RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Aug 5

Windows Mobile: Jom Install Garmin GPS

Posted on Thursday, August 5, 2010 in Teknologi IT

Memandangkan dah beberapa hari tak update, dah lama aku tak berkongsi pengalaman aku, so kali ni aku nak kongsi camne nak install Garmin GPS kat Windows Mobile Handphone. Dalam kes aku ni, aku guna Sony Ericsson Xperia X2. Tak kisah la brand apa sekali pon, yang penting phone tu pakai Windows Mobile.

Walaubagaimana pun, tips ini menggunakan Map Malaysia dan Singapura sebab… hehehe, aku orang Malaysia bah.. So kalau korang kat tempat lain, boleh guna step yang sama tetapi dengan Map yang bersesuaian la kan. Takkan nak guna Map Malaysia pulak.

Bahan-bahan:-

  1. Mobile Phone yang support GPS (platform Windows Mobile, platform lain aku tak tau).
  2. Komputer (OS Windows) yang ada perisian Microsoft ActiveSync. Kalau tak dak, download kat sini.
  3. Phone USB cable.
  4. Perisian Garmin Mobile XT, Garmin Mobile XT Support Files dan Garmin Mobile XT Free Basemap. Klik je untuk download.
  5. Download MalsingMaps Malaysia and Singapore map (MFM). Download yang terbaru.
  6. Download MelsingMaps Malaysia and Singapore Topo map (MFM-SRTM).

Cara Install Garmin Mobile XT:

  • Sambung phone dengan USB cable. Pastikan sambungan itu menggunakan perisian Microsoft ActiveSync. Jangan pulak pilih Mass Storage.
  • Double click Garmin Mobile XT dan pilih lokasi pemasangan. Aku pilih Mass Storage (Memory Card) untuk menjimatkan memori phone aku. Dah settle, buat perkara yang sama pada Garmin Mobile XT Support Files dan Garmin Mobile XT Free Basemap.
  • Disconnect sambungan phone. Setakat ni, Garmin GPS dah siap dipasang kat phone korang.

Masukkan Maps Pada Garmin Mobile XT:

  • Sambung semula phone pada komputer tetapi dengan menggunakan mode Mass Storage. Jangan guna Microsoft ActiveSync.
  • Mulakan MFM map installer file. Ikut arahan pemasangan disini.
  • Ulang proses dengan MFM-SRTM topo map.

Dah siap. Garmin GPS bagi Malaysia dan Singapura dah siap. Perlu diingat, Garmin Mobile XT ni bukan percuma. Support la yang original untuk memudahkan korang update apa yang patut. Software ni free trial untuk 15 hari sahaja. So, kalau nak pakai percuma tu pepandai la crack kat mana yang patut. Hehehe….

Camne nak crack?? Tak reti reti nak memo aku???

Jul 29

Sony Ericsson Xperia X2

Posted on Thursday, July 29, 2010 in Teknologi IT

Sebelum ni terfikir, nak letak ke tak. Nak kongsi ke dak. Selepas 2 bulan, JK rasa tak salah kalau JK berkongsi disini.

Penghujung Mei lepas, JK berjaya membeli sebuah HP yang JK idamkan. Sony Ericsson Xperia X2. Harga dia tak yah la JK hebohkan kat sini. Biasa-biasa saja. Kalau orang lain berkenan Satio, JK berkenan dengan Xperia ni.

JK tak nak cerita detail pasai Xperia ni. Kalau nak info pasal HP yang JK baru beli nie klik la kat sini.

Setakat ni, JK masih belum berjaya nak explore lebih-lebih. Almaklum la, JK sebok sikit la ni. Jalan sana jalan sini. Insyaallah, nanti kalo JK xplore sesuatu yang penting, JK akan kepoh-kepohkan kat sini.

Setakat ni, JK berjaya install Garmin GPS termasuk crack sekali. Dan Garmin dah tolong JK sewaktu JK merayap kat Putrajaya and Melaka hari tu. JK juga berjaya cari jalan keluar dari Felda Guar Napai untuk ke Pekan Kodiang hari tu. Thanks Garmin.

So sesapa nak tips camne nak install Garmin untuk Win Mobile 6.5 sila-sila la kontek JK ye..

Hehehe..

May 6

Tips Google Search

Posted on Thursday, May 6, 2010 in Teknologi IT

Trick Pencarian Google yang anda mungkin tidak tahu. Kepada yang dah tahu tu anggap sebagai refresh jer eh..

1.Gunakan google sebagai kalkulator.

Google telah built-in kalkulator, cuba memasukkan pengiraan seperti 270 * (55 / 5 + 3),
anda akan melihat hasilnya:

270 * ((55 / 5) + 3) = 3 780

Ya, komputer anda juga telah dilengkapi kalkulator, tetapi jika anda menghabiskan sebahagian besar hari anda di dalam browser, menaip pengiraan anda ke dalam kotak pencarian browser lebih cepat daripada membuka aplikasi kalkulator anda.

2.Gunakan google sebagai pemeriksa ejaan.

Jika anda tidak yakin mengenai ejaan dari suatu kata, cukup masukkan kata ke google, ini adalah cara cepat untuk melihat apakah anda memiliki ejaan yang benar. Jika salah, google akan menyarankan ejaan yang benar, bukan. Selain itu, jika anda ingin mendapatkan definisi dari suatu kata, anda dapat menggunakan “define:” operator untuk kembali definisi dari berbagai kamus, contoh:

define: Parasympathetic

3. Gunakan “site:” untuk membatasi pencarian ke laman tertentu.

Banyak site telah built-in tools pencarian tapi sebagian besar waktu mereka tidak mengembalikan hasil yang anda cari. Jika anda mencari entri resepi di jiwakacau.net, anda boleh mencuba untuk mencari cara ini:

resepi site:jiwakacau.net

4.Memeriksa waktu saat ini negara mana pun di dunia.

Anda untuk memeriksa waktu saat ini negara atau bandar di dunia sehingga Anda tidak perlu menelefon seseorang di tengah malam. Untuk memeriksa waktu, cukup masukkan “waktu” diikuti dengan nama bandar. Sebagai contoh:

time California

5.Cepat tukaran mata wang.

Google juga dapat melakukan jadual penukaran mata wang, misalnya:

150 pounds in dollars
Namun begitu ia hanya memiliki mata wang utama,

6.Gunakan operator OR.

Hal ini dapat berguna jika Anda sedang mencari topik, tapi Anda tidak yakin kata kunci yang akan mengembalikan informasi yang anda mahukan.

7. Mengkhususkan mengecualikan istilah dengan tanda “-”.

Anda dapat memperkecilkan pencarian anda menggunakan operator ini. Misalnya, jika anda mencari maklumat tentang David Beckham tetapi tidak ingin apa-apa tentang Victoria ,anda dapat mencuba:

“david beckham” -victoria

8.Pencarian untuk jenis dokumen spesifik.

Google dapat mencari web untuk jenis file tertentu dengan menggunakan filetype “:” operator. Jika Anda sedang mencari file PowerPoint tentang Make Money Online, misalnya, Anda dapat mencoba:

Make money online filetype:PPT

9.Cari di dalam nombor dengan menggunakan “..” .

Jika anda ingin mencari informasi tentang Piala Dunia Sepak Bola peristiwa yang terjadi di tahun 1980-an, Anda boleh menggunakan pencarian ini:

World cup soccer 1980..1990

10. Mengetahui semua laman yang ada dalam satu domain

Jika anda ingin mengetahui semua extension/lama-laman lain yang telah dicipta dalam satu domain, gunakan perkataan ’site’. Contohnya:

site:jiwakacau.net

Apr 22

BootMGR is Compress; Windows 7

Posted on Thursday, April 22, 2010 in Teknologi IT

Kadang-kadang, kita berdepan dengan masalah booting windows 7 atau vista. Bagi kes BOOTMGR IS COMPRESSED, langkah-langkah dibawah mungkin boleh membantu.

  1. Masukkan CD OS. Kalau korang pakai windows 7, masukkan CD windows 7 la. Kalau pakai Vista, masukkan cd windows Vista.
  2. Boot komputer dari CD tuh. Bile dah abeh loading, pilih “REPAIR”.
  3. Pilih DOS dan masuk ke OS Driver. (Default C:/)
  4. Taip bootrec /fixMBR dan <enter>
  5. Taip bootrec /fixboot dan <enter>
  6. Taip bootrec /rebuildbcd dan <enter>
  7. Taip exit <enter>
  8. Klik restart.

Selamat mencuba.

Apr 15

SKMM pantau tiga syarikat gagal capai sasaran liputan WiMax

Posted on Thursday, April 15, 2010 in Teknologi IT

SKMM pantau tiga syarikat gagal capai sasaran liputan WiMax

2010/04/15

KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat syarikat pembekal perkhidmatan jalur lebar WiMax dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana gagal mencapai sasaran pencapaian liputan penduduk sebanyak 25 peratus.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata dalam tempoh pemantauan dari Mac 2008 hingga 31 Mac 2009, ketiga-tiga syarikat pemegang lesen berkenaan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dan boleh dikenakan denda.

“Bagaimanapun denda itu bergantung kepada prestasi pelaksanaan dan pertimbangan SKMM terhadap rayuan yang dikemukakan. Pada masa ini SKMM sedang meneliti permohonan rayuan tersebut,” katanya pada sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang bertanya mengenai syarat penembusan jalur lebar WiMax terkini dan denda yang dikenakan sekiranya gagal memenuhi syarat tersebut.

“Walaupun belum capai sasaran, semua empat syarikat ini telah menunjukkan prestasi positif sejak Mac 2009. Asiaspace Sdn Bhd pula telah mencapai 18 peratus liputan pada 30 Sept lepas,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Salleh Kalbi (BN-Silam) tentang inisiatif kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak, beliau berkata kementerian melalui SKMM telah memberi lesen kepada dua syarikat yang telah memulakan perkhidmatan di dua negeri berkenaan tetapi belum mencapai sasaran.

“Sehingga 30 Sept, hanya 14 peratus liputan dicapai di Sabah dan 24.83 peratus di Sarawak. Kementerian juga telah beri lesen kepada P1 yang telah menunjukkan prestasi yang baik di Semenanjung dan akan memulakan kerja mereka di dua negeri berkenaan tidak lama lagi,” katanya. – Bernama