RSS Feed

Tengkiu sebab melawat Jiwakacau dot net. Kalau korang ada apa-apa informasi, berita, artikel best atau apa-apa saja untuk dikongsikan, bolehla emailkan ke phaser3116@gmail.com. And, support la Jiwakacau dot net dengan klik kat iklan dari NUFFNANG yang muncul kat atas ni atau kat tepi sebelah kanan tu. terima kasih ya. Muahh you allz!!!

Nov 18

PR Gagal di Seputih

Posted on Wednesday, November 18, 2009 in Politik

Sekiranya jadi pilihan raya kecil DUN Seputih Kedah, seberapa kuat pun saf pimpinan Pakatan Rakyat berkempen, keputusannya adalah Pakatan Rakyat KALAH. Kerusi ini adalah milik PAS. Dan PAS yang akan meletakkan calonnya. Siapa sekali pun calun PAS, keputusannya tetap sama. KALAH.

KALAH disini bukan bermakna PR itu lemah, bukan juga sebagai mesej BN sudah kembali untuk berjuang di negara ini, tetapi, KALAH kali ini adalah protes rakyat kepada semua pimpinan PAS yang dilihat gagal sama sekali mengendalikan masalah dalam kain mereka.

Aku melihat, kini, rata-rata penyokong PR mula memandang geli dengan isu-isu yang melanda PAS terutamanya isu Hasan Ali, Nasa, dan TG Hj Hadi dan PAS Terengganu seluruhnya.

Kami barisan penyokong mula melihat sebilangan pemimpin PAS tak ubah seperti Pak Kaduk yang menang bersorak dan bakal kehilangan kampungnya. Sebilangan pimpinan PAS kini telah tercemar kredibilitinya, tiada lagi darjatnya, melainkan tak ubah seperti luncai dengan labu-labunya.

Selagi PAS memandang sepi dengan membiarkan segala isu yang berlegar tanpa sebarang penyelesaian, PAS akan gagal bukan saja dalam pilihan raya kecil, malah tidak mustahil dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Ini sekali gus bakal memberikan impak yang besar kepada Pakatan Rakyat.

PAS perlu memperbetulkan haluannya kini. Sedikit pengstrukturan semula dalam barisan kepimpinan PAS mungkin dapat membantu memulihkan pandangan penyokong. Penyokong mahu melihat PAS tidak terlalu melindungi pemimpin yang membawa malang kepada parti.Mungkin perlu dimulakan dengan Pesuruhjaya PAS Selangor dan diikuti dengan pemimpin lain. Mungkin mereka perlu direhatkan supaya mereka dapat bermuhasabah diri sendiri sehinggalah mereka sedar dimana kesilapan mereka.

PAS jangan mengambil mudah dengan isu-isu ini. Sememangnya, isu-isu yang melanda pas kini memberikan impak yang besar dalam aspek sokongan. Tanpa pembetulan yang sewajarnya, PAS akan menerima satu ‘lesson’ yang boleh merobek sesiapa saja yang menjadi teraju.

Nov 7

Selamat Tinggal Pakatan Rakyat

Posted on Saturday, November 7, 2009 in Politik

Tadi pelbagai input masuk berkaitan dengan Seminar Pemerkasaan Parti PAS. Seminar ini diadakan sebagai alternatif kepada cadangan TGNA yang mahukan PAS mengadakan EGM tergempar untuk membersihkan PAS dari pemimpin-pemimpin ular dalam semak.

Seperti biasa, ahli panel dipanggil dan antaranya adalah Prof Aziz Bari, seorang ahli akademik yang pernah memberikan kritikan pedas kepada pimpinan TGHH, dan pensyarah kajian media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Tegur salah. Tak tegur pun salah. Itulah sindrom yang melanda PAS ketika ini. Selaku pemerhati luar, selaku penyokong PR, aku agak risau dengan perkembangan terkini PAS. Air yang berkocak kalau dibiarkan boleh melimpah juga.

Adakah pemimpin PAS terlalu maksum sehinggakan tidak boleh ditegur. Adakah pemimpin PAS terlalu bijak sehinggakan tidak boleh ditunjuk apa yang silap. Jika ditegur, jika dikritik, maka berpencak silatlah seorang dua yang mungkin bersikap mengadu domba. Budaya bodek membodek telah mula bersarang dan bercambah.

Mengapa orang seperti Dr Aziz Bari menegur. Mengapa Prof Dr. Abu Hassan menyanggah. Pernahkah sesiapa berfikir tentang perkara ini? Sedarkan pendukung-pendukung PAS mengapa dua tokoh ini berani bersuara. Tidak ketinggalan, mengapa bloggers juga sedikit berdehem dengan pemimpin-pemimpin PAS seperti barisan saf kepimpinan PAS Pusat, PAS Selangor dan PAS Terengganu?

Jawapannya mudah saja. Sebab mereka sayangkan PAS. Kita semua saudara dalam PR. Kita semua perlu sama-sama memberikan teguran untuk mengukuhkan pergerakkan kita. Selaku ahli akademik, adalah mustahil Prof Aziz Bari sengaja berhujah tanpa sebarang fakta dan kesimpulan yang tepat. Zaman ini fakta bukan lagi berupa angka-angka dan hasil eksperimen yang kita lakukan. Fakta juga boleh merujuk kepada kajian dan pemerhatian dalam sesebuah lapangan.

Pemimpin PAS jangan terlalu keras kepala dengan meyanggah mereka yang mahukan PAS terus gagah. Kami dibawah dah jemu denga politiking sebilangan pemimpin PAS. Sejak PRU 12, PAS dah mula menjadi parti bodoh sombong sama dengan parti diseberang sana. PAS sebelum PRU 12 lebih molek untuk didekati.

Rata-rata rakan-rakan aku yang selama ini berkiblatkan PAS, kini sudah mula meroyan. Malu mereka dengan beberapa pemimpin PAS. TGHH dengan team yang diciptakannya. Hassan ali dengan tindakan demi tindakan yang berlagak pandainya. PAS sekarang masih utuh hanya kerana masih ada TGNA. Tidakkan pemimpin PAS sedar akan hakikat itu. Tak perlu mencerca TGNA ya Datuk Abu Bakar Chik. Kalau tiada TGNA, aku yakin, PAS akan terima nasib yang lebih malang dalam sejarah PAS.

Pakatan Rakyat perlu memandang perkembangan ini dengan serius. Permasalahan dalam PAS sedikit sebanyak memberi kesan kepada PR. Lainlah kalau semua ahli Pakatan Rakyat sanggup menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang dan sanggup bertebal muka dengan cacian dan kejian yang bakal dilemparkan kepada kita semua nanti.

Oct 31

Ingatkan makin cool, tapi dah jadi makin panas

Posted on Saturday, October 31, 2009 in Politik

Dulu-dulu, masa aku kecik-kecik, bila nampak saja mana-mana lelaki yang berkupiah, berketayap, berserban dan berjubah, waima berkain pelikat sekali pun, orang kampung memandang mulia. Berselisih ditepi jalan pon sah-sah mulut lancar menuturkan salam. Manusia sebegitu dipandang berilmu tinggi dalam agama. Malah, kalau tak dipanggil Pak Lebai atau Pak Aji, gelaran Ustaz pasti diberikan.

Hari ini, semua tu dah mula terbalik. Makin ramai golongan seperti aku dah mula pandang serong pada mereka-mereka yang berkupiah, berketayap, berserban dan berjubah. Kalau berkain pelikat lagi la. Dipandang biasa saja.

Hari ni, golongan-golongan yang berkupiah, berketayap, berserban dan berjubah ni dah makin ramai. Dan bila bertambah jumlah dan bilangannya, maka, makin bertambah jugalah peel yang ada. Tidak kurang dari golongan ni sekadar berpakaian untuk meraih pandangan yang suci di mata masyarakat. Berketayap dan berserban sekadar mahukan title ustaz. Bukan lagi yang berkupiah, berketayap, berserban dan berjubah ni mahukan kedudukan yang mulai disisi Allah, bukan lagi mahu memberikan bimbingan yang ikhlas kepada golongan yang jahil macam aku.

Ramai juga yang berkupiah, berketayap, berserban dan berjubah ni wujud dan membuatkan golongan yang jauh dari Islam makin menjauh.  Perangai mereka tidak selari dengan kehendak agama. Tiada lagi amanah, tiada lagi ikhlas. Bertindak berteraskan nafsu sendiri. Serakah diri yang dipentingkan dari tnjang perjuangan. Mereka biarkan pakaian yang menjadi wayang. Bagaimana mereka mahu mendidik golongan macam aku supaya lebih dekat dengan agama, bagaimana mereka boleh mendekatkat yang jauh kepada Islam sedangkan mereka juga sekadar ‘ulama’ semak. Merekalah golongan pemimpin yang hipokrit lagi munafik.

Kepada mana-mana badan yang mengaku Islam sebagai teras perjuangan mereka, cermin balik kumpulan pimpinan korang. Mana yang ular dalam semak tuh kasi pukul sampai mampos. Letakkan mereka pada kubur yang sepatutnya. Pemimpin-pemimpin tertinggi jangan lagi cuba menegakkan benang yang basah sepertimana Hj Hadi mempertahankan Hassan Ali and the gang. Nanti orang akan kata, pemimpin pon ular dalam semak.

Oct 27

Cerita Jamban

Posted on Tuesday, October 27, 2009 in Politik

Azan subuh baru saja berkumandang. Pak Ali yang terjaga sejak mula-mula lagi, masih berkerut dahi dikatil. Masih setia disisi bininya yang dah beruban. Sesekali sengaja Pak Ali berdehem sebagai isyarat mengejutkan bininya yang masih nyenyak dibuai mimpi tu.

“Apa saja la orang tua ni, liat sungguh nak bangun subuh.” Gerutu hati Pak Ali.

“Ya Aminah. Bangun sayang. Dah masuk waktu subuh.” Pak Ali bersuara sambil dikuis-kuis kaki bininya. Sedikit mengeliat.

“Dah subuh ya suamiku. Tak sedar azan tadi.” Lemah suara bini Pak Ali. Masih mengantuk lagi agaknya.

“Sudah, jangan tidur lagi. Apa kamu masih mahu berselimutkan kulit babi?” Pak Ali bangun. Ditenungnya muka bini kesayangannya itu. Perlahan, Aminah pun bangun duduk di bucu katil sambil mulut terngaga luas.

Tiba-tiba, Pak Ali berpeluh. Kedinginan pagi gagal menghalang Pak Ali dari terus berpeluh. Perutnya terasa meruntun-runtun. Jantungnya berdegup kencang.

Tanpa sempat mencapai tuala, Pak Ali berlari ke belakang rumah dengan berkain pelikat paras lutut.

“Apa pulak yang tak kena ni. Senak semacam saja.” Pak Ali mengomel sendirian.

Semuanya cepat berlalu. Isi perutnya tak sabar-sabar untuk keluar. Sudah jemu mengetuk pintu gamaknya.

Belum sempat menutup pintu, Pak Ali telah bersedia bertinggung. Belum sempat berbuat apa-apa pun, Pak Ali telah mengerut muka menikmati kelegaan yang masih belum berpenghujung. Ada yang menembak, ada yang berdengung, ada yang menjerit kecil. Macam-macam ada.

Dari jauh, Aminah perlahan melangkah. Pak Ali tergamam. Pintu jamban belum ditutup. Pasti nanti Aminah akan membebel.

“Hish orang tua ni. Tak nyempat-nyempat. Tutup la pintu jamban tu. Tak senonoh betoi.” Aminah dah mula berbunyi.

“Nak buat macam mana ya Aminah, perut aku ni, sakit sangat. Entah mana silap aku pun tak tau.” Sambil menghulurkan tangan menarik pintu, Pak Ali bersuara.

Pak Ali masih dalam jamban. Sengaja dia menunggu sehingga habis semua kelegaan dapat dirasai. Semburan demi semburan telah dilepaskan. Ada yang berketul. Ada yang berlendir. Ada yang cair. Semuanya telah keluar. Tapi, perutnya masih terasa senak.

“Cepatla bang. Saya pon nak masuk jamban juga ni.” Jerit Aminah dari dapur.

“Yelah. Aku keluar la ni. Tak sabar-sabar. Nak beristirehat pon tak senang.” Balas Pak Ali. Bukan dia marah. Tapi dia sayang.

Sudah siap di cuci, pak ali menarik satu tali dibelakangnya. Air dari tangki pun meluru masuk ke lubang jamban. Hilang semuanya berpindah ke tangki septik. Dia pun keluar dengan muka yang agak lega. Pak Ali terus masuk ke bilik mandi untuk mandi dan berwudhuk.

Dia akan bersolat subuh bersama-sama dengan bininya saja hari itu. Selalunya, dia akan ke surau untuk berjemaah bersama-sama dengan penduduk yang lain.

Nota:
Semua parti politik perlukan FLUSH. Nyahkan anasir-anasir yang menyusahkan, memusnahkan dan memporak-perandakan jemaah. Hambat dengan penyapu segala roh-roh jahat yang wujud dan bertindak memandai tapi bukan kerja dia untuk tunjuk pandai. Halau semua jembalang-jembalang yang wujud sekadar melemahkan parti yang kita sayang.

Sengaja aku tujukan untuk PAS. PAS perlu belajar dari Pak Ali untuk meng’flush’ segala isi-isi jahat yang mengganggu. Jangan biar walaupun orang itu berserban 24 jam, berjubah berminggu-minggu, memandai dalam tingkah laku. Muhasabah balik sape Mursyidul Am, sape presiden, sape Timbalan, Sape setiausaha, sape pesuruhjaya negeri, sape yang pegang jawatan itu ini.

PAS bukan budak kecik seperti PKR. PAS dah lebih kurang 58 tahun. Dah cukup matang untuk bertindak. PAS dah cukup pengalaman untuk belajar. PAS sudah bersedia untuk apa saja kemungkinan.

PAS jangan jadi lebih UMNO dari UMNO. Buang saja pemimpin PAS yang bertuhankan UMNO tu. Mudah cerita.

Akhir kalam, aku ishtiharkan, JIWAKACAU.NET teguh berdiri dibelakang Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan.

Oct 21

Pelabur risau, internet Malaysia lembab

Posted on Wednesday, October 21, 2009 in Isu Semasa

Syarikat-syarikat Australia yang berhasrat untuk melabur di Malaysia bimbang dengan tahap kelajuan Internet yang tidak memuaskan di negara ini, kata timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin.

Capaian Internet yang laju adalah penting bagi syarikat-syarikat Australia yang mempunyai dokumen besar untuk dihantar dari Malaysia ke ibu pejabat mereka di Australia, katanya.

“Ada dokumen teknikal yang amat besar dan selalunya kami mendapati ia mengambil masa yang panjang untuk menghantar dokumen-dokumen sebegini akibat kelembapan Internet di Malaysia.

“Capaian Internet di Australia lebih laju daripada di Malaysia.

“Pelabur-pelabur Australia dan Amerika mendapati ini menjengkelkan dan menghalang mereka menjalankan perniagaan dengan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing.

Ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran, Halpin berkata:

“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”

Isu lain yang menjadi kebimbangan syarikat-syarikat Australia dan bakal pelabur ialah tahap keselamatan, di mana terdapat banyak laporan berita mengenai jenayah kecil dan ragut di negara ini.

Halpin bagaimanapun berkata beliau tidak menjangkakan bahawa syarikat-syarikat Australia yang sedang beroperasi di sini akan berpindah tetapi keadaan ini mungkin akan menghalang kedatangan syarikat-syarikat baharu ke Malaysia.

“Syarikat-syarikat ini bertanggungjawab ke atas pekerja dan keluarga mereka yang dihantar ke sini. Isteri kepada seorang petugas telah kehilangan begnya dalam kejadian ragut baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memberi bantuan sokongan kepada pihak polis yang mengalami kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata pihak kerajaan negera mengambil berat isu keselamatan dan akan memberi perhatian kepada isu itu dalam bajet negeri 2010.

Mengenai pelabur-pelabur yang lebih menggemari Indonesia, Thailand dan Vietnam sebagai destinasi pelaburan, Khalid berkata mereka harus melihat Malaysia sebagai satu “batu loncatan” kepada pasaran Asia yang lebih besar seperti China.

“Jika mereka ke negara lain, mereka mungkin terpaksa menunggu sehingga empat tahun lagi sebelum prasarana yang diperlukan siap, tetapi di negara ini, kebanyakan kemudahan telah siap sedia,” katanya.

Menteri besar berkata banyak syarikat yang pada awalnya ingin menembusi pasaran China, kini beroperasi di Selangor kerana pelaburan di negara lain memerlukan program pembelajaran semula berikutan budaya perniagaan yang berlainan, tambahnya.

Majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh SSIC Bhd itu dihadiri pegawai-pegawai dari Indonesia, Cambodia, Singapura, Brunei, Korea Selatan, Maghribi, Tanzania, Zimbabwe, Lesotho, Papua New Guinea, Mesir, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Australia dan majlis perniagaan Amerika.

SSIC berkata Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) meluluskan 138 projek pembuatan bernilai RM2.72 bilion di antara Januari dan Julai.

Daripada jumlah pelaburan, RM1.25 bilion adalah dari usahawan Malaysia, manakala baki RM1.46 bilion adalah dari pelabur asing.

Projek-projek tersebut menawarkan sejumlah 8,000 peluang pekerjaan. BERNAMA

Kah.. kah… kahh…. kahak… tuihhh.

Tuh warga asing yang cakap. Dia senang la, kalau rasa tak suka dia boleh pilih negara lain. Tapi kita rakyat Malaysia macam mana. Takkan nak berpindah ke negara lain semata-mata nak dapat internet yang laju. Kita terpaksa telan internet taik yang disediakan kepada kita. Dah tak boleh nak buat apa. Pembekal sapu untung berbilion-bilion, kita tiap bulan bayar bil, pantang lambat nak kena “POTONG’, tapi apa yang kita dapat? Perkhidmatan Internet yang bertaraf taik cirit.

Aku setuju. Internet kita internet zaman firaun. Internet kita internet ambik syarat. Internet kita sekadar nak tunjuk pada dunia yang kita juga berkembang seiring dengan negara lain. Internet kita diperlahankan demi menjaga kepentingan media arus perdana. Internet kita tak cukup moden untuk dibanggakan. Internet kita terkongkong dengan isu-isu politik. Internet kita lembab mcm babi kenyang.