RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Feb 7

Balik Kampung

Posted on Sunday, February 7, 2010 in Personal

Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat balik kampung (sekarang aku dah balik ke Penang dah). Aku balik pukul 5.00 pagi Jumaat lepas, dengan tersengguk-sengguk, aku gagahkan juga untuk sampai. Ingat sampai Perlis aku nak lelap la sikit. Tapi, suhu kat sana panas sangat. Tak boleh nak pejam. Rasa rimas semacam ja.

Then, aku pun berarak ke sekeliling negeri untuk selesaikan kerja aku kat sana. Sekali-sekala balik macam ni la jadinya. Banyak kerja dan urusan yang perlu aku selesaikan dalam tempoh lebih kurang sehari setengah.

Bila setel semua urusan, dengan senang hati, aku pun balik la ke Penang. Tak sabar nak tunggu CNY. Hehehe, cuti beb. Cuti ni ada orang nak mai melawat. Tak sabaq nih. Kalau dak, sah sah aku balik kampung time CNY. Tak la kelam kabut aku nak bergerak. Tapi bila sampai Penang, lain pulak yang jadi. Tak pa la. AKu takkan tulis kat sini. Sila ke personal blog aku untuk mereka-mereka yang bz bodi. Hehehe….

Cuma, aku terdengar satu cerita la. Aku sendiri tak taw berita nih sahih ke dak. So, sesapa yang ada masa nak selidik apa yang berlaku kat Perlis tu, dipersilakan la. Cari bukti dan ambik la apa tindakan yang patut. Dari mulut-mulut yang bersuara, pimpinan tertinggi negeri tertenang di Malaysia ni dah menggunakan kedudukannya dalam pengagihan projek kepada kroni-kroni. Dengar cerita anak sedara dia yang sorang tuh dah dapat berpuluh projek kerajaan negeri semenjak dia tu memerintah. Siap tempah kereta import dengan nombor plat VIP lagi. Mengamuk pemimpin tu bila dia dapat taw yang anak sedara dia buat macam tu. Terus kena kensel sebab pemimpin tuh marah. Kununnya nak cover line la, tak nak bagi orang perasan sangat.

Dulu anak sedara pemimpin tu antara orang kuat Shahidan Kassim. Tapi la ni, sejak Shahidan Kassim tuh dah takdak apa kat Perlis, teruk juga depa dok kutuk Shahidan. Walaupun aku tak pernah sokong Shahidan Kassim ni, tapi aku bersimpati dengan apa yang bekas-bekas penyokong dia buat la ni. Ramai yang lari ke team lain sebab nak jaga poket.

Jadi, sapa-sapa yang ada akses dengan SUK ka, mana-mana pihak ka, tolong siasat berita ni, betui ka dak. Kalau tak telus, rosak la negeri. Dah la sumber terhad, dok jadi lagu ni pulak, makin teruk la pengurusan. Jangan ada jabatan kerajaan yang kena sita pulak lepas nie.

Be the first to comment.

Leave a Reply