Pesta Katak

Maka bertempiaranlah hulubalang-hulubalang ke serata pelusuk negeri demi menyampaikan titah perintah Paduka Raja, Sang Kataka Bulata. Ada yang melompat tinggi-tinggi, ada yang melompat jauh-jauh, ada yang berjalan kedek-kedek. Bagaimana sekali pun hulubalang-hulubalang yang setia mengampu itu begerak ke destinasi, mereka tidak sekali-kali lupa untuk mengeluarkan bunyi. Seperti pesta keramaian, ketenangan pagi dipecahkan dengan bunyi-bunyian seperti satu konsert metal. Bising lagi membingitkan. Malah, ada antara hulubalang yang mengeluarkan bunyi yang nyaring diseli dengan bunyi kentut yang membusukkan. Semuanya semata-mata mahu menunjukkan kepada Sang Kataka Bulata siapa yang lebih hebat.
Dalam masa satu hari, seluruh pelusuk negeri Katika telah dijengah oleh balaci-balaci Sang Kataka Bulata. Semua rakyat negeri telah dikhabarkan akan berita yang dititahkan Sang Kataka Bulata.
“Bizi bodi betoi la Sang Kataka Bulata ni. Negeri jiran nak buat pesta pon dia nak suruh kita pi.” Kata salah seorang penduduk kampung di negeri Katika.
“Nak buat macam mana, Raja kita bangga, sebab ada cipan tiba-tiba transform jadi katak. Kembang la dia.” Sampuk seekor katak.
“Tapi bagoos juga, boleh kita pi jalan-jalan. Hang ingat senang ka nak pi Pulau Pinang tu. Ditanggung free pulak tu”. Sahut pulak seekor katak yang lain.
Maka bergumbirala katak-katak sekalian alam untuk sama-sama menghadiri dan meramaikan pesta yang di anjurkan tu.
Di Malaysia, Ibrahim Ali nak anjurkan pehimpunan kat Pulau Pinang. Hehehe. Pepandai la korang saling kait mengait rapuan aku tu. Hehehe. Kita tengok la, berapa ramai katak dan pencinta katak yang akan hadir masa tu.



Be the first to comment.