RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Nov 21

Bicara Sepi

Posted on Saturday, November 21, 2009 in kaunseling

Ada tak sesapa yang boleh hidup sendirian, tanpa ditemani oleh sahabat, kawan atau rakan. Hidup sendirian dan sekeliling kita cuma mereka-mereka yang tidak mempedulikan kewujudan kita. Sekeliling kita cuma tembok-tembok batu yang tidak bernyawa.

Dulu, aku sendiri menafikan kewujudan seorang sahabat disisi aku. Aku selalu kata, aku boleh hidup sendirian. Aku dah biasa dengan kebosanan. Aku dah lali dengan sendirian. Ya, itulah hidup aku dari dulu. Aku menutup semua ruang yang ada untuk sesiapa saja menjadi sahabat. Aku lebih senang dengan sendirian. Tanpa teman. Hidup aku bahagia. Bahagia dari kaca mata aku. Aku bahagia menolak troli sendirian untuk shopping. Aku bahagia sendirian menunggu makanan aku dihantar dan untuk aku nikmati. Aku bahagia drive sorang-sorang kesana kesini. Aku bahagia.

Sampai bila aku harus menipu dengan perasaan sendiri. Sampai bila aku terus meletakkan kesepian itu sesuatu yang membahagiakan. Sampai bila aku perlu bertemankan kebosanan?

Kekadang, aku merasakan aku perlukan seseorang yang memahami aku. Memahami luaran dan dalaman. Aku perlukan seseorang yang boleh ‘memeluk’ aku ketika aku bersedih dan bertebuk-tepuk setiap kali aku gembira. Aku perlukan seseorang yang sanggup menemani aku setiap masa yang terluang.

Adakah sudah terlewat untuk aku dapatkan semua tu??

Nov 17

Maghrib

Posted on Tuesday, November 17, 2009 in Sastera

Bila mentari menundukkan wajah,
berlindung dibalik puncak bukit nun di barat,
Langit mula dilorekkan merah,
Burung-burung juga berlumba pulang ke sarang,
Anak-anak kecil beragama telah pulang mencari sejadah.

Taman permainan yang tadi hingar,
Hilang sudah bingarnya,
Yang ada cuma,
Palang buaian usang, jongkang jongket lusuh, pokok kemuncup,
Anak-anak tiada pedoman masih menyeringai,
Tiada rasa berdosa dengan pesan nenda,
Senjakala menjelma tanda setan bertempiaran.

Sayup,
Bergema suara memecah keheningan senja,
Bersahutan satu demi satu,
Ada merdu ada kertu,
Ada nyaring ada lagu.

Aku dimuka pintu,
Melontar sebuah kekosongan,
Sambil bapa-bapa dan ibu-ibu,
Gagahkan diri mencari jemaah,
Hanya aku yang masih lemah,
Dalam mencari nilai ibadah.

Maghrib tak pernah lupa,
Tetab tiba,
Cuma kita yang alpa,
Dengan sejuta alasan yang dicipta.

Nov 7

Selamat Tinggal Pakatan Rakyat

Posted on Saturday, November 7, 2009 in Politik

Tadi pelbagai input masuk berkaitan dengan Seminar Pemerkasaan Parti PAS. Seminar ini diadakan sebagai alternatif kepada cadangan TGNA yang mahukan PAS mengadakan EGM tergempar untuk membersihkan PAS dari pemimpin-pemimpin ular dalam semak.

Seperti biasa, ahli panel dipanggil dan antaranya adalah Prof Aziz Bari, seorang ahli akademik yang pernah memberikan kritikan pedas kepada pimpinan TGHH, dan pensyarah kajian media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Tegur salah. Tak tegur pun salah. Itulah sindrom yang melanda PAS ketika ini. Selaku pemerhati luar, selaku penyokong PR, aku agak risau dengan perkembangan terkini PAS. Air yang berkocak kalau dibiarkan boleh melimpah juga.

Adakah pemimpin PAS terlalu maksum sehinggakan tidak boleh ditegur. Adakah pemimpin PAS terlalu bijak sehinggakan tidak boleh ditunjuk apa yang silap. Jika ditegur, jika dikritik, maka berpencak silatlah seorang dua yang mungkin bersikap mengadu domba. Budaya bodek membodek telah mula bersarang dan bercambah.

Mengapa orang seperti Dr Aziz Bari menegur. Mengapa Prof Dr. Abu Hassan menyanggah. Pernahkah sesiapa berfikir tentang perkara ini? Sedarkan pendukung-pendukung PAS mengapa dua tokoh ini berani bersuara. Tidak ketinggalan, mengapa bloggers juga sedikit berdehem dengan pemimpin-pemimpin PAS seperti barisan saf kepimpinan PAS Pusat, PAS Selangor dan PAS Terengganu?

Jawapannya mudah saja. Sebab mereka sayangkan PAS. Kita semua saudara dalam PR. Kita semua perlu sama-sama memberikan teguran untuk mengukuhkan pergerakkan kita. Selaku ahli akademik, adalah mustahil Prof Aziz Bari sengaja berhujah tanpa sebarang fakta dan kesimpulan yang tepat. Zaman ini fakta bukan lagi berupa angka-angka dan hasil eksperimen yang kita lakukan. Fakta juga boleh merujuk kepada kajian dan pemerhatian dalam sesebuah lapangan.

Pemimpin PAS jangan terlalu keras kepala dengan meyanggah mereka yang mahukan PAS terus gagah. Kami dibawah dah jemu denga politiking sebilangan pemimpin PAS. Sejak PRU 12, PAS dah mula menjadi parti bodoh sombong sama dengan parti diseberang sana. PAS sebelum PRU 12 lebih molek untuk didekati.

Rata-rata rakan-rakan aku yang selama ini berkiblatkan PAS, kini sudah mula meroyan. Malu mereka dengan beberapa pemimpin PAS. TGHH dengan team yang diciptakannya. Hassan ali dengan tindakan demi tindakan yang berlagak pandainya. PAS sekarang masih utuh hanya kerana masih ada TGNA. Tidakkan pemimpin PAS sedar akan hakikat itu. Tak perlu mencerca TGNA ya Datuk Abu Bakar Chik. Kalau tiada TGNA, aku yakin, PAS akan terima nasib yang lebih malang dalam sejarah PAS.

Pakatan Rakyat perlu memandang perkembangan ini dengan serius. Permasalahan dalam PAS sedikit sebanyak memberi kesan kepada PR. Lainlah kalau semua ahli Pakatan Rakyat sanggup menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang dan sanggup bertebal muka dengan cacian dan kejian yang bakal dilemparkan kepada kita semua nanti.

Nov 4

Kenyataan Mufti Perlis Berkaitan Isu Dr Asri

Posted on Wednesday, November 4, 2009 in Isu Semasa

KENYATAAN DR JUANDA JAYA, 02 NOVEMBER 2009

Saudara Pemberita/Pengarang

A. KECEWA

1. Saya pasti seluruh Negara gempar dengan peristiwa tengah malam 01/11/09 yang menyaksikan seorang bekas Mufti – suatu jawatan tertinggi agama di Malaysia – Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abdidin, telah ditangkap oleh pihak berkuasa agama atas alasan tiada tauliah untuk mengajar agama Islam.

2. Seluruh Negara gempar sekali lagi apabila pihak berkuasa agama ini gagal menjalankan tugas pendakwaan yang dijanjikan pada 02 November 2009.3. Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama, terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana dia sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama.

B. DAKWAH DAN DIALOG

4. Melihat kepada cara penahanan ini dilakukan saya percaya ada perkara yang tidak kena pada pengurusan perkara ini yang nampak lebih bersifat dendam peribadi pihak tertentu yang mahu mengaibkan pihak yang lain melalui permainan salah guna kuasa.

5. Usaha menyebarkan Islam dan memberikan KEFAHAMAN ISLAM YANG SAHIH menurut sumber yang asal daripada al-Quran dan al-Sunnah hendaklah disokong agar umat Islam terus maju ke hadapan dan keluar daripada kepompong taqlid yang memundurkan umat Islam.

6. Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan NASIHAT DAN DIALOG secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara yang pertama dan utama.

7. Saya mencadangkan agar isu khilaf dibincang secara DIALOG TERBUKA di hadapan pihak berkuasa agama dan KETUA AGAMA NEGERI agar wujud sikap saling menghormati antara satu sama lain, agar dapat dicari mana satu pandangan yang sahih dan sebaliknya.

8. SEJARAH Malaysia sudah mencatitkan perkara khilaf adalah suatu yang lumrah, bahkan pihak Raja-Raja Melayu pernah menuntaskan perkara ini secara yang amat professional iaitu melalui dialog secara terbuka seperti yang pernah berlaku di Istana Kelantan pada zaman TOK KENALI. Ia juga pernah berlaku di Istana Selangor dan Istana Kedah.

9. Agama Islam meletakkan nasihat dan dialog ilmiah (hiwar ‘ilmiy) sebagai cara menyelesaikan masalah. Penggunaan kuasa ada adab dan caranya, apatah lagi terhadap para ulama yang tidak wajar dilayan dan diherdik umpama penjenayah. Apakah wajar wang rakyat dihabiskan sehingga perlu seramai lebih 50 anggota Jabatan Agama dan Polis dibelanjakan untuk operasi menghalang ceramah agama ini?

10. Sewajarnya pemantauan ceramah dilakukan terhadap penceramah yang mencalarkan imej Islam dengan cerita dusta dan dalil daripada hadis palsu serta mengajak umat Islam beramal dengan amalan yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadis, bukannya menghalang ceramah yang bersifat akademik dan berhujah dengan dalil.

C. TAULIAH

11. Isu TAULIAH MENGAJAR AGAMA adalah isu lapuk yang diwarisi sejak zaman penjajah. Ia adalah suatu peraturan yang BERSIFAT DUA MATA yang boleh membunuh tuannya jika disalahgunakan. Ia akan lebih parah jika ia digunakan oleh pihak tertentu yang berselindung di sebalik kedudukan sebagai penemuduga atau penyemak kelayakan mereka yang hendak diberi tauliah.

12. Suatu yang pasti, mereka yang menapis pemberian tauliah perlu ada ketelusan dari sudut prosedurnya kerana mereka bertindak bagi pihak berkuasa agama dan Ketua Agama Negeri berkenaan. Apakah benar wujud suatu STANDARD DALAM PROSES PEMBERIAAN TAULIAH ini sehingga mereka yang berkelulusan agama dari institusi Tinggi Islam yang diiktiraf pun perlu ditapis dan diselidik? Adalah tidak logik mereka yang lebih rendah kemahirannya untuk menilai kelayakan orang yang lebih tinggi kemahiran daripadanya?

13. Generasi muda Islam semakin berminat dengan penyampaian dakwah oleh generasi muda yang progresif dan berfikiran terbuka. Apakah kerana ceramah seseorang itu menarik demikian ramai orang muda dan memberi kesedaran kepada banyak pihak menjadi punca persoalan tauliah dipertanyakan? Apakah tidak memadai dengan pengiktirafan istitusi pengajian tinggi dan pengiktirafan pihak berkuasa sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia untuk melayakkan seseorang itu mengajar agama?

D. MKI

14. Sudah sampai masanya pihak berkuasa tertinggi Negara iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bersidang untuk mengkaji semula pengurusan dan peranan agensi yang melaksanakan urusan agama bagi pihak pemerintah dan Raja-Raja Melayu agar pengamalan Islam di Negara ini menepati kehendak al-Quran dan al-Hadis.

DR JUANDA JAYA,
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS

Kuching, 02/11/2009

Itu adalah press statement yang dikeluarkan oleh Tuan Mufti Negeri Perlis. JK tetap berpendirian, tindakan JAIS itu sendiri telah menghina Agama Islam, Rakyat Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Perlis, Tuanku Raja Perlis, dan Pihak Berkuasa Agama Negeri Perlis. JAIS perlu bertindak memperbetulkan kesemua kekhilafan yang berpunca dari tindakan bodoh mereka.

Nov 2

JAIS oh JAIS

Posted on Monday, November 2, 2009 in Isu Semasa, Uncategorized

Aku merujuk kepada kata-kataPegawai Perhubungan Awam JAIS, PRO (bukan GRO) seperti yang tersiar dalam Malaysiakini.

Mohd Hidayat berkata pendakwaan itu dilakukan berdasarkan aduan-aduan orang ramai terhadap lulusan pengajian hadis itu sejak beliau mula mengadakan ceramah agama di Selangor tiga tahun lalu.”(Tindakan) ini berdasarkan aduan orang ramai yang keliru dengan ajaran-ajaran yang dibawa (Dr Mohd Asri) dan kita bimbang ini akan memecah-belahkan masyarakat,” kata Mohd Hidayat.

Macam mana la JAIS boleh bertindak hanya berdasarkan apa yang dikatakan orang ramai. Nampak sangat dimana taraf JAIS dalam menangani kes ni. Bukan maksud JK nak pertikai kuasa-kuasa yang diamanahkan kepada JAIS. Tapi, JK suka mempertikaikan jawapan yang “GRO’ tuh bagi. Adakah kerana apa yang disampaikan oleh DR MAZA berbeza dengan fahaman rakyat Selangor maka DR MAZA salah hingga perlu ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Apakah JAIS sudah kekurangan cerdik pandai untuk mengkaji dakwaan penduduk, atau kekurangan ilmuan untuk memanggil DR MAZA duduk semeja dan berbual dari hati ke hati? Kalau semua tu sudah dibuat, dan betul terdapat ajaran DR MAZA yang sesat lagi menyesatkan, maka, tak salah bawa beliau ke mahkamah dan biar mahkamah jatuhkan keputusan sama ada benar atau salah. Bukan dengan terus menambahkan kes di mahkamah macam ni.

Isu kali ni sedikit sebanyak mencalarkan Kerajaan Selangor terutamanya Exco Agamanya yang bijak pandai. Menteri Besar tak jadi ni masih belum kedengaran memberikan sebarang komen berkaitan penahanan ini. Ini kegagalan beliau dalam meningkatkan tahap profesionalisma JAIS dan MAIS di Selangor. Exco tanpa kerja ini hanya mampu meraih populariti kosong dan gagal sama sekali mengawal jabatan-jabatan dibawahnya. Tahniah Hassan Ali, anak kesayangan Presiden PAS dan konco-konconya. Anda berjaya melaksanakan tanggung jawab anda dengan teruk sekali.

Dulu, semasa DR MAZA menjadi mufti Perlis, memang banyak perbezaan yang dibawanya dengan apa yang diamalkan. Dengan nas-nas dan dalil-dalil, rakyat Perlis dapat menerimanya. Kami berbangga DR MAZA menjadi mufti . Dan, kami tangis pemergiannya dari jawatan  itu.

Kami tidak terus terima apa yang DR MAZA katakan. Kami banyak merujuk kepada ulama-ulama lain. Bila terdapat kebenaran yang terbit dari hasil perbincangan, maka kami pun mengikut. Rakyat Perlis tidak mengikut DR MAZA membabi buta.

Itu, kisah rakyat negeri terkecil. Tapi, bagai mana pemikiran sebilangan penduduk dinegeri yang kononnya paling maju? Bertindak seperti orang bodoh bukan?