RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Mar 10

Jualan alat solek lelaki naik dua kali ganda

Posted on Wednesday, March 10, 2010 in Isu Semasa

Jualan alat solek lelaki naik dua kali ganda

LONDON 8 Mac – Jualan alat solek di kalangan lelaki di Britain mencatat pertumbuhan dua kali ganda berbanding pasaran bagi wanita dengan keperluan untuk kelihatan kacak ketika temuduga mencari kerja dan bimbang kelihatan tua merupakan penyumbang utama trend itu.

Menurut satu tunjauan syarikat L’Oreal, seorang daripada setiap lima lelaki menggunakan pewarna rambut untuk mengelakkan kelihatan beruban.

Tinjauan melibatkan 1,013 lelaki itu juga mendapati, seorang daripada setiap empat lelaki menggunakan pelembab muka dan dua daripada setiap lima lelaki menggunakan pencuci muka untuk menjaga kulit mereka terutama untuk mengelakkan kelihatan tua.

“Tinjauan ini menunjukkan faktor dimamah usia bukan sahaja menjadi perhatian wanita malah semakin mendapat perhatian lelaki,’’ kata Pengarah Urusan L’Oreal United Kingdom dan Ireland, Pierre-Yves Azral. – Reuters

Komen Jiwakacau.net:

  1. Bukan di Britain ja jualan meningkat. Di Malaysia pun.
  2. Ada Orang ada-ada tuh, merah manjang molot dia. Berlipstik.
  3. Cover mulut dia yang hitam legam kot.
  4. Kalau sekadar cover mulut takpa, jangan ada sebab lain.
  5. Cuba tolong selidik Orang ada-ada tu, memalam dia pi mana. Kot-kot dia pi cari mangsa. Kalau ‘berniaga’ mungkin tak, duit dia dah berjuta-juta.
  6. Kan mulut dah merah cumey, tunggu nak pakai kimono ja lagi.