RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Nov 7

Selamat Tinggal Pakatan Rakyat

Posted on Saturday, November 7, 2009 in Politik

Tadi pelbagai input masuk berkaitan dengan Seminar Pemerkasaan Parti PAS. Seminar ini diadakan sebagai alternatif kepada cadangan TGNA yang mahukan PAS mengadakan EGM tergempar untuk membersihkan PAS dari pemimpin-pemimpin ular dalam semak.

Seperti biasa, ahli panel dipanggil dan antaranya adalah Prof Aziz Bari, seorang ahli akademik yang pernah memberikan kritikan pedas kepada pimpinan TGHH, dan pensyarah kajian media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Tegur salah. Tak tegur pun salah. Itulah sindrom yang melanda PAS ketika ini. Selaku pemerhati luar, selaku penyokong PR, aku agak risau dengan perkembangan terkini PAS. Air yang berkocak kalau dibiarkan boleh melimpah juga.

Adakah pemimpin PAS terlalu maksum sehinggakan tidak boleh ditegur. Adakah pemimpin PAS terlalu bijak sehinggakan tidak boleh ditunjuk apa yang silap. Jika ditegur, jika dikritik, maka berpencak silatlah seorang dua yang mungkin bersikap mengadu domba. Budaya bodek membodek telah mula bersarang dan bercambah.

Mengapa orang seperti Dr Aziz Bari menegur. Mengapa Prof Dr. Abu Hassan menyanggah. Pernahkah sesiapa berfikir tentang perkara ini? Sedarkan pendukung-pendukung PAS mengapa dua tokoh ini berani bersuara. Tidak ketinggalan, mengapa bloggers juga sedikit berdehem dengan pemimpin-pemimpin PAS seperti barisan saf kepimpinan PAS Pusat, PAS Selangor dan PAS Terengganu?

Jawapannya mudah saja. Sebab mereka sayangkan PAS. Kita semua saudara dalam PR. Kita semua perlu sama-sama memberikan teguran untuk mengukuhkan pergerakkan kita. Selaku ahli akademik, adalah mustahil Prof Aziz Bari sengaja berhujah tanpa sebarang fakta dan kesimpulan yang tepat. Zaman ini fakta bukan lagi berupa angka-angka dan hasil eksperimen yang kita lakukan. Fakta juga boleh merujuk kepada kajian dan pemerhatian dalam sesebuah lapangan.

Pemimpin PAS jangan terlalu keras kepala dengan meyanggah mereka yang mahukan PAS terus gagah. Kami dibawah dah jemu denga politiking sebilangan pemimpin PAS. Sejak PRU 12, PAS dah mula menjadi parti bodoh sombong sama dengan parti diseberang sana. PAS sebelum PRU 12 lebih molek untuk didekati.

Rata-rata rakan-rakan aku yang selama ini berkiblatkan PAS, kini sudah mula meroyan. Malu mereka dengan beberapa pemimpin PAS. TGHH dengan team yang diciptakannya. Hassan ali dengan tindakan demi tindakan yang berlagak pandainya. PAS sekarang masih utuh hanya kerana masih ada TGNA. Tidakkan pemimpin PAS sedar akan hakikat itu. Tak perlu mencerca TGNA ya Datuk Abu Bakar Chik. Kalau tiada TGNA, aku yakin, PAS akan terima nasib yang lebih malang dalam sejarah PAS.

Pakatan Rakyat perlu memandang perkembangan ini dengan serius. Permasalahan dalam PAS sedikit sebanyak memberi kesan kepada PR. Lainlah kalau semua ahli Pakatan Rakyat sanggup menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang dan sanggup bertebal muka dengan cacian dan kejian yang bakal dilemparkan kepada kita semua nanti.

Bring on the comments

  1. Esah says:

    Akak pun dah mula rasa menyesal sbb sokong diaorg… Kalau berterusan begini… akak dah x tahu nak sokong siapa masa PRU13 nanti… Jangan sampai akak undi puteri MIC dah lah…

  2. Ady Kacau says:

    Kak Esah boleh terus berikan sokongan kak esah tanpa berbelah dan berbagi pada Jiwa Kacau. Esok nak pi register pati baru neh. Pati madu herba. Har Har Harrr!!

Leave a Reply