Katak Dah Jadi Resaksa
Merujuk kepada Laporan Dari Parlimen, Buletin Utama, TV3 22 March 2010.
Aku lupa nak habaq kat semua MP Pakatan sebelum ni. Jangan dok kacau si Katak Emas tu. Sat lagi kalau dia dah terlampau marah, dia buleh bertukar menjadi Resaksa.
Tapi MP ni dah dok main aci cucuk perut dia. Mula-mula kembung, lama-lama bila dah habeh kembong, bertukar la si Katak Emas tuh. Dari Katak Puru terus jadi resaksa. Terjerit-jerit kat dalam parlimen tadi. Tangan dia terus menerawang ntah kemana hala. Ni kalau Karam Singh Walia nampak ni, sah sah dia nangis.
Buat apa la nak kacau Katak “pembela” melayu tu. Kesian kat dia.
Dia kan berjuang demi bangsa dan agama. Kah kah kah.
Dia kan hero Melayu. Mana ada Melayu lain berani dan ikhlas macam dia. Kah kah kah
Aku yakin, orang Pasir Mas suka dengan Katak depa. Kah kah kah.
TGNA pon sah sah suka melangit sebab katak ni menang pilihan raya atas tiket PAS. Kah kah kah.
Nasib baik jadi resaksa, kalau jadi babi hutan, kesian makcik cleaner parlimen nak kena samak. Kah kah kah.
Huduh la perangai MP kita sekoq nih.
Tolong bagitau kat Berahim Ali
Roboh gerai Melayu,kenapa tak melalak seperti di P.Pinang?
Anak Labu
Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.
Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.
Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.
Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.
Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, “Pahlawan Melayu” rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?
Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ….kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)
Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa… JUara Rakyat apakah ini?
Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.
Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.
Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?
Sumber: Harakahdaily.net
Komen Jiwakacau.net
- Roboh gerai Melayu HARAM di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.
- Roboh gerai Melayu WAJIB di negeri-negeri lain sebab pembangunan dan sebagainya.
- Mana Berahim Ali dan katak-kataknya?
- Mana Perkasa, DPMM dan NGO-k² Melayu yang menyalak hari tu?
- Kah.. kah… kah…. Berahim Ali marah ni. Sat lagi dia mula la berleter sampai berbuih molot, macam sawan babi.
Pesta Katak

Maka bertempiaranlah hulubalang-hulubalang ke serata pelusuk negeri demi menyampaikan titah perintah Paduka Raja, Sang Kataka Bulata. Ada yang melompat tinggi-tinggi, ada yang melompat jauh-jauh, ada yang berjalan kedek-kedek. Bagaimana sekali pun hulubalang-hulubalang yang setia mengampu itu begerak ke destinasi, mereka tidak sekali-kali lupa untuk mengeluarkan bunyi. Seperti pesta keramaian, ketenangan pagi dipecahkan dengan bunyi-bunyian seperti satu konsert metal. Bising lagi membingitkan. Malah, ada antara hulubalang yang mengeluarkan bunyi yang nyaring diseli dengan bunyi kentut yang membusukkan. Semuanya semata-mata mahu menunjukkan kepada Sang Kataka Bulata siapa yang lebih hebat.
Dalam masa satu hari, seluruh pelusuk negeri Katika telah dijengah oleh balaci-balaci Sang Kataka Bulata. Semua rakyat negeri telah dikhabarkan akan berita yang dititahkan Sang Kataka Bulata.
“Bizi bodi betoi la Sang Kataka Bulata ni. Negeri jiran nak buat pesta pon dia nak suruh kita pi.” Kata salah seorang penduduk kampung di negeri Katika.
“Nak buat macam mana, Raja kita bangga, sebab ada cipan tiba-tiba transform jadi katak. Kembang la dia.” Sampuk seekor katak.
“Tapi bagoos juga, boleh kita pi jalan-jalan. Hang ingat senang ka nak pi Pulau Pinang tu. Ditanggung free pulak tu”. Sahut pulak seekor katak yang lain.
Maka bergumbirala katak-katak sekalian alam untuk sama-sama menghadiri dan meramaikan pesta yang di anjurkan tu.
Di Malaysia, Ibrahim Ali nak anjurkan pehimpunan kat Pulau Pinang. Hehehe. Pepandai la korang saling kait mengait rapuan aku tu. Hehehe. Kita tengok la, berapa ramai katak dan pencinta katak yang akan hadir masa tu.


