RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Bout Me, Ady

Aku Tetap Aku. Aku bukan Dia dan aku takkan boleh menjadi sesiapa saja. Sebabnya, Aku Tetap Aku.

Just call me Ady. Mostly orang panggil aku Ady.  Aku sensitip. Ya, sensitip. Aku kadang-kadang tak matang. Yap, menandakan jiwa aku masih muda. Aku suka biru ngan perpel. Sebab tuh umah aku berdinding biru. Aku suka nescafe ’0′ Ais. Favourite aku sejak sekolah dulu. Lagi, aku suka terubuk bakar. Dulu aku selalu makan terubuk bakar kat Kuala Perlis ngan ‘dia’. Skarang tak lagi. Dia cakap, aku tak menyedari kehadiran ‘dia’ sejak kami berjauhan. So aku terima je.

Aku sayang Perlis. Sebab, aku anak jati Perlis. Tapi aku terpaksa mencari rejeki di Pulau Pinang. Secara spesifiknya di Bukit Mertajam. Sepatutnya aku dah berambus dari sini. Korang ingat best ke merempat kat tempat orang. Tapi, sebab ‘dia’ aku kuburkan niat aku. Aku masih terpacak di Bukit Mertajam lagi.

Umur aku? Huh. Umur nih sekadar angka-angka yang tidak memberikan apa-apa sumbangan pon bagi aku. Aku tetap rasa jiwa aku akan muda sampai bila-bila. Kalau nak gak tau umur aku, tanya la kat email aku, phaser3116@gmail.com.

Aku tak suka lepak-lepak kat kedai mamak. Aku lebih enjoy kalau lepak kat rumah. Kalau nak jalan-jalan, aku lebih enjoy kalau gi somewhere new. Yer la, alang-alang nak lepak kan. Tapi kalau aku pi sesuatu tempat dan aku suka, aku akan pastikan aku pi lebih dari sekali. Kali pertama pi aku akan explore tempat tu. Second round aku akan pi  lepak tanpa explore lelebih.

Aku tak ensem. Aku tak perfect. So aku berterima kasih kepada mereka yang menerima aku seadanya. Aku tak boleh paksa orang terima aku. Yang penting, aku perlu lakukan sesuatu, life must go on.

——————————————————————–

Aku suka meluahkan kata-kata. Teguran dalam sindiran. Luahkan amarah bersama larikan jemari. Namun, adakala, aku suka menyendiri. Berdiam lebih indah.

Sukar didekati dan amat merendah diri. Itulah yang aku rasakan siapa aku. Sukar didekati tetapi peramah bila sudah mengenali. Kadang-kadang lebih mengutamakan orang lain dari kepentingan sendiri….

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

ELEMEN ANGIN
Zodiak: Gemini, Libra dan Aquarius.

Ciri-ciri yakin:

Kamu sentiasa beringat-ingat dalam apa jua perkara yang dilakukan, pandai berkomunikasi dengan orang lain dan tidak menghadapi masalah sangat bila pertama kali berurusan dengan orang baru. Kamu juga suka mencari kelebihan yang dimiliki oleh seseorang individu dan ini kadangkala mengecewakan kamu apabila mereka tidak mempunyai kualiti sikap yang kamu kehendaki daripada mereka. Oleh kerana kamu seorang yang pandai bercakap, berurusan dengan sesiapa saja tak pernah menjadi masalah besar bagi diri kamu. Sifat kamu yang kurang pasti membuatkan kamu sentiasa tertekan. Oleh kerana kamu seorang yang bijak, kamu tidak suka bila orang lain bersikap ‘kurang bijak’ atau sambil lewa dengan kamu!

Kajian Datuk Dr. Fadzilah Kamsah Berdasarkan bulan kelahiran:
OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

Aku berterima kasih if korang send e-mail kat aku. Mana la tau, ada komen-komen ke, cadangan ke, atau apa-apa aje niat korang. Insyaallah, aku takkan ignore macam tu aje email korang tu. Alamak, lupa lak nak bagi e-mail, korang send je email korang tuh ke phaser3116@gmail.com. Ok na, semuge beroleh sumthin kat sini.