Edisi Basi: Mengapa Kelantan Kalah Piala Malaysia
Tengkiu RTM sebab siarkan Live Final Liga Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan. Aku selaku penyokong tegar Singa Utara, memilih untuk menyatakan sokongan aku kepada… jeng jeng jengggg… Kelantan. Sebab apa? Perlu ke aku nak bersebab bagai untuk sokong mana-mana team? Excelly aku takesah team mana pon jadi juara, asalkan bukan bukan team lembah kelang. Yakni SelangoQ.
Aku tak nak ulas sangat pasal kualiti game malam tu. Cuma aku terpikirkan beberapa sebab, pasai apa team Kelantan kalah.
- Gabra. Bunyi ja wisel mula, dah nampak beberapa pemain Kelantan gabra. Sepak bola pon macam tak makan nasi berhari-hari. Mungkin sebab terlalu ramai yang dok kat kerusi penonton kot. Berbanding dengan player Negeri Sembilan yang nampak lebih cool, player Kelantan macam tak bersedia dengan perlawanan malam tu.
- Silap percaturan. Aku hairan, nape si Khalid Jamlus tu diturunkan pada separuh masa kedua. Bila Khalid ni masuk, nampak Kelantan terlebih garang, walaupun tidak berapa kemas. Sepatutnya, separuh masa pertama lagi Kelantan kena garang macam tu. Second half baru la boleh main cool sikit. Aku rasa, Kelantan boleh menang kalau si Khalid tu main dari 1st half. Tapi, coach pastinya ada alasan yang tersendiri.
- Silap penyokong Kelantan. 2/3 penyokong malam tu adalah penyokong Kelantan. Sepatutnya, kehadiran penyokong malam tu mampu membakar semangat kepada pemain. Tapi sebaliknya. Kedegilan penyokong gedebe membuatkan tahap keyakinan dan fokus pemain Kelantan merudum. Korang ingat bunyo mercun dan balingan botol tu tak mengganggu pemain ke. Memang la, penyokong Kelantan baling botol untuk pemain Negeri Sembilan. Niat depa murni, nak membantu pemain Kelantan. Tapi, tindakan itu sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada team Kelantan tu sendiri.
- Terlebih sudah konfidennya. Ya, 66% (tinjauan TV3) memilih Kelantan sebagai juara. Mungkin ini menyebabkan pemain Kelantan terlebih yakin. Sebelum masuk padang, memasing memang bersemangat tinggi untuk menang. Tapi bila masuk padang, lain pulak yang jadi.
- Nasib. Sebetulnya, dalam permainan, ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah. Jadi, nasib tidak menyebelahi Kelantan pada musim ni. Tak pa, sekurang-kurangnya Kelantan telah membuktikan yang depa juga mampu bangkit untuk memberikan saingan. Cuba lagi musim depan.
Sayang sikit, dah la kalah. Terjadi pulak insiden yang memalukan bukan saja KAFA, malah keseluruhan yang melibatkan Kelantan. Perkara ni tak sepatutnya jadi kalau semua penyokong Kelantan tuh manusia. Yang dok menyusahkan orang tuh secara terang terang bukan lagi manusia. Ntah malaon mana yang tersesat gamaknya. Suka sungguh bagi orang lain anti dengan perangai mat kelate nih. Tak paham aku.
Apa pun, tahniah la untuk Negeri Sembilan terutamanya pemain, Wan Jamak dan pengurusan team kerana dah menang. Mungkin ini sebagai hadiah PBNS untuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Walaupun aku tak sokong Negeri Sembilan, tapi bukan bermakna aku membenci. Tahniah.



Be the first to comment.