RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Mar 3

Amanah yang dikhianati

Posted on Wednesday, March 3, 2010 in Politik

Pejam mata korang. Bayangkan, korang sedang bertungkus lumus berkempen untuk calon yang korang sokong dalam satu pilihan raya bersama-sama dengan puluhan petugas lain. Dengan tidur yang kurang, tapi masih sanggup bertungkus lumus memasang poster, gantung bendera dan segala macam kempen yang ada untuk parti yang korang pilih. Tanpa hirau sedikit pun terik mentari mahupun gelap likatnya malam.

Hari mengundi, dengan semangat tinggi, korang bersama-sama dengan rakyat-rakyat yang lain berbaris dipusat buang undi. Dengan jelas, korang memangkah calon parti pilihan anda.

Dengan sabar, korang berjaga di depan TV ataupun di pusat pengiraan undi untuk keputusan pilihan raya. Mungkin hingga 6 pagi. Atau lebih awal.

Calon parti yang korang pilih diisytiharkan menang. Anda turut bersorak gembira. Anda bersyukur dengan anugerah Tuhan yang merestui hasil penat lelah korang sepanjang tempoh berkempen.

Tiba-tiba, calon pilihan korang tuh keluar parti dan mengisytiharkan menyertai parti lain yang sememangnya musuh parti korang. Korang rasa serba salah. Korang rasa dipergunakan. Korang rasa tidak puas hati. Sakit segalanya.

Adakah korang merestui tindakan calon tu tanpa sekelumit dendam? Adakah korang menghalalkan setiap sen yang dia terima walaupun setelah dia melompat ke seberang sana? Atau, korang tidak meredhai walaupun seteguk air yang dia terima setelah dia berhijrah. Ya, memandangkan korang memilih dia sebagai ahli dari parti yang korang sokong. Sekoyong-koyong calon terbabit beralih arah. Bukankah sebelum ini calon tersebut menang disebabkan penyokong parti yang ditinggalkannya.

Berapa ramai yang menyumpah seranah calon tu. Berapa ramai yang tidak menghalalkan elaun dan gaji yang diterimanya kini?

Kepada YB-YB yang menjadi kodok, terutama yang mengaku Islam, cuba fikir, andai kata mereka yang memangkah korang dulu tidak menghalalkan undi mereka kini, halalkah elaun dan gaji korang dapat tu. Dan dengan gaji tu jugakla korang nak menyara anak bini dan tembolok korang. Korang agak, setelah kiamat sok, korang boleh terus terbang  bersama bidadari, atau sekadar tersungkur di pintu surga?

Renung-renungkan.

Feb 3

Pesta Katak

Posted on Wednesday, February 3, 2010 in Politik

Raja Katak

Maka bertempiaranlah hulubalang-hulubalang ke serata pelusuk negeri demi menyampaikan titah perintah Paduka Raja, Sang Kataka Bulata. Ada yang melompat tinggi-tinggi, ada yang melompat jauh-jauh, ada yang berjalan kedek-kedek. Bagaimana sekali pun hulubalang-hulubalang yang setia mengampu itu begerak ke destinasi, mereka tidak sekali-kali lupa untuk mengeluarkan bunyi. Seperti pesta keramaian, ketenangan pagi dipecahkan dengan bunyi-bunyian seperti satu konsert metal. Bising lagi membingitkan. Malah, ada antara hulubalang yang mengeluarkan bunyi yang nyaring diseli dengan bunyi kentut yang membusukkan. Semuanya semata-mata mahu menunjukkan kepada Sang Kataka Bulata siapa yang lebih hebat.

Dalam masa satu hari, seluruh pelusuk negeri Katika telah dijengah oleh balaci-balaci Sang Kataka Bulata. Semua rakyat negeri telah dikhabarkan akan berita yang dititahkan Sang Kataka Bulata.

“Bizi bodi betoi la Sang Kataka Bulata ni. Negeri jiran nak buat pesta  pon dia nak suruh kita pi.” Kata salah seorang penduduk kampung di negeri Katika.

“Nak buat macam mana, Raja kita bangga, sebab ada cipan tiba-tiba transform jadi katak. Kembang la dia.” Sampuk seekor katak.

“Tapi bagoos juga, boleh kita pi jalan-jalan. Hang ingat senang ka nak pi Pulau Pinang tu. Ditanggung free pulak tu”. Sahut pulak seekor katak yang lain.

Maka bergumbirala katak-katak sekalian alam untuk sama-sama menghadiri dan meramaikan pesta yang di anjurkan tu.

Di Malaysia, Ibrahim Ali nak anjurkan pehimpunan kat Pulau Pinang. Hehehe. Pepandai la korang saling kait mengait rapuan aku tu. Hehehe. Kita tengok la, berapa ramai katak dan pencinta katak yang akan hadir masa tu.