah kurang daya intelek di kalangan ilmuan-ilmuan Islam!” tegasnya lagi.
“Bukan, ini masalah kurang daya rasa,” kata saya. “Eh, rasa apa pula ni?” katanya.
“Profesor di bidang tauhid, tapi tak ada rasa tauhid. Belajar tentang sifat-sifat Allah, tapi tak ada rasa Allah melihat, mendengar, mengawasi, mengetahui. Akalnya tahu tentang Allah, tapi hatinya tak takut pada Allah. Kurangnya daya rasa inilah menyebabkan kurangnya daya intelek dan daya beramal.”
“Awak mengelirukan saya,” katanya dengan kening berkerut.
“Maksud saya, ilmu Islam yang disampaikan sekarang ini sudah hilang rohnya. Sudah tidak berperanan lagi menyuluh kehidupan. Hanya jadi bahan mental exercise. Sebab itu makin tinggi ilmu semakin sombong, bukan semakin merendah diri. Tidak ambil hirau soal keikhlasan dan soal menimbulkan rasa kehambaan seperti rasa rendah diri, rasa hina dan malu di depan Tuhan.”
“Ok lah, apa bukti ‘daya rasa’ yang kamu maksudkan itu boleh selesaikan masalah?” tanyanya.
“Orang yang ada rasa takut dan malu dengan Allah akan meninggalkan maksiat. Orang yang merasai Allah melihatnya, tentu tak berani nak gelapkan duit, rasuah, berzina, berkhianat.”
“Macamana pulak, hari ini ramai yang sembahyang, tapi masih pemarah, masih sombong, masih mengumpat dan masih buat maksiat?”
“Dalam sembanyang, tak cukup dengan menjaga sah dan batalnya saja, tapi perlu juga menjaga hati dari rasa bangga dan sombong. Begitu juga kena jaga akal dari merayau-rayau. Sembahyang ini ibadah pokok. Beres sembahyang, soal-soal lain akan Allah permudahkan.”
“Andaian awak terlalu mudah! Tak kan boleh selesai masalah dengan sembahyang saja. Umat Islam dah ramai yang sembahyang…”
“Mengapa tidak, sembahyang itu kan ‘zikir’ yang paling besar. Kalau dalam sembahyang pun tak boleh berzikir kepada Allah, ketika bekerja, bergaul, berekonomi, lebih-lebih lagi susah untuk berzikir kepada Allah.”
“Awak ni cakap berbelit-belitlah. Setahu saya, lepas sembahyang baru berzikir. Macamana pula dalam sembahyang nak berzikir.”
“Zikir maknanya ingat Allah. Sembahyang orang berzikir ialah sembahyang yang disertai rasa hamba, rasa bertuhan. Sembahyang beginilah yang akan beri kesan pada jiwa dan peribadi seseorang. Bila jiwa dan peribadi dikuatkan oleh Allah, segala masalah dapat dihadapi dengan mudah.”
“Masalah hari ini rumit, tak mungkin dapat diatasi dengan sembahyang sahaja.”
“Tidak mungkin juga boleh diatasi dengan fikiran sahaja…kita perlukan ahli zikir lebih dari ahli fikir.”
“Saya tak faham…”
“Ahli zikir, orang yang sentiasa ingat Allah. Hanya orang bertaqwa yang sentiasa ingat Allah. Selain taqwa, seseorang itu perlu faham psikologi manusia dan psikologi masyarakat, faham isi semasa dan ada general knowledge yang luas, barulah dia dapat selesaikan masalah yang mengancam dan mencengkam setiap aspek kehidupan manusia,” jelas saya.
“Awak nak suru ustaz-ustaz dan tuk-tuk guru belajar psikologi dan sosiologi?”
“Nak didik dan baiki masyarakat mesti kenal masyarakat. Kenal masyarakat untuk tahu penyakit mereka supaya senang diberi ubat. Tak perlu kaji secara detail, cukup secara rangkuman. Dan …”
“Jadi, betullah kata saya tadi, kita perlukan ahli fikir,” katanya memotong cakap saya.
“Betul, tetapi fikir yang terpimpin oleh zikir.”
“Macamana tu?”
“Akal mesti dipimpin dengan iman dan hati yang berpaut kepada Allah, barulah tidak sesat. Bila berfikir, hala pemikirannya jelas dan tepat. Akal yang terpimpin saja yang dapat dibawa berfikir secara kreatif dan aktif tentang dunia dan akhirat sama serentak.”
“Jadi, macamana nak lahirkan orang-orang macam tu?” soalnya.
“Inilah peranan pendidikan. Melalui pendidikan yang tepat, akal dapat dibangunkan selari dengan pembangunan jiwa. Untuk itu, pendidikan hari ini mesti menekankan kesatuan ilmu dan kesatuan amal. Islam hanya difahami dan diamalkan secara terpisah-pisah, tak secara keseluruhan.”
“Bagaimana tu?”
“Dalam Islam ada ilmu feqah, tauhid dan tasawuf. Ketiga-tiganya hakikat yang satu, macam anggota-anggota pada tubuh badan yang satu. Tapi guru-guru yang mengajar Islam hari ini hampir tidak ada yang mengajar secara bersepadu. Katalah seorang guru mengajar tauhid, dia hanya bahas sifat-sifat Allah misalnya, tapi tak kaitkan langsung dengan rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Kerana soal-soal itu dianggap hanya sesuai untuk pelajaran tasawuf. Begitu juga bila mengajar feqah, hanya ceritakan bab halal haram atau kebersihan lahiriah. Soal kebersihan hati atau bab keikhlasan langsung tak sebut. Bila ini berlaku, tak wujudlah kesatuan ilmu. Ertinya roh ilmu itu tak ada. Lebih sedih lagi, makin tinggi peringkat pengajiannya, makin sempit ilmu bidang ilmu yang dipelajari. Untk dapat sarjana atau Ph.D, pelajar-pelajar membuat pengkhususan dalam satu-satu bidang ilmu sahaja, Feqah saja misalnya. Dahlah begitu, feqah itu pulak dipecahkan lagi kepada juzuk-juzuk kecil untuk dikaji secara terpisah-pisah.”
“Mana otak tak beku…habis masa memikirkan persoalan yang kecil-kecil !” katanya mencelah. Lalu menyoal : “Bagaimana hendak mengembalikan kesatuan ilmu dan amal?”
“Selain sistem pendidikan yang baik, kita memerlukan pendidik yang bertaqwa, yang boleh didik dan pimpin rohani manusia,” jawab saya.
“Ertinya kita perlukan ahli zikir!!” katanya sambil tersenyum.
Alhamdulillah, dah clear fikirannya.
Ana petik ni dari www.bicaraaddin.com
P/s : Antara cara untuk mendapat keberkatan dari ilmu , sandarkan perkataan2 itu (qaul) kepada tuan asalnnya
Wallahua’lam
Nota Jiwakacau.net
TQ to salah sorang student UITM Permatang Pauh kerana memberikan artikel ini. Semoga beliau dan mereka-mereka yang berkenaan dengan artikel ini beroleh rahmat dunia dan akhirat. Amin
Nilai Berkat Dalam Hidup
Kisah 1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari
RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta
Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.
Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini…
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang
sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang
paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu’ dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku’ apabila imam ruku’.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk… ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana
dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu’. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu’ di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, “Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa… “. Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. … bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki….
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman… cuba kita tanya diri kita sendiri…
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua…


