RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Aug 24

Jambatan Perlis-Langkawi antara pelaburan RM130 bilion

Posted on Tuesday, August 24, 2010 in Isu Semasa

Cadangan pembinaan jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis merupakan antara beberapa projek bernilai RM130 bilion yang ingin dibangunkan oleh dua buah syarikat di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn Bhd, Kamarudin Husin berkata hari ini pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, yang akan dilaksanakan sekali dengan pembinaan jambatan monorel.

Sehubungan itu, beliau berkata, Juruelit Sdn Bhd, yang akan bekerja sama dengan Kalammas Sdn Bhd, akan mengemukakan cadangan pada September ini kepada kerajaan Perlis bagi pembinaan beberapa projek besar yang diberi nama RoyalWestern Coastal Coridor (RWCC).

Beliau berkata fokus cadangan itu ialah untuk membangunkan Kuala Perlis sebagai lokasi perdagangan yang moden.

Menurutnya, syarikat itu juga bersedia melaksanakan projek tebus guna pantai dan mewujudkan dua pulau buatan yang setiap satu berkeluasan lima kilometer persegi berhampiran Kuala Perlis.

Jika direalisasikan, kedua-dua pulau itu akan mengandungi pelabuhan moden, kawasan perumahan dan industri berteknologi tinggi.

“Kami juga sedang melihat potensi di wang Kelian, Bukit Putih dan Padang Besar,” katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman mengenai dana RWCC bernilai RM130 bilion itu di Kangar hari ini.

Juruelit Sdn Bhd diwakili Kamarudin manakala Kalamas Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Raden Mas Hilmi Mat Som menandatangani memorandum itu di sebuah hotel di Kangar.

Sementara itu, Raden Mas Hilmi berkata, pihaknya yang berpengalaman dalam bidang pembinaan dan sebagai pemaju yakin mampu melaksanakan projek yang dicadangkan itu di Perlis.

“Kami mempunyai kewangan yang kukuh dan berkeupayaan melaksanakan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersedia untuk membentang projek RWCC kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.

–Bernama

Dikabarkan Tun Det tak setuju. Dikabarkan juga, penduduk Langkawi tak setuju. PAS Perlis & Langkawi sebaliknya.

Pada dasarnya aku tak berapa setuju dengan projek ini. Korban alam sekitar, rasional pembinaan, nilai-nilai nostalgia, kos yang tinggi dan memacam lagi kemungkinan yang ada.

Aku lebih suka, kalau projek itu terhenti setakat pulau buatan. Tidak diteruskan dengan jambatan. Sebaliknya, pulau-pulau buatan yang kununnya seluas 5KM persegi itu bakal dijadikan pelabuhan moden, kawasan perumahan dan Kawasan Perindustrian Berteknologi tinggi. Persoalannya, adakah memadai dengan jumlah keluasan 10 KM persegi bagi menempatkan ketiga-tiga zon tersebut. Dan jika cukup, adakah harga yang bakal ditawarkan mampu dimiliki oleh warga Perlis dan Langkawi khasnya, Malaysia amnya. Mustahil harga sebuah rumah di atas sebuah pulau buatan harganya dibawah RM 1.0 juta. Atau, binaan-binaan ini bakal menjadi satu lagi projek gajah putih seperti Pulau Melaka di Melaka.

Aku bersetuju sekiranya Perlis dihadiahkan sebuah pelabuhan komersial. Jika dilihat, lebuh raya cuma sampai ke Bukit Kayu Hitam, airport di Alor Setar dan pelabuhan terdekat adalah di Pulau Pinang. Jadi adalah sesuatu yang molek jika pelabuhan ada di Perlis untuk menyokong industri yang ada di sekitar negeri Perlis, Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam.

Selain pelabuhan komersial, jeti penumpang juga boleh dinaik taraf lagi sekali. Mungkin boleh dijadikan hub utama pintu masuk ke Utara Semenanjung bagi penumpang dari selatan Thai, Indonesia selain penumpang domestik.

Jangan korbankan alam sekitar dan nilai-nilai yang ada selama ini hanya kerana dahagakan projek mega. Langkawi hampir musnah kerana tangan manusia yang gagal menjaga ketulenan keindahann flora dan fauna. Dengan terbinanya jambatan ini, lagi sekali tangan-tangan manusia mencarik-rakus keindahan Pulau Lagenda ini. Cukuplah. Langkawi hampir hilang seri dengan pembangunan yang menggadaikan keasliannya.

Aug 23

Produk MC Donalds ‘kini’ dah HALAL

Posted on Monday, August 23, 2010 in Isu Semasa

Memandangkan JIWAKACAU DOT NET ada siarkan status halal/haram produk daging Mc Donalds sebelum ni, jadi, bila pihak Mc Donalds keluarkan kenyataan depa, juga menjadi kewajiban JIWAKACAU DOT NET untuk turut siarkannya.

Kat Negara yang mengaku Negara Islam pun susah pasal bab makanan halal haram ni. Itu la masalahnye kalo agama pon dah mula dijadikan komoditi. Bukan susah bebeno pon nak tahu status halal and haram tu. Cuma pihak berkaitan menyusahkan benda yang senang je.

Aug 20

Lagi Isu MC Donalds. Kali ni daging pulak

Posted on Friday, August 20, 2010 in Isu Semasa

Sebelum ni aku ada siarkan pasal kentang goreng Mc Donalds. Hari ni, aku siarkan pulak pasal daging Mc Donalds ni. Kita pakat-pakat pikiaQ la no.

Artikel copy & paste ini diambik dari: http://wanmus.com/daging-mcdonalds-tidak-halal.html

Daging McDonalds Tidak Halal??

Penulis: wanmus
Tarikh: 19 August 2010

Persoalan menarik kan? Was-was atau tidak halal daging McD menjadi tanda tanya apabila status halal kepada pembekal utama daging kepada McDonalds ni yang kita selalu makan akhirnya ditarik balik. Ia, Mac food adalah pembekal utama daging untuk McD..so daging utama dah ditarik balik halalnya, bagaimana dengan halal McD??

Ni pula bukti Mac Food adalah pembekal utama kepada McD yang kita duk makan sokmo tu..anda boleh lihat di http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/76.pdf..huhuhu..berat..berat ni..

Maklumat diambil dari: http://timhar.co.cc/blog/?p=263

Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php…01427&type=ANN

-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.

Penarikan balik JAKIM

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.

Ketidakakuran menyebabkan sijjil dari Uruguay Islamic Centre tidak tidak layak memomohon Sijil Halal JAKIM

Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..

Perbetulkan aku jika ada kesilapan..

Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..

mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

——–
Info lanjut:

Address :
7 Jalan SS 13/5
45700 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Tel : 603-5633 0222
Fax : 603-5634 0189

Contact for Sales/Export :
Mr Bob Chan
(Managing Director)

Present Market :
Malaysia, Brunei Darussalam, Hong Kong, Singapore, Middle East, Vietnam

Product Manufactured :
Chicken (Bone-in), Patties (Chicken), Fish Portions,
Chicken Nuggets, Fish Nuggets, Beef Patties, Beef Nuggets

Brand Names :
FIRST PRIDE, MCDONALD’S

Sumber: http://www.malaysia-food-beverage.com

**saya tidak menjatuhkan hukum halal atau haram, cuma tinggalkan tanda tanya..adakah ianya masih halal atau haram???

Komen JK:

  1. Ni masalah pentadbiran kita, bila tarik balik, buat announcement sengap-sengap.
  2. Bila tak tarik, tak mau habaq status terkini.
  3. Buat la announcemet kat media. Bukan sebab nak jatuhkan nama Mc Donalds (gua hantu Mek D beb) tapi nak jaga halal haram rakyat Islam.
  4. Mc Donalds tak buleh duduk diam. Kena jelaskan isu ni.
  5. Sementara ni kita hentikan la dulu makan kat MC D. Tapi jangan hangat-hangat taik cirit sudah la..
Aug 19

Renungan kita bersama

Posted on Thursday, August 19, 2010 in Isu Semasa

McDonaLd HAraM: Nak PerCAya KEr..

Memang susah nak percaya.. Lagi-lagi bila artikel ini disebarkan dilaman web sosial yang teekenal di serata dunia. Yang Upload kawan aku juga.. Dia kata dia dapat dari email dia.. Lagi susah nak percaya sebab email ni banyak sangat SCAM.. So aku pun nak tak tahu aper pendapat korang.. Perlu ker kita percaya semua ni padahal kita tak tahu sapa empunya story authornya.. Bukan aku nak sebelahkan McDonalds. Lagi-lagi bila Restoran ni dah di cap sebagai penyumbang utama kewangan Yahudi.. Aku pun serba salah juga sebab adik ipar aku salah sorg store manager restoran yahudi ni..Aku pun kadang-kadang makan disana.. Tapi aku terpikir juga akhirnya dalam banyak2 orang Islam kat dunia.. Orang Yahudi juga yang bagi ahli keluarga aku sumber untuk hidup.. Jadi fikir-fikirkanlah..
Sila klik untuk lihat penyataannya

Tapi aku tak mahu buat tohmahan melulu. Jadi aku pergi cari informasi yang boleh diyakini. Tempat yang aku rasa paling tempat adalah JAKIM dan portal rasmi HALAL dan aku try cari kehalalan restoran tersebut.. Restoran memang tak da aku jumpa cuma beberapa produk Mc Donalds yang didistiharkan halal salah satunya sijil halal akan luput tengah bulan ini yang paling penting, Fran Fries yang dikatakan haram tu memang tak ada sijil halal..
Jadi macam mana sekarang. Apa penerangan franchise McDonalds terhadap tuduhan tersebut..

Susah jugak nak buat keputusan.. Jadi minta pihak yang bertanggungjawab membuat penerangan kepada kami (orang Islam) dengan jelas dan telus.. Ini melibatkan sensitiviti orang Islam.. Pihak yang bertanggungjawab perlu segera bertindak jika perkara ini benar.. Kata Malaysia nak Jadi HALAL HAB.. Tapi kalo kehalalan makanan di Malaysia ini tidak dapat dipastikan. Sia-sia sahaja cita-cita tersebut…
Jadi Renung-renungkan…
KOMEN JK:-
  1. Ramai penggemar MC Donalds ternganga mulut.
  2. MC Donalds Malaysia wajib bagi penjelasan lanjut berkaitan isu ni. Kalau halal, cakap halal. Kalau tidak, sendiri mau ingat.
  3. Cerita ini cerita yang belum pasti. Kalau masing-masing ada info, sila-silakan maklumkan JK untuk kerja-kerja update artikel ni.
  4. Baru teringat nak lepak MC D malam ni. Terbantut nafsu lepas baca.
Aug 17

Cerita pilu bangsaku

Posted on Tuesday, August 17, 2010 in Isu Semasa

Budak- remaja hari ni terlebih berani…
Agama sekadar penghias IC dan Cert Of Birth..
Mak Bapak pulak dah jadi bapuk…
Lupa tanggung jawab dan lupa amanah yang diberikan…

Cuba log in facebook…
Copy & paste [http://www.facebook.com/video/video.php?v=117406504954566] url ni..
Video betapa budak Melayu yang “cintakan” bangsa dan agama dia…
Video betapa budak Melayu yang kononnya suatu hari bakal menjadi pemimpin..
Video betapa budak Melayu yang mulia kerana dia Islam dan Melayu..

Cuba kumpulkan video-video sebegini..
Tunjukkan kepada Kerajaan BN dan Kerajaan PR..
Apa depa kata..?

Cuba kumpulkan video-video sebegini..
Lunggukkan kepada Mak Bapak yang anak dia sentiasa betul..
Pantang ditegur, anaknya tak salah…

Cuba tanya pihak media…
Apa tindakan depa untuk sama-sama banteras kejadian macam ni…
Cuba tanya TV3 dan Media Prima…
Cuba tanya RTM…
Cuba tanya Astro…
Cuba tanya mak bapak…
Cuba tanya Harussani Zakaria…
Cuba tanya Pak pak dan Mak mak Menteri..
Cuba tanya Ibrahim Ali…
Cuba tanya cikgu-cikgi…
Cuba tanya diri sendiri…
Dimana silapnya hingga remaja hilang integriti dan harga diri…
Apa usaha kita untuk membaiki…

Video tu ada dalam FB mamat ni

Aku percaya, banyak lagi video-video macam ni. Makin teruk aku rasa sosial problem dikalangan remaja melayu yang IC nya tertera Islam sebagai agama. Memalukan bukan.

Mak bapak, tolonglah, jaga amanah Allah tu sebaik mungkin. Jangan dengan kelalaian kita, habis rosak anak-anak yang mentah tu. Zaman teknologi ni, mak-bapak perlu lebih serius dan peka dengan perkembangan anak. Zaman sekarang terlalu mudah untuk terdedah dengan pelbagai gejala yang negatif.

Kepada pihak-pihak lain, fikirlah sama. Jangan korbankan sahsiah anak-anak rakyat Malaysia semata-mata kerana ingin mengecapi pembangunan. Ini bukan lagi korban pembangunan yang sewajarnya. Binalah bangsa Malaysia yang bermoral, beragama dan terdidik sahsiahnya.

Kembalikan kuasa guru. Mereka juga berperanan penting dalam mendidik dan mengajar anak bangsa. Jika diikat tangan mereka, bagaimana peranan yang mereka mainkan akan berkesan. Anak remaja yang bermasalah disiplinnya, sukar lagi menerima teguran dan nasihat.