SKMM pantau tiga syarikat gagal capai sasaran liputan WiMax
SKMM pantau tiga syarikat gagal capai sasaran liputan WiMax
2010/04/15
KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat syarikat pembekal perkhidmatan jalur lebar WiMax dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana gagal mencapai sasaran pencapaian liputan penduduk sebanyak 25 peratus.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata dalam tempoh pemantauan dari Mac 2008 hingga 31 Mac 2009, ketiga-tiga syarikat pemegang lesen berkenaan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dan boleh dikenakan denda.
“Bagaimanapun denda itu bergantung kepada prestasi pelaksanaan dan pertimbangan SKMM terhadap rayuan yang dikemukakan. Pada masa ini SKMM sedang meneliti permohonan rayuan tersebut,” katanya pada sesi soal jawab dalam persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang bertanya mengenai syarat penembusan jalur lebar WiMax terkini dan denda yang dikenakan sekiranya gagal memenuhi syarat tersebut.
“Walaupun belum capai sasaran, semua empat syarikat ini telah menunjukkan prestasi positif sejak Mac 2009. Asiaspace Sdn Bhd pula telah mencapai 18 peratus liputan pada 30 Sept lepas,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Salleh Kalbi (BN-Silam) tentang inisiatif kerajaan untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak, beliau berkata kementerian melalui SKMM telah memberi lesen kepada dua syarikat yang telah memulakan perkhidmatan di dua negeri berkenaan tetapi belum mencapai sasaran.
“Sehingga 30 Sept, hanya 14 peratus liputan dicapai di Sabah dan 24.83 peratus di Sarawak. Kementerian juga telah beri lesen kepada P1 yang telah menunjukkan prestasi yang baik di Semenanjung dan akan memulakan kerja mereka di dua negeri berkenaan tidak lama lagi,” katanya. – Bernama
Untung Jadi Kontraktor Pemasangan Streamyx
Tahun lepas, aku upgrade Streamyx aku ke 4.0 Mbps. Sesapa yang register pakej ni akan dapat free Modem dan wifi router dan free pemasangan oleh kontraktor yang dilantik khas mewakili pihak Streamyx.
Sampai hari yang dijanjikan, seorang Pak Aji pun mai la untuk buat pemasangan. Kesian juga aku tengok Pak Aji ni. Sepatutnya Pak Aji ni dok relax kat rumah layan kerenah anak cucu, tapi masih sanggup datang dari Kulim untuk mencari rezeki.
Cukup aku katakan, aku amat tidak berpuas hati dengan apa yang Pak Aji buat. Slow satu hal, menipu dalam form satu hal, kerja tak siap satu hal.
Klik untuk besarkan
Cuba korang cek balik form kat atas tuh, pada section 2: Quality checklist (to be filled by the applicant). Sepatutnya aku yang isi kat bahagian tu sama ada aku berpuas hati atau tak. Tapi, Pak Aji tuh yang isi dan mintak aku sign. Dah la tu, Modem installation & configuration dengan Computer Configuration (Manual configuration of dialer) ditandakan bersama. Mana satu dia buat, dail secara manual atau modem auto dail. Dah la tuh, aku pulak nak kena kall service centre Streamyx sebab akaun aku masih pada kelajuan yang lama. Tak merasa la 4.0 Mbps aku. At last, selepas seminggu baru la terasa kelajuan internet aku. Tu pon selepas 2 kali aku kall buat aduan.
Beberapa pelanggan lain yang upgrade akaun masing-masing dan Pak Aji nih jugak yang pasang berdepan dengan masalah yang sama. Malah, ada sorang tuh lagi teruk dari aku. Sebulan baru dia boleh dapat speed 4.0Mbps tuh. Camne la pak Aji ni buat keje. Makan gaji buta gamaknye.
Hopefully, pihak Streamyx pilih la sikit kontraktor tu. Jangan main ambik je. Kerja teknikal ni bukan boleh ikut script semata-mata. Dia kena tau dan paham dengan apa yang dia buat dan apa yang jadi. Baru la boleh nak selesaikan masalah dengan cepat.
Perang Iklan
“Abang dah potong”? bisik si isteri yang tengah bersanding.
“Ofkos”. Jawab laki dia sambil menjeling.
Sure korang ingat iklan kat TV tu kan. Tagline yang menarik, ‘potong’ dimulakan oleh P1 Wimax dalam memasarkan perkhidmatan wimax depa. Tapi, kalo korang perasan, by the end off the iklan, ada tunjuk orang potong cable telepon. So syarikat mana yang cuba diperlekehkan oleh P1? Ya, Telekom Malaysia alias Streamyx. Iklan ‘potong’ P1 ni merupakan paluan gendang perang kepada Streamyx. Syabas bhete.
Streamyx pon tanpa segan silu, mengeluarkan iklannya yang secara jelas memperlekehkan P1 Wimax. Cuba lihat gambar di atas, itu jelas merujuk kepada perkhidmatan P1. Kalau nak tau, user P1 Wimax memang perlu meletakkan modem derang dekat tingkap untuk membolehkan signal yang diterima lebih baik kualitinya. Kelakar bukan.
Tapi, kita sebagai pengguna, mungkin terhibur dengan iklan-iklan ini. Kreatif dan keras. Tapi iklan-iklan sebegini sekadar mengubat hati saja. Perang yang sengit di media. Tapi, perkhidmatan tetap ditahap lama. Tiada perubahan. Streamyx tetap dengan stabiliti punya masalah. P1 Wimax pula masih bergelut dengan sambungan yang kemut dan lambat dalam menyelesaikan masalah.
Sepatutnya, syarikat ISP ni, sebelum nak langgar etika macam dalam iklan-iklan yang dah semakin banyak skarang nie, baiki dulu kelemahan memasing sebelum galak nak tambah pelanggan. Jangan pelanggan saja bertambah tapi kualiti perkhidmatan macam taik.
Pelabur risau, internet Malaysia lembab
Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.
Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.
“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.
“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.
“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.
Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:
“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”
Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.
Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.
“Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.
Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.
Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu “batu loncatan” kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.
“Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia,” katanya.
Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.
Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.
SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.
Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.
Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA
Kah.. kah… kahh…. kahak… tuihhh.
Tuh warga asing yang cakap. Dia senang la, kalau rasa tak suka dia boleh pilih negara lain. Tapi kita rakyat Malaysia macam mana. Takkan nak berpindah ke negara lain semata-mata nak dapat internet yang laju. Kita terpaksa telan internet taik yang disediakan kepada kita. Dah tak boleh nak buat apa. Pembekal sapu untung berbilion-bilion, kita tiap bulan bayar bil, pantang lambat nak kena “POTONG’, tapi apa yang kita dapat? Perkhidmatan Internet yang bertaraf taik cirit.
Aku setuju. Internet kita internet zaman firaun. Internet kita internet ambik syarat. Internet kita sekadar nak tunjuk pada dunia yang kita juga berkembang seiring dengan negara lain. Internet kita diperlahankan demi menjaga kepentingan media arus perdana. Internet kita tak cukup moden untuk dibanggakan. Internet kita terkongkong dengan isu-isu politik. Internet kita lembab mcm babi kenyang.
Penat dah abeh
Alhamdulillah. Hamper sebulan aku bertungkus lumus siapkan port baru. And then, hari ni bermula la operasi kat tempat baru aku tu. Click & Surf Zone. Hilang rasa penat yang aku berdepan selama ni. Walaupun maseh ada dua tiga benda nak kena touch up, tapi aku rasa heppi. Tapi aku tak dak nak kongsi heppi tu dengan sesapa…
Planned asal, port baru ni akan start on 07-08-09. Apakan daya. Aku cuma ada dua tangan dan dua kaki. Yang basic boleh la abang aku tolong, yang lain pon takkan dia gak nak buat. Drop la water face aku. Orang lain mana ada yang sanggup tolong. Time nak enjoy boleh la ajak. Kekadang tu, tak dan nak ajak depa dah setuju. Apa yang disetujukan pon aku tak taw. Ada je alasan kalau dengar aku tak cukup kederat.
Bagai mana aku letih, sakit, lapaQ, tak dak sapa yang tau. Aku sendiri yang berdepan, cuma aku je la yang tau.
Harap, lepas neh kalau aku jadi lain, jadi hulk ke, jadi gorgon ke, jangan la berkecik hati. What you give, you get back. Promise that. Aku bukan nabi nak berlagak suci bagai. Aku bukan wali nak terima je apa yang aku dapat.
Bagi sesapa kat Bukit Mertajam ni, datang la ziarah aku, cari aje Click & Surf IT Zone. Leh kita sembang pepanjang kat gerai makcik senyum sebelah ni.


